Ramai yang cakap rambut adalah mahkota wanita. Tapi, bagi cikla bukan hanya rambut yang kita kena ambil kisah, tapi bahagian lain pun penting jugak. Pendek kata semua bahagian di badan perempuan ni penting. Salah satunya adalah payudara. Bagi cikla, ia adalah aset.
Memang tak dinafikan, selepas melahirkan anak, kebanyakan wanita mengalami perubahan bentuk badan termasuklah payudara. Payudara sudah tak anjal dan tegang macam dulu lagi. Ini disebabkan oleh kesan dari kita menyusukan anak. Mulalah rungsing kan, tercari-cari petua dan cara macam mana nak kembalikan keadaan aset kita ni seperti dulu.
Cikla memang tak menafikan yang memang banyak je produk untuk tegangkan kembali payudara ni di pasaran sekarang. Tapi, bagi cikla yang semulajadi lebih baik kan. Itu belum lagi yang melibatkan pembedahan dan sebagainya. Betul tak?
So, kat sini ada satu petua yang mungkin membantu para wanita di luar sana untuk mengatasi masalah ini.
Senang je, guna kacang hijau. Nak tau macam mana caranya? Caranya yang sangat mudah, just rebus kacang hijau tu sampai empuk dan biarkan suam. Lepas tu, jadikan masker dengan melumurkan kacang hijau tu pada payudara. Tapi, jangan sampai kena nipple pulak. Selepas itu, biarkan kira-kira 20 minit sebelum dicuci dengan air.
Kalau korang nak tau, kacang hijau ni mempunyai berapa kelebihan iaitu, kacang hijau dikatakan mempunyai kelebihan iaitu dapat menegangkan payudara sekaligus menjadikan ia anjal. Selain itu, ia juga boleh menjadikan kulit payudara lebih lembut dan halus selain ia boleh membuang sel kulit mati.
Sumber Ruangan Sekilas Cantik.
Hihi....guna lagi pun boleh...
ReplyDeleteGood tips
ReplyDelete