Pakaian untuk dating?

Ahaaa, amboi kemain tajuk entrinyeee. Teringat pulak zamam bercinta-cintun dengan encik suami dulu. Bila si dia ajak date je, mulalah pening-pening lalat sebab tak tau nak pakai baju apa. Kekonon nak nampak cantik dan anggunlah kat depan beliau nanti. Nak cari mix and match pun payah, dengan pilihan warna lagi. Itu belum lagi dengan tudungnya. Adoiiii, tetiba terfikir pulak, ada ke pakaian untuk dating? So, hari ni cikla nak share beberapa tips macam mana nak pilih baju untuk pergi date.

Pakaian untuk dating?
Pakaian untuk dating? Sumber Google.

Semestinya pilih pakaian menutup aurat tau. Demi menjaga harga diri kita, pakailah pakaian sebegini dan ingat kalau keluar dating tu sebaiknya berteman. Sebab ada orang cakap, kalau kita berdua pasti ada yang ketiga, iaitu syaitan yang akan menghasut untuk buat perkara tak baik. Nauzubillah. Lagipun dengan menutup aurat akan menjadikan kita rasa lebih selamat dan dihormati.

Kalau si dia tak suka dengan cara penampilan kita, ehem ehem pepaham je lah ye timah, dia tu bukanlah calon pasangan yang baik. Berpakaian dengan pakaian yang sesuai ya. Apa kata korang cuba pakai palazo dengan blaus longgar atau skirt labuh dengan blaus. Korang mesti nampak lagi comel gitu. Tak pun, tak salah kalau nak pakai baju kurung sebab ia nampak lebih ayu dan sopan. Lagipun di pasaran sekarang ada macam-macam jenis pakaian muslimah yang cantik-cantik dijual dengan harga berpatutan.

Pilih pakaian yang gelap sebab ia mungkin akan menjadi penyelamat dalam banyak keadaan. Let's say, masa tengah syok-syok dating, tetiba korang period, haa kan warna hitam tu boleh cover mungkin si dia tak perasan ada kesan darah pada pakaian korang. Lagipun, warna hitam kan elegent. Hehe. Sesuai untuk semua situasi.

Semoga ini akan memberi sedikit idea pada korang kan,  tak kiralah nak date dengan suami ke, pakwe ke atau berjumpa dengan ahli keluarga pasangan korang. 

Sumber info Majalah Wanita.

4 comments:

  1. Hi ... Jalan-jalan dari Segmen Ucing Nak Url ... Jangan lupa join contest kat Jom Bercontest dan singgah jenjalan kat  SiNi ... Semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki ... Maaf xsempat blog walking bulan lepas ...

    ReplyDelete
  2. Hehehehe bagus perkongsian cik la ni... Pastikan tutup aurat ye... :)

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews