'santai tapi sampai'

Untuk pengetahuan korang, penyakit yang berkaitan dengan si rama-rama atau tiroid ni boleh dihidapi oleh sesiapa pun. Pendek kata, semua ora...

Leher ada benjolan: Tiroid biasa atau kanser?

Untuk pengetahuan korang, penyakit yang berkaitan dengan si rama-rama atau tiroid ni boleh dihidapi oleh sesiapa pun. Pendek kata, semua orang berpotensi untuk 'memiliki' penyakit ni. 

Kalau korang nak tau jugak, ada orang yang tak sedar pun yang dia sebenarnya ada sakit tiroid lebih-lebih lagi bagi mereka yang tak mempunyai bengkak atau benjolan. 

Kalau korang mempunyai bengkak terutamanya, korang mesti cepat-cepat mendapatkan rawatan jangan berlengah lagi, sebab kadangkala penyakit tiroid ini boleh menjadi kanser. 

Sebab itulah kita tak boleh pandang ringan tentang hal ni. Nampak macam tak penting kan, tapi hakikatnya memang tersangat penting  untuk kita amik tau.

Leher ada benjolan: Tiroid biasa atau kanser?
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Secara umumnya, kanser tiroid terdiri daripada 4  jenis tumor malignan pada kelenjar tiroid iaitu papilari, folikular, medulari atau anaplastik.

Kanser tiroid papilari dan Folikular merupakan jenis kanser tiroid paling selalu dijumpai berbanding jenis yang lain. 

Kedua-duanya bermula pada sel folikular pada tiroid. Kebanyakan kanser jenis ini tumbuh dengan perlahan tapi kalau dikesan lebih awal, Insha Allah akan sembuh.

Manakala, bagi kanser tiroid medulari pula, ia terdiri daripada 5-10% kes kanser tiroid yang muncul dalam sel C tapi, ia lebih mudah dikawal kalau dikesan dari awal dan dirawat sebelum merebak ke bahagian lain.

Insha Allah boleh sembuh.

Kanser tiroid anaplastik pula adalah jenis kanser tiroid yang paling kurang ditemui iaitu 1-2% dan timbul dalam sel folikular. Sel kanser jenis ini amat luar biasa dan sukar dikenal pasti. Ia juga sukar dikawal berbanding sel kanser lain kerana biasanya ia tumbuh serta merebak dengan cepat.

Nodul tiroid boleh terdiri daripada tak berbahaya (benign) atau berbahaya (malignan). Sel nodul biasanya tak bahaya, tak merebak ke organ lain dalam badan mahupun mengancam nyawa. 

Kira-kira 90% daripada nodul tiroid adalah tak berbahaya. Akan tetapi, nodul malignan adalah bersifat kanser. Ia lebih serius dan kadangkala boleh meragut nyawa. 

Sel kanser boleh menceroboh, merosakkan tisu, organ dalam badan dan memasuki saluran darah atau sistem limfa.

Untuk pengetahuan korang jugak, melalui cara ini kanser merebak daripada sel asalnya iaitu tumor utama untuk membentuk tumor baru dalam organ lain. Proses ini dikenali sebagai metastasis

Kalau metastasis berlaku di luar tiroid, sel kanser biasa ditemui pada nodus limfa berhampiran, urat saraf atau pembuluh darah. 

Tapi, bila sel kanser telah sampai di nodus berkenaan, sel kanser mungkin juga telah merebak ke nodus limfa atau organ lain seperti paru-paru dan tulang.

Kalau korang nak tau, pada peringkat awal kanser tiroid biasanya tak menunjukkan apa-apa simptom. Tapi, bila sel kanser itu membesar, beberapa simptom atau tanda boleh dilihat, iaitu;

  1. Adanya benjolan di depan leher atau berhampiran halkum.
  2. Suara menjadi parau dan susah untuk bercakap dalam nada normal.
  3. Nodus limfa akan  membengkak terutama di kawasan leher.
  4. Sukar untuk menelan atau bernafas. 
  5. Merasa sakit pada tekak atau leher.

Leher ada benjolan: Tiroid biasa atau kanser?
Leher ada benjolan: Tiroid biasa atau kanser? Sumber Google. 

Bagaimanapun, kadangkala simptom berkenaan tak semestinya menandakan wujudnya sel kanser tapi keadaan di atas boleh dicetuskan akibat jangkitan goiter tidak berbahaya atau ada masalah yang lain.

Kalau seseorang itu mempunyai simptom-simptom menunjukkan kanser tiroid, doktor akan bertanya kepada pesakit sama ada ahli keluarga yang mempunyai penyakit yang sama seterusnya akan menjalankan pemeriksaan fizikal. 

Selepas itu, doktor akan melakukan ujian makmal dan scan untuk lebih detail. Berikut merupakan langkah dan cara mendianogsis kanser tiroid, iaitu;

Pemeriksaan fizikal.

Doktor akan check dan merasa di bahagian tengkuk, tiroid, peti suara dan nodus limfa untuk memeriksa sebarang ketumbuhan atau bengkak.

Ujian darah.

Pesakit akan disuruh membuat ujian darah  darah untuk melihat kalau ada sebarang keluarbiasaan paras hormon rangsangan tiroid (TSH) di dalam darah. 

TSH adalah terdiri daripada kelenjar pituitari dalam otak dan mampu merangsang pelepasan hormon tiroid serta mengawal kepantasan pertumbuhan sel folikular tiroid.

Ultrasonografi.

Ujian yang menggunakan satu alat ultra bunyi yang menggunakan gelombang bunyi. Gelombang bunyi ni akan melantun pada tiroid dan komputer akan menggunakan gema ini untuk menghasilkan imej yang dipanggil sonogram. 

Dari gambar tersebut, doktor dapat mengenalpasti bilangan nodul yang wujud, saiz dan adakah nodul tersebut mendatangkan bahaya kepada pesakit.

Pengimbasan Radionuklida.

Doktor akan mengarahkan pengimbangan perubatan nuklear yang menggunakan sedikit bahan radioaktif untuk menimbulkan imej nodul tiroid.

Biopsi.

Ia adalah pengambilan tisu untuk mencari sel kanser. Ia boleh menunjukkan kanser, perubahan tisu yang boleh mengakibatkan kanser dan keadaan lain. 

Biopsi merupakan satu-satunya cara terbaik untuk mengesan sama ada nodul itu bersifat kanser atau tidak. 

Akan tetapi, ketepatan result biopsi kadangkala bukan 100% atau tak tepat sehingga pembedahan dilakukan untuk mengetahui sama ada bengkak mengandungi sel kanser atau sebaliknya.

Kalau cikla, cikla jenis yang pertama, papillary thyroid ca. Semoga kita sentiasa dilimpahkan rezeki sihat. Doakan cikla kuat menghadapi dugaan ni. Cikla nak sihat dan bebas daripada sel jahat ni. Amin.

Sumber Utusan Online.

2 comments:

  1. Semoga CikLa cepat sihat ye.
    Mber ada jgak dpt tiroid. Skrg mmg amik ubat je smpai bgkak surut.

    ReplyDelete