Advertisement

Tanda perempuan tengah marah, apa dia ye?

TANDA PEREMPUAN TENGAH MARAH, APA DIA YE? Sekilas ikan di air, kita dah tau jantan betinanya. Eh, apa kena mengena pulak perumpamaan ni dengan tajuk ye. Haha. Saje je. Tapi kan, cikla rasa betullah orang cakap, manusia dan emosi ni sukar untuk dipisahkan. Kadang-kadang mereka menangis, kadang-kadang mereka gembira dan kadang-kadang mereka marah.

Macam perempuan pulak, sememangnya mereka ini dicipta tidak sempurna, sebab ada masanya mereka mudah terasa dan marah lebih-lebih lagi kalau ia dicetuskan oleh orang yang dia sayang. Lagilah. Mau sebulan merajuk, muncungnya pulak panjang sedepa. Haha. So, sebagai seorang suami korang kena tau apakah tanda kalau isteri korang tu tengah marah. Nak tau tak? Baca ni...

Tanda perempuan tengah marah, apa dia ye?
Tanda perempuan tengah marah, apa dia ye?  Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Tanda perempuan tengah marah, apa dia ye?

Kalau korang nak tau, kebanyakan perempuan ni kalau tengah marah mesti diam seribu bahasa. Perempuan macam ni biasanya seorang yang penyabar. Pendek kata, tak suka cari gaduh. Macam cikla sendiri pun sama. Kalau dulu ye, memang cikla suka membebel, bising-bising kalau ada apa-apa yang cikla marah or tak puas hati. Tapi sejak dah bertambah usia ni, cewaah. Rasa macam diam itu lebih baik.

Malas nak bising-bising dah. Suami cikla taulah kalau cikla diam je. Merajuk skeet. Tapi, lelaki-lelaki di luar sana kena ingat, walaupun perempuan ni diam seribu bahasa hakikatnya luaran je nampak diam, tapi dalamannya. Bergelora, hanya Allah je yang tahu.

Selain itu, tanda perempuan tu marah diaorang akan buat tak tau je dengan korang. Korang ada kat sebelah pun, diaorang buat tak tau je. Kalau korang suruh diaorang buat apa-apa, mereka tak akan ambil pusing dan bersikap acuh tak acuh je dengan korang.

Kalau korang tanya diaorang apa-apa ke, nak bersembang ke, diaorang buat macam tak dengar je. Kalau macam itulah gayanya, memang confirm lah diaorang tengah marah tu. Sejujurnya, cikla pun kadang-kadang macam ni jugak. Buat derk je, merajuk. Huhu.

Ada jugak perempuan yang marah dan meluahkan apa yang terbuka di hati dia dengan cara menyindir. Aduh, kalau cara ni si suami tak tau jugak yang isterinya tengah marah, memanglah. Tapi sebaiknya kalau nak menyindir pun biarlah berdepan-depan kata orang. Elakkan dari menyindir pasangan di media sosial!

Tak kan korang nak bukak pekung di dada kan. Sebagai seorang isteri yang baik, kena jaga aib suami walaupun macam mana keadaan pun. Silap-silap nanti 'kisah' korang ni jadi bahan cerita hangat pulak. Selain dari bersikap dingin dengan pasangan, ada perempuan kalau marah tu dia hanya tersenyum je. Tapi, bukan senyum ikhlas tau. Senyum sinis. Hehe.

Bagi perempuan yang agak rapuh hatinya, mereka hanya mampu meluahkan kemarahan mereka dengan menangis. Ouch, touching!

So, sebagai sorang yang rapat dengan si dia, si lelaki sepatutnya tau macam mana cara nak lembutkan hati mereka. Fahamilah sifat mereka, dan mulalah mengambil berat tentang perasaannya. Jangan kat bibir tu cakap sayang je, tapi hakikatnya tak pandai nak jaga hati pasangan.

Bak kata pepatah, 'sekeras-keras batu kalau dititik air lama-lama lekuk jugak. '

So, tak kira suami atau isteri, kenalah sama-sama bertolak ansur dan fahamilah pasangan korang. Macam si isteri pun sama, jagalah hati suami dan cuba untuk selesaikan masalah sebaik mungkin.

Sumber Ruangan Dunia Lelaki.

Post a Comment

3 Comments

  1. btl tu ada suka menyindir... sy pun kdg-kdg buat macam tu kat anak... hehehe... tp dia paham lak. nak marah direct kan tinggi lak volume ni...

    ReplyDelete
  2. kita kalau marah diammmmm jerrr...x mo cakap pape hihi

    ReplyDelete
  3. sha kalau marah suka menyindir tapi kalau marah sangat sangat sha diam je sebab takut terlepas cakap huhu

    ReplyDelete