'santai tapi sampai'

Cikla rasa semua tau apa itu kolesterol kan? Secara umumnya, kolesterol adalah sejenis bahan yang agak melekit, rupanya seakan-akan lemak....

Kolesterol : Antara mitos dan realiti.

Cikla rasa semua tau apa itu kolesterol kan? Secara umumnya, kolesterol adalah sejenis bahan yang agak melekit, rupanya seakan-akan lemak. Kolesterol biasanya terdapat di dalam darah dan disetiap sel dalam badan kita. Sebenarnya, kolesterol ni penting untuk kesihatan kita sebab ia sangat dikehendaki oleh badan bagi penghasilan tisu dan hormon tertentu. Akan tetapi, kalau kehadiran kolesterol dalam darah sangat tinggi, kita mungkin berisiko terkena penyakit jantung koronari.

Kolesterol : Antara mitos dan realiti.

Untuk pengetahuan korang, kolesterol yang paling biasa ditemui adalah kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein), kolesterol HDL (High Density Lipoprotein) dan Trigliserida. 

Kolesterol LDL kadang-kadang dipanggil kolesterol jahat sebab kalau ia berlebihan di dalam arteri, ia akan menyebabkan penyakit jantung. Senang cakap, lagi tinggi paras LDL dalam darah, lagi tinggi risiko kita diserang penyakit jantung. Manakala, kolesterol HDL pulak kadang-kadang dipanggil sebagai kolesterol baik sebab ia dikatakan berupaya menyahkan kolesterol berlebihan yang adalah di dalam dalam.

Kalau paras HDL tinggi, ia umpama menjadi pelindung kepada terkena serangan jantung serta mengurangkan risiko terkena penyakit tersebut. Trigliserida pulak adalah sejenis lemak yang terdapat dalam aliran darah. Kalau seseorang itu mempunyai paras trigliserida yang tinggi di dalam darah, ini menunjukkan mungkin dia jugak mempunyai paras LDL yang  tinggi atau HDL yang sangat rendah.

Kolesterol : Antara mitos dan realiti.
Kolesterol : Antara mitos dan realiti. Sumber Google. 

Ada beberapa perkara mengenai kolesterol yang selama ni orang beranggapan tapi hakikatnya sebenar adalah sebaliknya. Korang akan tau tau apakah itu? Jom baca apa yang cikla nak share ni.

Biasanya orang beranggapan kaum lelaki yang berisiko tinggi mempunyai tahap kolesterol lebih tinggi. Tapi, sebenarnya kalau korang nak tau, 52% daripada rakyat Malaysia yang mempunyai kolesterol tinggi adalah wanita. Kalau korang nak tau lagi, wanita yang telah menopause memiliki risiko yang lebih tinggi, sebab bila sudah menopause tahap kolesterol HDL menjadi berkurangan dan kolesterol LDL meningkat.

'So, wanita. Jaga-jaga ya!'

Selain itu, biasanya orang cakap orang yang kurus dikatakan tak berisiko mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Tapi hakikatnya orang yang kurus jugak mempunyai risiko yang sama  iaitu mempunyai tahap kolesterol yang tinggi sama dengan orang yang bertubuh badan yang montel. So, jangan pandang ringan ye orang-orang yang kurus.

Kolesterol : Antara mitos dan realiti.
Kolesterol : Antara mitos dan realiti. Sumber Google. 

Kolesterol : Antara mitos dan realiti.
Kolesterol : Antara mitos dan realiti. Sumber Google. 

Lagi satu, orang biasa ingat orang muda ni takde masalah kolesterol  sebab biasanya tahap kolesterol hanya perlu diperiksa bila mereka mencapai separuh umur. Itu sebenarnya tak betul tau, sebab ada kajian mengatakan 42% dari rakyat Malaysia yang memiliki tahap kolesterol tinggi adalah mereka yang berumur di bawah 40-an.

Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Persatuan Jantung USA menunjukkan, mereka yang berumur 20-an kena periksa tahap kolesterol mereka. Bahkan, kanak-kanak yang mempunyai ahli keluarga yang ada penyakit jantung jugak kena buat pemeriksaan kolesterol sebab mereka mempunyai risiko untuk terkena penyakit tu jugak.

Apa yang kita kena ingat kolesterol ni tak kenal umur, tua ke, muda ke, dan sesiapa saja berisiko untuk mempunyai penyakit ni. Apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat, selalu bersenam dan apa yang penting buatlah pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Orang cakap cegah sebelum kena. Kalau korang jenis yang suka minum susu, korang boleh minum SUSU OMEGA PLUS dengan ACTICOL yang mana ia boleh menghalang kolesterol jahat diserap oleh badan. Cikla pun minum jugak susu ni.

Sumber SINI dan Kajian Kesihatan & Morbiditi Kebangsaan 2015, KKM.

9 comments:

  1. Kolesterol... Banyak yg buruk dari yg baik cemana nihh. hehe

    ReplyDelete
  2. btl tu.kolesterol sbnrnya x mgira umur ada y mudah2 pun da tinggi.. apa y pting gaya hidup sihat

    ReplyDelete
  3. Betul..pengambilan pemakanan perlu diambil kira bg mengatasi masalah kolestrol tinggi yg menjurus ke punca penyakit jantung..menakutkan kalau terkena...

    ReplyDelete
  4. Nice sharing. Yg bahaya bila kolesterol jahat yg lebih banyak..

    ReplyDelete
  5. orang selalu ingat yang gemuk kena berjaga dengan tahap kolestrol tapi ada jugak kes yang kurus kering ni collapse sebab kolestrol tinggi bila melantak banyak sangat.

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak buat check up. Risau juga sebab makanan berminyak berlemak selalu susah nk elak...hemm

    ReplyDelete
  7. Terima kasih CikLa perkongsian ini..kita kena ubah corak pengambilan makanan..

    ReplyDelete
  8. Kolesterol pun ada kolesterol sihat dan yang tak sihat

    Kena seimbanglah makan supaya sihat

    ReplyDelete