'santai tapi sampai'

Sejuk je pagi ni kan. Oh ye, hari ni hari pertama sesi persekolahan penggal pertama 2018 dibuka. Sunyi jugaklah rumah sebab tiga dah sekola...

Mood tahun baru : azam baru ke atau masih lama?

Sejuk je pagi ni kan. Oh ye, hari ni hari pertama sesi persekolahan penggal pertama 2018 dibuka. Sunyi jugaklah rumah sebab tiga dah sekolah kan. Tinggal si cinonet ni. Buat peneman ibu. So, hari ni pun adalah hari kedua di tahun baru. Maaflah, cikla tak wish ucapan tahun baru pun. Hehe. 

Maklumlah, kebizian sokmo. Memang niat nak up entri wishes tu, tapi itulah. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. *ceh, alasan. Padahal memang lupa. Hehe.

Bila bercerita pasal tahun baru ni, apa yang paling selalu orang tanya adalah AZAM. Betul tak? Ada orang setiap tahun bertukar azamnya. Tapi, ada orang setiap tahun itu ajelah satu azamnya. 

Mana nak bertukarnya, dah azam tak pernah tercapai. Haha. Haaa, kalau bab ni kena tepuk dada tanya, sebab apa tak tercapai azam tu.

Mood tahun baru : azam baru ke atau masih lama?
Mood tahun baru : azam baru ke atau masih lama? Sumber Google. 

Cikla percaya, sepanjang tahun 2017 mesti korang ada melalui pelbagai kenangan, pengalaman dan memori yang tak boleh korang lupakan tak kiralah manis, pahit, payau, kelat, tawar dan sebagainya. 

Bagi diri cikla sendiri, pengalaman dan kenangan yang paling cikla tak boleh lupa berlaku adalah pada Mei 2017, cikla telah didiagnosis menghidap penyakit tiroid dan telah menjalani pembedahan membuang kesemua tiroid cikla. Itu memang cikla tak boleh lupakan. 

Iyelah kan, pertama kali masuk bilik bedah dan admit ward. Kalau sebelum ni admit ward sebab nak bersalin je, tapi Allah telah memberikan cikla ujian merasai pengalaman berharga ini.  Harapnya ini kali pertama dan terakhir cikla masuk bilik bedah. Aamiin.

So, korang masih dalam mood tahun baru lagi ke? Ke mood dah ke laut? Hihi. Aiseh, tak kan awal-awal lagi mood dah ke laut kot. 

Patutnya mood tu masih lagi membara-bara kan, nak-nak pulak dalam misi nak mencapai azam baru ni (dan azam lama. Hehe). Azam cikla? Entahlah, sama je kot. 

Tapi, apa yang pasti cikla akan terus berusaha dan tak akan putus asa untuk terus bebas dari penyakit yang cikla hadapi sekarang. Doakan cikla terus sihat ye. 

Lagi satu, InshaAllah cikla akan terus menulis dan menulis berkongsi apa juga ilmu atau perkongsian yang bermanfaat melalui blog kesayangan cikla ni. Semoga ia akan menjadi saham pahala untuk cikla kelak.

Korang macam mana pulak? Jom share apa azam korang.

Mood tahun baru : azam baru ke atau masih lama?
Mood tahun baru : azam baru ke atau masih lama? Sumber Google.  

Selamat tahun baru 2018. Semoga kita semua terus diberi kesihatan yang baik dan sukses di dunia dan di akhirat. Aamiin Aamiin Aamiin ya Allah.


5 comments:

  1. semoga cikla sihat2 shaja. ujian buat kita kuat kan ?

    selamat tahun baru !

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru cikla..Sha ada yg baru selit dalam hati..azam lama kita teruskan supaya lebih lagi..hihih

    ReplyDelete
  3. Semoga sentiasa sihat cikla, selamat tahun baru

    ReplyDelete
  4. Selamat tahun baru 2018 cikLa
    Segoga diberi kesihatan yang baik dan semua azam tahun baru akan terlaksana kelak.

    ReplyDelete
  5. Dah seminggu rasanya kita langkah ke tahun baru . Harapnya semua berjalan dengan lancar

    ReplyDelete