'santai tapi sampai'

Bagi cikla, masa mengandung dan masuk trimester terakhir perasaan dah jadi tak keruan. Walaupun sudah mempunyai pengalaman bersalin sebelum...

Kejadian bayi bahu sangkut semasa bersalin : Info yang para ibu perlu tahu.

Bagi cikla, masa mengandung dan masuk trimester terakhir perasaan dah jadi tak keruan. Walaupun sudah mempunyai pengalaman bersalin sebelum ni, tapi bagi cikla pengalamannya lain-lain. Alhamdullillah, masa bersalin keempat-empat anak cikla, proses kelahiran dipermudahkan. 

Cikla hanya mengalami sakit yang sekejap, masuk bilik bersalin tak lama lepas tu terus bersalin. Pernahkah dengar tentang kejadian bayi bahu sangkut semasa bersalin.

Kedengaran macam ngeri je kan!

Korang bayangkanlah, kepala dah lepas tapi tetiba bahu tak lepas. Allahu, dengan si ibu yang dah hilang tenaga banyak sebab meneran lagi. 

Tapi, korang jangan risau kekurangan terjadinya kejadian ini adalah 1 dalam 150 (0.7%) bagi setiap kelahiran normal (vaginal birth). 

Orang cakap siapa aje yang tau kan kalau kejadian ni nak berlaku sebab kejadian  bahu bayi sangkut berlaku dengan tidak dijangka semasa kelahiran dan biasanya tak boleh diramal bila akan terjadi.

Walaupun begitu, ada beberapa penyebab yang membolehkan ia berlaku, iaitu;

  1. Mempunyai sejarah masalah bahu bayi sangkut pada kelahiran terdahulu. 
  2. Si ibu mempunyai kencing manis (diabetes). 
  3. BMI ibu > 30 kg/m2 atau lebih. 
  4. Kelahiran yang dipaksa (induced labour). 
  5. Proses kelahiran yang mengambil masa yang panjang (prolonged labour). 
  6. Kelahiran yang dibantu oleh forceps atau Ventouse/Vacuum.

Biasanya, kejadian bahu bayi sangkut berlaku pada bayi-bayi yang besar. Akan tetapi, biasanya takde masalah untuk melahirkan bayi-bayi besar yang mana dalam majoriti kesnya berat bayi melebihi 4.5 kg. 

Kebanyakan kes bahu bayi sangkut didapati berat bayinya adalah kurang daripada 4 kg.

Kejadian bayi bahu sangkut semasa bersalin : Info yang para ibu perlu tahu.

Dalam kebanyakan kes yang melibatkan kejadian seperti ini, ia tak boleh dicegah kerana ia susah untuk diagak bila akan berlaku. 

Akan tetapi, kalau si ibu mengidap penyakit kencing manis semasa mengandung, si ibu akan diberi option sama ada untuk bersalin awal (induction of labour) atau bersalin secara caesarean (pembedahan). 

Ia akan dapat merendahkan risiko berlakunya bahu bayi sangkut semasa bersalin.

Walaupun bagaimanapun, kalau si ibu tak menghidapi kencing manis, option untuk bersalin awal tak akan mengurangkan risiko berlakunya kejadian bahu bayi sangkut ini, walaupun bayi diramalkan besar dan option untuk bersalin secara pembedahan juga tak akan dicadangkan.

Kalau kejadian bahu bayi sangkut berlaku semasa bersalin, apakah yang patut dilakukan? Sudah semestinya jururawat yang menyambut kelahiran sudah bersiap sedia kalau ada terdapat beberapa faktor seperti yang dinyatakan seperti di atas. 

Sebenarnya, kejadian bahu bayi sangkut adalah KECEMASAN, so kalau ia  berlaku, ia mesti segera. di tangan. Ini kerana, bahu bayi mesti  dilepaskan daripada tersangkut supaya badan bayi dapat dilahirkan dan bayi boleh bernafas secara normal.

Jururawat yang menyambut kelahiran akan meminta tolong dengan membunyikan loceng kecemasan supaya kakitangan terlebih seperti doktor perbidanan, doktor bayi dan kakitangan perbidanan yang lain akan datang di tempat kejadian untuk membantu. 

