Bagi cikla, semakin kita meningkat umur, risiko sakit tulang belakang jugak semakin meningkat. Kalau orang yang kerjanya memang mengangkat barang, lebih-lebih lagi barang yang berat, pun tak kan terlepas dari terkena sakit tulang belakang ni.
So, untuk mengelakkan dari ini berlaku, ada tips yang boleh dipraktikkan. Paling tak pun, kita dapat mengurangkan risiko terkena sakit ni. Jom semak apakah tips itu.
Semasa korang mengangkat barang, korang kena bengkokkan kaki, bukan tulang belakang korang.
Kemudian, bawa beban dekat pada badan dan keraskan otot perut semasa mengangkat. Kalau korang susah nak mengangkat barang tu berseorangan, dapatkan bantuan orang untuk membantu.
Semasa duduk pulak, korang kena rapatkan punggung dan sandarkan belakang korang pada penyandar tempat duduk sepenuhnya. Ini akan dapat mengurangkan tekanan pada cakera tulang belakang.
Akan tetapi, korang kena pastikan ketinggian tempat duduk korang tu sesuai dan kedudukan paha pulak selari dengan lantai. Lakukan aktiviti dengan senaman/regangan/berjalan.
Bila memandu pulak, korang kena duduk tegak dan gerakkan tempat duduk ke hadapan supaya lutut korang selaras dengan pinggang.
Sebaiknya, letak tuala yang digulung atau penyokong di bahagian bawah belakang kalau perlu.
Sewaktu tidur pulak, tidurlah di atas katil yang tak terlalu lembut dan tak terlalu keras. Kalau korang tidur secara mengiring, bengkokkan sedikit lutut korang supaya ia bersenaman. Kalau korang tidur secara telentang pulak, letakkan bantal di bawah lutut korang.
Semasa berdiri dan berjalan, ubah posisi berdiri dengan kerap kalau korang kena berdiri lama. Kemudian, korang berdirilah secara tegak dengan kepala lurus memandang ke hadapan dan luruskan belakang badan.
Semasa berjalan pulak, dagu ke dalam, kepala tekak memandang ke hadapan dan jari-jari kaki mengarah ke hadapan. Sebaiknya, pakailah kasut yang mempunyai tumit yang rendah dan selesa.
Semasa berjalan pulak, dagu ke dalam, kepala tekak memandang ke hadapan dan jari-jari kaki mengarah ke hadapan. Sebaiknya, pakailah kasut yang mempunyai tumit yang rendah dan selesa.
Sumber Facebook page Kelab Mama.
Kita sebagai blogger ni risiko sakit belakangkan. Ngadap komputer. hahaha...bagus tips ni.
ReplyDeletesepupu rabia sakit tulang belakang..tapi dia tak nak pergi hospital buat fisioterapi
ReplyDelete