'santai tapi sampai'

Cikla percaya semua orang nak nampak cantik kan even tanpa mekap sekalipun. Betul tak? Natural beauty kata orang. Paling tak pun kita ole...

Macam mana nampak cantik tanpa mekap?

Cikla percaya semua orang nak nampak cantik kan even tanpa mekap sekalipun. Betul tak? Natural beauty kata orang. Paling tak pun kita oleskan sedikit pelembap, dan calitkan lips balm di bibir kita untuk mengelakkan bibir kering. Itu pun dah lebih dari ok kan. Tak gitu? 

So, cikla nak share beberapa tips macam mana nak nampak cantik walaupun kita tak bermekap. Wah wah, macam mana ye? Nah, baca ni kalau nak tau.

Macam mana nampak cantik tanpa mekap?

  1. Sebelum korang keluar tu, jangan lupa oleskan pelembap yang mempunyai SPF sekali sebab ia penting sebab menjadi  pelindung kepada sinaran UV yang akan menjadi kulit lebih kusam dan gelap. So, korang akan dapat 2 kebaikan sekaligus iaitu kulit yang sentiasa lembap dan terlindung dari sinar UV. 'Win-win situation' kata orang.
  2. Minumlah secawan jus lemon suam. Selain dari ia mengandungi antioksidan yang boleh menghalang radikal bebas dari merosakkan kulit, ia jugak menjadikan kulit lebih sihat dan bercahaya. Shining gitu.
  3. Selepas mencuci muka, sebaiknya korang gunakan penyegar (toner) yang bebas dari alkohol. Ini penting sebab ia akan membersihkan kulit muka kita dari kotoran dengan lebih baik. Manalah kan, kalau-kalau masih ada kotoran yang masih tertinggal di kulit muka walaupun selepas kita mencucinya. 
  4. Penggunaan skrub jugak penting sebab ia bagus untuk menyingkirkan kotoran dari kulit muka. Tapi, penggunaan skrub yang kerap tak digalakkan sebab ia akan menipiskan kulit muka. Cukuplah 2-3 kali seminggu je. Kulit muka korang akan lebih bersih dan nampak segar serta bermaya.
  5. Elakkan dari menyentuh jerawat yang ada dimuka korang tu. Sebaiknya, korang janganlah gatal tangan pulak nak sentuh jerawat korang tu. Siap nak picit-picit lagi. Kalau korang nak tau, perbuatan itu akan menjadikan kulit muka korang jadi berparut. Dah tak cantik kan. Dah pening pulak nak cari ubat hilangkan parut. 

Nah, senang je kan. Selamat mencuba.

Sumber SINI

17 comments:

  1. Bab picit jerawat tu susah PC nak buat...kena lebih disiplin ni nampaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Samalah. Kalau nampak seketui yg keluar tu tgn gatal je nk picit.. Huhu

      Delete
  2. Part no 5 tu susah nk kawal huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Lepas ni kena kuatkan hati jgn picit. Hehe

      Delete
  3. Huhu. Terbaik. Perempuan memang sentiasa inginkan nampak cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu semestinya. Lelaki pun mesti lah kena nmpk kemas dan hensem jugak.

      Delete
  4. mcm mrs pip mmg malas sangat nak guna make up sekarang, just letak pelembap and serum ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikla pun. Sejak dah ada anak ni mcm x dan je kan. Buat mana yg dan je

      Delete
  5. iye...wnang je kan jaga muka ni,rajin dengan malas jelah..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tepuk dada tanya hati. Nak cantik ke x. Hehe

      Delete
  6. Wah..menarik ni. Nk cuba nt

    ReplyDelete
  7. Wah..menarik ni. Nk cuba nt

    ReplyDelete
  8. saya tengok ramai orang Eropah amal minum jus lemon suam setiap pagi. No wonder kulit diorang cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni kita boleh try.. Jom cantik sama2

      Delete