Cara tanggalkan mekap secara natural, cuba tips ni.

Kalau sebelum ni kita biasa tengok orang menanggalkan mekap dengan menggunakan makeup remover, apa kata kali kita try pulak secara natural atau semulajadi. 

Bagi cikla, penggunaan bahan semulajadi adalah lebih baik sebab ia lebih selamat tanpa kesan sampingan dan yang paling penting murah. 

Apa kata korang try cara ni semasa korang menanggalkan mekap korang tu.

Cara tanggalkan mekap secara natural, cuba tips ni.
Gambar diubahsuai dari carian Google.

Cara 1 : Minyak kelapa.

Sapukan minyak kelapa pada  kapas dan oleskan kapas tersebut ke seluruh perlukan kulit muka korang. Selepas itu, bersihkan muka korang dengan air. Kalau korang nak tau, penggunaan minyak kelapa adalah lebih berkesan menanggalkan mekap selain ia juga boleh bertindak sebagai pelembap dan pelindung kulit terutamanya kulit muka. Kalau cikla, cikla guna baby oil untuk menanggalkan mekap. Konsep dan cara penggunaannya sama macam kita gunakan minyak kelapa.

Cara 2 : Guna timun.

Caranya, hiriskan sebiji timun dalam bentuk kepingan nipis. Kemudian gosokkan timun tersebut ke seluruh muka dengan lembut, termasuklah area mata korang. Kalau korang tak buat macam ni, korang boleh jugak blend halus timun untuk dijadikan jus face cleanser.

Cara 3 : Guna minyak zaitun.

Masukkan sedikit minyak zaitun ke dalam mangkuk kecik. Kemudian, ambil kapas dan celupkan ke dalam mangkuk tersebut sebelum di sapu ke seluruh kulit muka. Selepas itu, bilas dan cuci muka korang dengan air bersih. 

Sumber Ruangan Ubah Imej.

5 comments:

  1. Maznee nak tambah 1 lagi tips

    susu lembu segar yang dah expired dalam peti ais

    sangat bagus untuk tanggalkan make up tau

    Cik la boleh cuba

    susu ni tak busuk pun sebab duduk dalam peti ais

    Maznee pun dapat tips ni dari internet

    Best tak tip Maznee

    Jemputlah singgah blog

    ReplyDelete
  2. Ena mmg guna baby oil. Hehe.. lg jimat kan dri beli make up remover.. skin pon ok xrosak

    ReplyDelete
  3. Bagusnya info ni. Tq for sharing

    ReplyDelete
  4. eh tak pernah tahu boleh guna timun. Boleh try la nanti mesti sejuk2 je muka

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews