Detect BREAST CANCER, macam mana ye?

By Cikla Shahril - October 08, 2015

Bila dengar perkataan kanser, memang seriau kan. Semoga Allah menjauhkan kita dari segala musibah dan penyakit sebegini. Aamiin. 

Penyakit ini menjadi pembunuh wanita nombor satu negara dan ada kajian yang mengatakan setiap seorang daripada 19 wanita berhadapan dengan penyakit berbahaya ini, jika lewat dikesan. 

Sebenarnya penyakit ini boleh dirawat jika dapat dikesan pada peringkat awal. So, kesedaran terhadap penyakit ini pada peringkat awal perlu ditingkatkan. 

Persoalannya, sejauh manakah kita sebagai wanita mendapat pendedahan mengenai penyakit ni?

Apa yang cikla nak kongsikan ni adalah berkenaan dengan macam mana kita boleh membuat pemeriksaan sendiri pada diri kita. Sebenarnya boleh aje. Jom cikla kongsikan.

  1. Lihat perubahan sekeliling fizikal breast di depan cermin dan sentuh bahagian yang perlu dengan tangan. 
  2. Baring dan rasa perubahan (jika ada) dengan tangan. Letakkan bantal di belakang badan. 
  3. Rasa perubahan di sekeliling breast dan nipple samada ada penebalan/perubahan warna. 
  4. Picit nipple dengan perlahan, tengok samada berdarah dan sebagainya.
  5. Buat perkara yang sama pada breast sebelah lagi.
  6. Seeloknya buat pemeriksaan ni sekali sebulan selepas 7-10 hari selepas haid.
  7. Kalau ada apa-apa yang tak kena, segeralah berjumpa doktor.

Detect BREAST CANCER, macam mana ye?
Detect BREAST CANCER, macam mana ye? Sumber : http://drzubaidi.com

Di Malaysia, banyak pertubuhan NGO yang membuat pelbagai akitiviti untuk memberi dorongan dan semangat kepada wanita-wanita yang menderita penyakit ini. Tak kira untuk wanita yang sedang menghidapinya atau bekas pesakit ini. 

Bagi cikla, apa yang penting, lakukan pada peringkat awal supaya rawatan segera boleh diambil. Kalau ada apa-apa perubahan jangan berlengah lagi. Cepat-cepat pergi buat pemeriksaan detail dan terperinci. 

Tapi, betul ke orang cakap penyakit ni penyakit keturunan? Ermmm.

Semoga bermanfaat.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. apa yang saya baca memang penyakit ni berkaitan keturunan juga tapi jangan ingat kita takde ahli keluarga yg mengidap penyakit ni tak boleh dapat penyakit ni. Banyak lagi faktor lain penyebab breast cancer ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. setuju jugak.... sama-samalah kita beringat.... btw, thanks singgah ye...

      Delete
  2. sbb je penyakit ni ramai yg takut...

    yg penting ambil pencegahan awal dan jg pemakanan seeloknya

    ReplyDelete