Semuanya berlaku dengan sangat cepat, dan dalam sekelip mata terlalu banyak kakitangan yang diperlukan untuk menangani kecemasan ini semasa berada dalam dewan bersalin. 

Apa yang korang perlu tau adalah, doktor perbidanan/penyambut kelahiran akan;

  1. Meminta ibu supaya berhenti meneran. 
  2. Mengubah kedudukan dan posisi si ibu supaya lebih banyak ruang di dalam vagina. 
  3. Si ibu akan diminta untuk baring dan kedua-dua belah kaki anda ditolak ke luar dan ke atas, dekat dengan dada, dikenali sebagai McRoberts Manoeuvre. 
  4. Sedikit tekanan akan diberikan pada bahagian atas ari-ari untuk membantu melepaskan sangkutan bahu bayi (suprapubic pressure)
  5. Episiotomy dilakukan, untuk membesarkan bukaan vagina sekiranya perlu melakukan kaedah lain untuk melepaskan sangkutan bahu.

Biasanya, selepas melakukan kaedah-kaedah ini, bayi dapat dilahirkan dengan selamat. Katakanlah bayi tetap tidak dapat dilahirkan, langkah ini akan diambil, iaitu;

  1. Doktor perbidanan akan memasukkan tangannya ke dalam vagina untuk melepaskan sangkutan bahu bayi. 
  2. Si ibu mungkin akan dibantu untuk pusing kepada posisi ‘all fours’ yang mana dapat melepaskan sangkutan bahu bayi.

Apakah yang akan terjadi kepada si ibu  dan bayi selepas kejadian bahu sangkut semasa bersalin? Selepas kejadian ini, si ibu mungkin akan;

  1. Mengalami koyakan yang teruk sehingga boleh melibatkan lubang dubur. 
  2. Tumpah darah selepas bersalin boleh berlaku dan kadangkala memerlukan transfusion serta pemindahan darah.

Untuk bayi pula, ini yang akan berlaku iaitu;

  1. 1 daripada 10 bayi (10%) akan mengalami kecederaan pada saraf brachial plexus, menyebabkan sebahagian anggota yang terlibat tidak boleh digerakkan. Jenis yang biasa terjadi dinamakan Erb’s palsy. Walaupun begitu, kecederaan ini hanyalah sementara dan pergerakkan tangan yang terlibat akan kembali pulih dalam beberapa jam atau hari. Kecederaan kekal sangat jarang berlaku.
  2. Akan tetapi, kecederaan pada saraf brachial plexus bukan sahaja berlaku pada kejadian bahu bayi sangkut ketika bersalin normal,  juga boleh terjadi pada bayi yang dilahirkan secara pembedahan.
  3. Kadang-kadang, kejadian ini jugak boleh tulang bahu bayi patah. Tapi, dalam kebanyakkan kes, bayi sembuh seperti sebelumnya.

Walaupun langkah berjaga-jaga telah diambil dan pertolongan kecemasan diberikan segera ketika bahu bayi sangkut, bayi mungkin mengalami masalah otak sebab kurangnya oksigen sampai ke otak semasa kejadian bahu sangkut itu berlaku.

Apa yang ibu perlu tau adalah, kalau pada kelahiran ini si ibu mengalami masalah bahu bayi sangkut, risiko untuk ia berlaku lagi pada kelahiran yang akan datang adalah sangat tinggi sebab ada kajian mengatakan 1 dalam 10 ibu yang bersalin akan mengalaminya sekali lagi. 

So, perbincangan dengan doktor adalah yang terbaik supaya langkah yang sesuai boleh diambil.

Sumber Facebook page Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak (Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, Kementerian Kesihatan Malaysia). 

3 comments:

  1. Selamat tengahari & salam aidil adha

    Semoga semuanya selamat masa bersalin

    risau kalau jadi macam macam

    ReplyDelete
  2. allahuakhbar seramnyaa.. memang besar dugaan and cabaran. itula pahala banyak Allah janjikan.. tapi takoooot..

    ReplyDelete
  3. ngilunya dengar duhai kalau tersangkut macam tu ye Cik La..

    ReplyDelete