'santai tapi sampai'

Kecanggihan teknologi masa sekarang ni memang tak boleh nak dinafikan lagi. Dulu, kalau guna telefon bimbit yang paling canggih pun kita gun...

Orang Malaysia pengguna WHATSAPP paling ramai di dunia.

Kecanggihan teknologi masa sekarang ni memang tak boleh nak dinafikan lagi. Dulu, kalau guna telefon bimbit yang paling canggih pun kita guna message untuk berhubung dengan orang lain selain dari call

Tapi, sekarang macam-macam ada. Email, messager, yahoo messager, dan yang paling top sekali adalah aplikasi WHATSAPP. Itu belum lagi dengan aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter, YouTube dan sebagainya.

Mengapa cikla cerita pasal ni? Sebenarnya, cikla nak share satu CERITA mengenai orang Malaysia dengan aplikasi WHATSAPP ni. Nak tau? Jom baca.

Orang Malaysia pengguna WHATSAPP paling ramai di dunia.
Orang Malaysia pengguna WHATSAPP paling ramai di dunia. Sumber Google. 

Kalau korang nak tau, ada satu kajian yang dilakukan oleh Digital News Report 2017 di Institut Kajian Kewartawanan Reuters kepada 36 negara di dunia mengenai apakah aplikasi yang menjadi kegemaran mereka untuk mendapatkan info dan sumber berita. 

Korang nak tau apa yang mereka perolehi?

Jangan tak percaya yang menurut hasil kajian mereka, 51% rakyat Malaysia menggunakan aplikasi WHATSAPP sebagai medium mendapatkan info dan berita berbanding negara lain di dunia seperti Brazil 46%, Chile 39%, Singapore 38%, Hong Kong 36% dan Spain 32%.

Sebab apalah agaknya aplikasi ni menjadi pilihan mereka kan? 

Kalau korang nak tau, WHATSAPP ni adalah aplikasi yang memudahkan komunikasi antara individu tak kiralah antara individu dengan individu atau individua dan berkumpulan. 

Lagipun, WHATSAPP jugak dikatakan sebagai saluran media yang ringkas dan berkesan di samping ia user friendly dan yang paling penting free of charge.

Orang Malaysia pengguna WHATSAPP paling ramai di dunia.
Orang Malaysia pengguna WHATSAPP paling ramai di dunia. 

Bagi cikla, tak kiralah apa jugak bentuk media sosial yang kita gunakan untuk mendapatkan info tak kiralah dari dalam negara atau luar negara tapi apa yang penting gunakan ia dengan berhemah. 

Jangan cepat menerima dan menyebarkan perkara yang kita tak pasti dan tak tau. Check dulu betul ke tak. Nanti tak pasal-pasal dapat dosa kering free aje.

Jadilah pengguna yang bijak.

Sumber Harian Metro.

9 comments:

  1. kan. itu satu hal. jgn guna social media tp buat benda yang boleh merosakkan hubungan secara alam nyata. and jgn jugak muflis di akhirat sbb social media. sekadar peringatan untuk diri sendiri juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi itulah, kalau ada sesuatu isu ramai yg nk jadi keyboard warrior. Kata pun Kdg2 main lepas dan tak berlapik

      Delete
  2. Whatsapp ini memudahkan kita nak balas mesej kan..

    ReplyDelete
  3. Itulah. All the time. Nasib baik time mandi tak bawak masuk bilik air. Hehe

    ReplyDelete
  4. Bila berita senang dapat. Privasi pun makin kurang

    ReplyDelete
  5. Rakyat Malaysia memang suka berwassap kan.. henpon sy selalu penuh memori dengan gambar2, video dan mesej yang dihantar..

    Sehari tak cek, beratus2 mesej dah ada..

    ReplyDelete