Hari sukaneka PASTI 2015.

By Cikla Shahril - November 29, 2015

Bila dah hujung tahun sebelum cuti persekolahan yang panjang, semua sekolah tak kiralah tadika mesti mengadakan sukan sebagai salah satu aktiviti wajib mereka. PASTI, sekolah kakak Batrisyia pun sama. Hari sukaneka PASTI 2015 ni berlangsung seminggu sebelum cuti aritu.

Kakak batrisyia ada jugak masuk 4 acara. Acara lari bawak bola pingpong dalam sudu, acara lari junjung pundi kacang, acara seret bola guna gelung rotan dan lari pecut 100 meter. 

Alhamdullilah, 2 acara (lari bawak bola pingpong dalam sudu dan acara seret bol guna gelung rotan), kakak Batrisyia dapat johan. 2 acara lain dapat tempat ke-3 dan saguhati je. 

Tapi, kira oklah sebab semua peserta dapat hadiah. Alah, budak-budak kan. Saja nak bagi mereka seronok. Itu je. 

Jom kita tengok gambar yang sempat cikla snap masa hari 'kejadian', hehe.

Hari sukaneka PASTI 2015.

Hari sukaneka PASTI 2015.

Hari sukaneka PASTI 2015.

 sukaneka PASTI 2015.

Hari sukaneka PASTI 2015.

Hari sukaneka PASTI 2015.

Tengok, macam-macam ragam kan. Memang kelakar tengok mereka. Dengan mak ayah yang punyalah excited bagi sokongan kat anak masing-masing. Hehe. Acara untuk ibu bapa pun ada. Tapi cikla tak dan nak join sebab adik ammar tidur, so balik rumahlah jawabnya.

Bagi cikla, menang kalau adat bertanding. Apa yang penting 'semangat kesukanan' tu. Dan budak-budak pun happy. Happy bermain dan happy bila dapat hadiah. 

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. Replies
    1. Comel dah comot.. hehe.. kebetulan masa tu padang becak.. pepaham je lah kotornya.. penat maknya menyental.. hehe

      Delete
  2. Bestnya... teringat masa tadika dulu... rajin jugak join sukaneka ni... aktiviti sihat budak adik2 comel ni kan :)

    ReplyDelete