Daging masak kicap hitam manis.

By Cikla Shahril - September 26, 2015

Hari ni menu cikla simple je. Sambal telur dengan daging masak kicap hitam manis. Biasalah kan, time raya kurban ni, mesti dapat daging korban kan? Kalau korang dah blur nak masak apa, meh try resepi ringkas cikla ni. Oklah, jom tengok bahan-bahannya dulu.

Bahan-bahan:

1 kilo daging dipotong kecil.
1/2 biji bawang besar (hiris).
3 ulas bawang putih (hiris).
1/2 inci halia tua (hiris).
1 biji bawang kuning sederhana besar (potong bulat).
2-3 biji cili merah/hijau (potong memanjang).

Lepas tu, bahan menumis pulak adalah:

1 sudu kecil serbuk jintan manis.
1 sudu kecil serbuk jintan putih.
1-2 sudu kecil serbuk lada hitam. (Kalau suka pedas boleh lebihkan).
1 batang kulit kayu manis.
1 kuntum bunga lawang.
1/2 cawan kecil kicap manis.
1 sudu besar sos tiram.
Sedikit minyak, garam, gula dan perasa.

Sekarang, macam mana nak buat pulak.

Rebus daging sampai empuk. Kemudian angkat nak ketepikan. Air rebusan daging jangan buang. Panaskan minyak dan tumis bahan hirisan bersama kulit kayu manis dan bunga lawang sampai kekuningan. Kemudian, masukkan serbuk jintan manis, jintan putih dan lada hitam. Tumis sebentar sampai naik bau.

Setelah itu, masukkan kicap manis dan sos tiram, kacau sebati. Kemudian masukkan daging, bawang kuning yang dipotong bulat dan cili merah dan sedikit air rebusan daging. Jangan banyak sangat letak air, nanti cair tak sedap. Biar pekat sikit. Biarkan kuah menggelegak. Selepas itu masukkan garam, gula dan perasa. Kacau sebati, biarkan sekejap dan bolehlah diangkat. Macam mana? Senang je kan? Ehh, lupa pulak nak tunjuk gambarnya. Inilah hasilnya. 

Daging masak kicap hitam manis.
Daging masak kicap hitam manis.

Selamat mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. Nampak sedap! boleh cuba nanti :) thanks for the recipe :)

    ReplyDelete
  2. Daging msk kicap. Hihi. Menu paling simple. Ana pernah masak lauk ni time ana tingkatan 3. Ni lauk pertama ana masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... mmg menu tersenang selain dari telur dadar... hehe...

      Delete
  3. sodapnyerr makk daging masak kicap hitam tuuu ;p

    ReplyDelete