Kanser tiroid adalah keadaan di mana wujudnya ketulan atau benjolan tak normal pada kelenjar tiroid. Ada sesetengah pesakit tidak mempunyai masalah hormon iaitu bacaan hormon tiroid mereka normal, tapi mereka ada bengkak.
Macam cikla, memang bacaan darah ok je. Siap dua kali test sebab tak puas hati. Iyelah, ada bengkak tapi bacaan darah ok pulak. Itu yang menjadi kemusykilan tu.
Itu sebab, kalau seseorang itu mempunyai bengkak, risiko untuk menjadi sel kanser itu tetap ada. So, jangan biarkan. Cepat-cepat pergi check doktor.
Walaupun pada asalnya, kanser tiroid tak menunjukkan apa-apa simptom yang jelas tapi ada beberapa perkara atau ciri yang korang kena alert, iaitu;
Gambar diubahsuai dari carian Google. |
Wujudnya benjolan di leher.
Rasanya, semua orang yang kelenjar tiroid adalah berbentuk seperti rama-rama dan terletak di pangkal leher. Walaupun gumpalan (lump) tiroid adalah perkara yang normal, tapi kira-kira 5% ketulan tiroid adalah kanser.
Orang yang lebih berusia boleh mempunyai ketulan kecik dalam kelenjar tiroid mereka yang dipanggil nodul. Sebanyak 90% daripada mereka makan mengalami keadaan ini.
Untuk pengetahuan korang, goiter adalah kelenjar tiroid bukan kanser. Bengkak ini biasanya sebagai benjolan di bahagian depan leher, yang mana benjolan ini akan bergerak naik dan turun semasa korang menelan.
Apa yang korang kena tau, benjolan kanser tiroid biasanya tak sakit pun. Sebab tu, kalau korang perasan ada benjolan tak kiralah kecik atau besar, cepat-cepat pergi check doktor. Macam tu jugak kalau benjolan tu menjadi semakin besar ataupun wujud pulak benjolan kat tempat lain terutama di bahagian leher korang.
Kalau macam cikla, memang cikla ada bengkak di sebelah kiri dan ketulan kecik di sebelah kanan.
Ketulan kecik di sebelah kanan itu doktor suruh buat fnac/biopsy. Result fnac/biopsy memula tu suspek kanser. Tapi, doktor suruh buat jugak total thyroidectomy.
Then, result operate memang ada sel kanser. Allahu, memang dugaan untuk diri ini.
Suara menjadi kasar, serak dan parau.
Kalau suara korang kasar, serak dan parau dari 3 minggu, sebaiknya korang pergilah berjumpa doktor. Memanglah ada sesetengah cakap, kalau suara serak macam tu, mungkin disebabkan oleh jangkitan bakteria/virus.
Tapi, seeloknya biarlah doktor yang check kan. Lagi senang hati lepas dah tau apa puncanya dan masalah mengapa suara kita jadi serak.
Dalam kes cikla, suara cikla memang serak. Tapi, takdelah serak sangat. Ala-ala Ella gitu.
Sakit tekak dan susah nak menelan makanan.
Sakit tekak adalah sakit normal yang disebabkan oleh jangkitan. Tapi, macam cikla bagitau sebelum ni. Kalau korang rasa sakit tekak lebih dari 3 minggu, better korang pergi jumpa doktor untuk rawatan lanjut. Ditambah pulak kalau korang susah nak menelan.
Lagilah tambah azab kan. Lagipun, korang dah try semua jenis petua pun, tekak masih sakit lagi. So, tak payah nak fikir panjang dah, pergi jumpa doktor cepat.
Kalau simptom yang ni, memang cikla tak alaminya. Cikla masih boleh menelan, makan, minum dan bernafas dengan baik. Tapi itulah. Orang cakap, kalau ada apa-apa yang tak kena pada diri kita cepat-cepat pergi dapatkan rawatan. Jangan biarkan lama-lama, takut berakar-akar benda tu.
Cegah sebelum parah. InshaAllah, peluang untuk sembuh lagi cerah.
Sumber SINI.
0 comments: