'santai tapi sampai'

Siapa peminat kak Ziana Zain ni? Sejujurnya, cikla memang minat sangat dekat kak ZZ ni, since dari sekolah lagi. Macam kita tau, kebanyakan...

Ziana Zain kembali berlakon? Jangan lupa tengok telefilem Datin Glam, slot carekarama tv3.

Siapa peminat kak Ziana Zain ni? Sejujurnya, cikla memang minat sangat dekat kak ZZ ni, since dari sekolah lagi. Macam kita tau, kebanyakan lagunya memang bernada tinggi dan best best. Sampai sekarang ia tetap menjadi siulan peminat dan masih dimainkan di corong-corong radio. Tapi, rasanya macam dah lama tak tengok kak Ziana ni berlakon kan. Kalau tak silap cikla, last filem yang cikla tengok dia berlakon filem terbitan KRU Studios, Magika. Lepas tu, dah tak nampak kot kelibat kak Ziana di layar perak. Ke cikla yang tak perasan. Hehe. 

Ehh, jap jap. Rasanya cikla pernah tengok rancangan Sepahtu Reunion, kak Ziana ada. Kalau tak silap cikla, yang Rahim jadi Hang Tuah. Nanti korang pi cari kat YOUTUBE. Mesti jumpa. Terbaru, kak Ziana Zain kembali lagi memeriahkan pentas lakonan bila dia akan tampil dalam telefilem arahan Rashid Sibir untuk slot carekarama di tv3, berjudul Datin Glam. Memang cikla pernah tengok promo kat tv. Tu yang macam excited jugakkan. Nanti boleh tengok hari Sabtu ni. Apa kata kita baca sikit sinopsis mengenai telefilem Datin Glam ni.

Sinopsis Telefilem DATIN GLAM. 

Pengarah : Rashid Sibir. 
Pelakon : Ziana Zain (Ramona), Norman Hakim (Datuk Kamal), Rita Rudaini (Datin Nina), Amyza Adnan (Datin Ros), Norliah Ghani (Mak Som), Ku Faridah (Datin Milah). 

Sinopsis : 

Ia mengisahkan Nona (Ziana Zain) dan Mak Som yang bekerja di gerai dan hidup bahagia. Pada suatu hari, Mak Som mengajak Nona melawat kawan baiknya Ros, tapi dia menolak sebab menyangka sahabatnya itu telah melupakan persahabatan mereka selepas berkahwin dengan seorang Datuk dan bergelar Datin.

Tapi, apa yang sebenarnya, Ros sebaliknya merasa malu untuk berjumpa dengan Nona kerana dia sudah kurus dan botak dek kerana penyakit yang dihidapinya. 

Mengetahui hal yang sebenarnya, Nona merasa bersalah kerana apa yang disangkanya selama ni meleset sama sekali. Untuk menebus rasa bersalahnya itu, dia menawarkan diri untuk menjaga sahabatnya itu.

Permintaan terakhir Rosa adalah mahukan Nona berkahwin dengan suaminya kalau dia meninggal. 

Maka, demi memenuhi wasiat terakhir sahabatnya itu, Nona pun berkahwin dengan Datuk Kamal dan ini menjadikan dirinya berubah 360° dari seorang gadis kampung, kini bergaul dengan golongan Datin dan bergelar Datin Ramona.

Kehadiran Datin Nina yang sememangnya sukakan Datuk Kamal telah merancang pelbagai cara bagi memecahbelahkan rumahtangga Datin Ramona dan Datuk Kamal. 

Berjayakah Datin Ramona mempertahankan rumahtangganya demi memenuhi wasiat sahabatnya itu? 

Jangan lupa tengok tau, Sabtu ini jam 9 malam di tv3.

Ziana Zain kembali berlakon? Jangan lupa tengok telefilem Datin Glam, slot carekarama tv3.
Ziana Zain kembali berlakon? Jangan lupa tengok telefilem Datin Glam, slot carekarama tv3. Sumber uf.cari.com.my

Tak sabar kan nak tonton telefilem ni. Kak Ziana macam biasalah, lakonannya mestilah sentiasa mantap dan bersahaja. 

Itu memang cikla salute. Bagilah apa jugak watak, pasti dia akan melakonkan karektor yang diberi dengan baik. Orang lamalah katakan. Pelakon yang lain pun bagus jugak, semuanya menjiwai watak yang diberi. Cayalah. 

Kak Ziana pun tetap cantik macam dulu, awet muda gitu.

Selamat menonton.

Sumber RAP, Harian Metro.

8 comments:

  1. tu la ada tgk sedutan kt tv3..nanti nk tgk cerekarama..hrp xlupa

    ReplyDelete
  2. tengok jugak promo tu..tak sabar nak tengok.. suka jugak dekat ZZ dari zaman sekolah.. kalau dia berlakon tak pernah tak menjadi okey..

    ReplyDelete
  3. Hari tu tengok citer Hattan..ni citer ziana zain plak..akak dah la minat giler ngan ZZ ni..nak tengok la..kena set time ni

    ReplyDelete
  4. perasan jugak dekat ig ziana zain. lama dah aih tak tengok dia berlakon. akhirnyaaaa

    ReplyDelete
  5. Mesti ada kelakar-kelakar nie..

    ReplyDelete
  6. Memang agak best juga bila tengok preview tu. Pelakonnya pun memang semua terkenal

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak tenguk telefilem/drama

    ReplyDelete
  8. What a material of un-ambiguity and preserveness of precious familiarity regarding unexpected
    feelings.

    ReplyDelete