4 kebaikan santan kelapa yang mungkin korang tak tau.

By Cikla Shahril - September 21, 2017

Kalau sebelum ni kita biasa gunakan santan kelapa dalam masakan dan membuat kuih muih, tapi sebenarnya ia juga boleh memberi manfaat yang besar untuk kecantikan dan kesihatan diri

Lagipun, santan jugak merupakan antara bahan semulajadi yang murah dan mudah didapati.

Kalau korang nak tau, rasa lemak dan warna santan kelapa adalah terhasil dari kandungan minyak yang banyak di dalamnya, berbeza dengan air kelapa. 

Selain itu, santan kelapa jugak mengandungi serat, pelbagai jenis vitamin (C, E, B1, B3, B5 dan B6), dan pelbagai jenis mineral (besi, selenium, naturism, kalsium, magnesium dan fosforus).

So, korang nak tau tak apa kebaikan santan kelapa ni? Jom baca apa yang cikla nak share ni.

4 kebaikan santan kelapa yang mungkin korang tak tau.

Berikut merupakan 4 kebaikan santan kelapa yang mungkin korang tak tau, iaitu;

Santan kelapa melambatkan rambut beruban.

Kalau yang ni memang cikla biasa dengar orang cakap, guna santan kelapa untuk lebatkan rambut, merawat kepala berkelemumur dan mengelakkan rambut gugur. 

Tapi, sebenarnya santan kelapa jugak dikatakan boleh bertindak sebagai perapi yang berkesan untuk melambatkan uban

Hal ini kerana, santan kelapa mengandungi kelembapan semulajadi di samping minyak dan zat penting yang lain yang boleh merangsang dan menguatkan akar rambut kita, sekaligus melambatkan ubat tumbuh.

Caranya senang je, just sapu dan retaken santan kelapa pada kulit kepala korang, kemudian biarkan kira-kira 30 minit sebelum dibasuh dengan shampoo.

Santan kelapa sebagai krim pelembap kulit.

Macam yang cikla nyatakan sebelum ni, santan kelapa mengandungi kelembapan semulajadi. So that, ia sangat sesuai dijadikan sebagai krim pelembap kulit. 

Gunakan santan kelapa tanpa menambah bahan lain di dalamnya dan ratakan pada keseluruhan kulit korang. Ia juga dikatakan oleh mencegah kegatalan dan kulit kering. Cubalah!

Santan kelapa sebagai bahan mendapatkan kulit yang sentiasa lembap dan sihat.

Sifat semulajadi santan kelapa yang mengandungi kelembapan yang tinggi sangat sesuai mendapatkan kulit yang lembut, lembap dan sihat. 

Caranya yang mudah, iaitu hanya tambahkan setengah cawan santan kelapa dalam tab mandi korang. Selepas tu korang berendamlah di dalamnya. 

Bagi mereka yang mempunyai kulit jenis kering jugak sangat sesuai menggunakan santan kelapa semasa mandi. Ia menjadikan kulit lebih sihat kerana bakteria yang ada di badan korang dapat dinyahkan.

Santan kelapa sebagai skrub.

Menggunakan skrub dari bahan semulajadi adalah sangat digalakkan. So, apa lagi. Gunakalah santan kelapa yang ditambah dengan bahan lain sebagai skrub. 

Caranya senang je, mix up 1 cawan garam, 4 sudu besar santan kelapa dan 2 sudu besar minyak kelapa (sebagai pewangi). 

Lepas tu, sapukan campuran tersebut pada seluruh kulit badan korang. Kulit korang akan mengalami pengelupasan semulajadi.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Sumber Harian Metro.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. dulu nenek selalu nak letak santan kat kepala tapi taknak busuk haha

    ReplyDelete
  2. Syoknya buat scrub.. mesti best je..

    ReplyDelete