Resepi kek batik mudah.

Raya haji baru ni adik cikla ada buat kek batik. Tapi, kek batik yang dia buat kali ni cikla tengok macam lain sikit sebab ia lebih lembut. Kalau kek batik sebelum ni, macam crunchy dan keras sikit. Walaupun kek batik ni agak lembut, tapi sedap jugak. Budak-budak yang belum banyak gigi  macam adik Zara bolehlah makan ni, sebab tak keras.

So, cikla mintaklah resepi kat dia untuk simpanan di masa depan. Manalah tau, lepas ni nak cuba sendiri kan. Tapi, cikla share kat sini, kot-kot ada yang nak mencubanya sendiri. Jom tengok dulu apakah bahan-bahannya.

Resepi kek batik mudah.
Resepi kek batik mudah. 

Bahan-bahannya adalah seperti berikut;

250 gm biskut marie (warna cream). 
150 gm buttercup. 
1 cawan Milo. 
6 sudu serbok koto. 
4 biji telur. 
1/2 tin susu pekat manis. 
1 cawan air kosong.

Kemudian, cara-cara nak buat pulak,
  1. Biskut marie dipatah-patahkan, ketepikan dulu. 
  2. Dalam kuali, masukkan milo, serbuk koko, telur, susu, dan air. Masak semua bahan tu dengan menggunakan api yang sederhana. 
  3. Kacau bahan perlahan-lahan sehingga rata, kemudian masukkan buttercup. Gaul lagi sampai rata dan pekat, kemudian padamkan api. 
  4. Selepas itu, masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan tu, kemudian Gaul rata. 
  5. Setelah rata, masukkan adunan tadi dalam bekas yang sesuai. Mampatkan adunan dalam satu bekas tersebut. 
  6. Selepas dimampatkan, masukkan ke dalam peti sejuk, dan sedia untuk dimakan.

Senang kan? Selamat mencuba.

Sumber: resepiummi.com

1 comment:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews