Apakah itu hipotiroidisme?
Secara umumnya, hipotiroidisme adalah keadaan di mana kelenjar tiroid menjadi kurang aktif. Pengeluaran hormon tiroid akan berkurangan mengakibatkan fungsi badan menjadi perlahan.
Sebanyak 15% atau lebih daripada warga emas mempunyai penyakit hipotiroidisme dan penyakit ini adalah 2 kali ganda lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding dengan lelaki.
Mengapakah hipotiroidisme itu berlaku?
Untuk pengetahuan korang, ada banyak sebab mengapa terjadinya keadaan hipotiroidisme ni, iaitu;
- Hashimoto’s thyroiditis’ adalah penyebab spesifik di mana keadaan hipotiroidisme yang selalu terjadi iaitu kelenjar tiroid mungkin membengkak pada permulaannya tapi bila penyakit ini berlarutan, ia akan memusnahkan kelenjar tiroid dan mengakibatkan hipotiroidisme.
- Ubat-ubatan seperti ubat yang digunakan untuk merawat kelenjar tiroid yang terlampau aktif, ubat ‘lithium’ yang digunakan untuk merawat penyakit sakit jiwa, dan ubat ‘amiodarone’ yang digunakan untuk merawat penyakit jantung.
- Pembedahan dan pembuangan kelenjar tiroid.
- Berlakunya radiasi ke atas kelenjar tiroid yang lampau.
- Penyakit ke atas kelenjar hipothalamus atau kelenjar pituitari (tapi ini jarang-jarang berlaku).
Apakah tanda dan gejala yang menunjukkan seseorang itu mengalami keadaan hipotiroidisme?
Terdapat beberapa gejala dan tanda yang menunjukkan seseorang itu mengalami keadaan hipotiroidisme, iaitu;
- Tak tahan sejuk.
- Mengalami masalah sembelit.
- Kenaikan berat badan.
- Selalu merasa letih.
- Keadaan kulit akan menjadi kering dan kasar. Muka akan membengkak terutamanya di sekeliling mata.
- Mengalami kekurangan.
- Sakit serta lemah otot dan sendi dan menjejaskan keupayaan bergerak.
- Mengalami tanda-tanda yang tak spesifik seperti keliru, hilang selera makan, hilang berat badan, jatuh, tak dapat mengawal pundi kencing dan kurang pergerakan.
- Pengsan atau tak sedarkan diri kalau keadaan menjadi teruk dan boleh mengakibatkan kematian.
Selain itu, istilah ‘subclinical hypothyroidism’ bermakna seseorang pesakit itu tak mempunyai gejala hipotiroidisme dan ia hanya boleh dikesan melalui ujian darah.
Macam mana nak mendiagnosa keadaan hipotiroidisme ini?
Ada beberapa cara macam mana nak mendiagnosa keadaan hipotiroidisme ni, iaitu;
- Kelenjar tiroid mungkin membengkak.
- Suhu badan mungkin akan jadi lebih rendah.
- Tanda-tanda hipotiroidisme seperti mata bengkak, kulit kering dan lain-lain.
- Dengan mengetuk sendi lutut, buku lali dan siku dengan alat, tindakbalas pergerakan sendi mungkin lebih perlahan.
- Walau bagaimanapun, pemeriksaan mungkin juga normal untuk sesetengah kes.
Melalui ujian darah;
- Paras ‘thyroid-stimulating hormone’ (TSH) melebihi paras normal (biasanya > 4.5 mU/L) mencadangkan kemungkinan diagnosa hipotiroidisme.
- Paras hormon ‘free T4’ perlu diukur untuk membezakan hipotiroidisme yang ketara (paras ‘free T4’ rendah) berbanding dengan ‘subclinical hypothyroidism’ (paras ‘free T4’ normal).
- Ujian lain mungkin perlu untuk menentukan penyebab-penyebab yang lain.
Untuk ujian saringan;
Untuk golongan yang mempunyai faktor risiko untuk penyakit tiroid, pesakit dengan paras kolesterol yang tinggi atau mereka yang mempunyai tanda-tanda seperti di atas, paras TSH perlu diukur.
Komplikasi;
- Tekanan darah tinggi.
- Paras kolesterol yang tinggi dan merupakan faktor risiko untuk penyakit jantung.
- Serangan sakit jantung dan lemah jantung adalah akibat yang serius tapi jarang berlaku.
- Pengsan atau myxedema coma boleh mengancam nyawa di mana seseorang mengalami kekeliruan dan menjadi tidak sedar diri.
Apakah rawatan yang akan diberikan kepada pesakit hipotiroidisme?
- Warga emas yang mempunyai masalah hipotiroidisme perlu mengambil hormon tiroid (pil levothyroxine) untuk mengganti hormon yang tidak lagi dihasilkan oleh kelenjar tiroid.
- Rawatan biasanya dimulakan dengan dos yang rendah, kemudian ia ditambah secara perlahan-lahan setiap 4 minggu.
- Pesakit dengan masalah jantung atau penyakit lain yang serius sepatutnya dimulakan dengan dos yang lebih rendah, di mana ia perlu ditambah dengan lebih perlahan untuk mengurangkan kesan sampingan rawatan.
- Selepas 3-4 bulan, dos ubat kadang-kala perlu ditukar, bergantung kepada pengurangan atau penambahan berat badan dan penggunaan ubat-ubatan tertentu.
- Untuk mengenalpasti jika seseorang diberi rawatan yang mencukupi, paras TSH perlu diukur secara berkala.
- Rawatan ini adalah sangat berkesan untuk menghilangkan atau mengurangkan gejala hipotiroidisme tetapi ia perlu diteruskan untuk sepanjang hayat.
Kalau diri cikla sendiri, cikla jadi hipotiroidisme selepas menjalani pembedahan total thyroidectomy.
So, lepas tu cikla kena makan ubat levothyroxine seumur hidup sebab ubat tu pengganti kelenjar tiroid yang telah dibuang tu. Tak apalah, janji sihat kan.
Lagipun, ubatnya pun kecik sinonet je. Panadol lagi besar kot. Semoga info ni memberi manfaat kepada yang memerlukan. Insha Allah.
Sumber www.myhealth.gov.my
Apprеciate tһе recommendation. Let me tгy it oᥙt.
ReplyDelete