'santai tapi sampai'

Tak kiralah sama ada kita seorang pesakit hipotiroid atau hipertiroid, memang kita akan diberi ubat oleh doktor. Malangnya, ads sesetengah p...

Tak makan ubat, apakah simptom-simptom yang wujud pada pesakit tiroid?

Tak kiralah sama ada kita seorang pesakit hipotiroid atau hipertiroid, memang kita akan diberi ubat oleh doktor. Malangnya, ads sesetengah pesakit berhenti mengambil ubat sendiri tanpa arahan doktor dengan macam-macam alasan. 

Untuk pengetahuan korang, kalau seseorang pesakit itu tak mengambil ubat dengan betul atau terus meninggalkannya, pesakit tersebut akan menghadapi beberapa risiko yang mungkin.

Tak makan ubat, apakah simptom-simptom yang wujud pada pesakit tiroid?
Gambar diubahsuai dari carian Google.

Untuk pesakit hipotiroid, sama ada disebabkan oleh Hashimoto, pembedahan tiroid atau hipotiroidisme kongenital, kalau mereka tak mengambil ubat levothyroxine dan lain-lain dengan betul, mereka akan mengalami simptom seperti berikut;

  1. Tekanan darah menjadi tak menentu. 
  2. Suhu badan yang rendah, iaitu sentiasa berasa sejuk. 
  3. Mengalami keletihan. 
  4. Mengalami kemurungan. 
  5. Mengalami masalah memori. 
  6. Kolesterol tinggi. 
  7. Mengalami penambahan berat badan. 
  8. Ketidaksuburan. 
  9. Keguguran. 
  10. Kematian pada kelahiran. 
  11. Kelahiran pra matang. 
  12. Haid tak menentu. 
  13. Kehilangan atau penurunan nafsu seks. 
  14. Kelemahan otot. 
  15. Sembelit. 
  16. Sakit sendi atau otot. 
  17. Keguguran rambut. 
  18. Tangan bengkak, kaki dan muka. 
  19. Pertumbuhan nodul tiroid, meningkatkan saiz goiter. 
  20. Peningkatan risiko penyakit jantung. 
  21. Peningkatan risiko jangkitan. 
  22. Myxedema coma (rosak fungsi otak) dan kematian.

Untuk pesakit hipertiroid, sama ada disebabkan oleh penyakit Graves, atau nodul toksik, atau sebab lain, kalau pesakit gagal mengambil ubat-ubatan antithyroid seperti Carbimazole, Carmazole, Propylthiouracil (PTU), dan sebagainya, mereka akan menghadapi risiko mengalami simptom berikut, iaitu;

  1. Menurunkan berat badan atau menaikkan berat badan. 
  2. Selera makan meningkat 
  3. Ketakutan, kerisauan, serangan panik (panic attacks)
  4. Tak tahan panas dan berpeluh. 
  5. Mengalami keletihan. 
  6. Cirit-birit. 
  7. Haid tidak teratur. 
  8. Goiter/pembesaran kalenjar tiroid. 
  9. Kelemahan otot. 
  10. Insomnia, iaitu sukar untuk tidur. 
  11. Nadi laju. 
  12. Tekanan darah tinggi. 
  13. Jantung berdebar-debar. 
  14. Loya dan muntah-muntah. 
  15. Masalah kitaran haid. 
  16. Kegatalan. 
  17. Gegaran atau menggigil. 
  18. Keguguran rambut. 
  19. Menonjol mata. 
  20. Strok. 
  21. Serangan jantung. 
  22. Thyroid storm. 
  23. Kematian. 

Apa yang semua pesakit mesti ingat, berhenti ubat adalah atas arahan doktor sahaja.

Sumber group Facebook TIROID DAN ANDA (ORI).

2 comments:

  1. bahayanyaaa! Officemate pun ada sakit tiroid memang kesian tengok dia sakit hari2

    ReplyDelete
  2. Banyak juga masalah akan dtg kakau tak mkn ubat ..
    Better ikut nasihat doktor kan ... lebih selamat.

    ReplyDelete