'santai tapi sampai'

Dalam kamus bahasa Melayu, lalai bermaksud cuai atau abai. Apa kata korang baca sedikit perkongsian mengenai menurut Ustaz Pahrol Mat Juoi y...

Tazkirah makan dalam : Lalai by Ustaz Pahrol Mat Juoi.

Dalam kamus bahasa Melayu, lalai bermaksud cuai atau abai. Apa kata korang baca sedikit perkongsian mengenai menurut Ustaz Pahrol Mat Juoi yang mengupas isu ini. Jom baca.

Tazkirah makan dalam : Lalai by Ustaz Pahrol Mat Juoi.

Menurut Ustaz Pahrol, antara tanda-tanda lalai adalah seperti berikut, antaranya:

  1. Kurang membaca Al Quran. 
  2. Kurang berzikir. 
  3. Lalai dalam solat, iaitu kurang mengingati Allah, tak fokus, selalu terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat dan kurang solat jemaah. 
  4. Banyak membuang masa, terutama untuk hiburan, sukan dan di meja makan serta menonton tv. 
  5. Kurang atau malas berdoa. Kalau berdoa pula, tak ada penghayatan dan hanya main 'hafal' saja.
  6. Sentiasa sibuk dengan urusan dunia dan mudah stress. 
  7. Mengalamkan cara hidup yang menyerupai musuh Islam. 
  8. Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah dan haram. 
  9. Sentiasa bertangguh untuk bertaubat. 
  10. Malu untuk belajar agama. 
  11. Bangun fikir nak makan apa dan apa yang perlu nak buat hari ini.

Selain itu, Ustaz Pahrol jugak ada mengatakan yang mana; jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat 'jarak' kita dengan Al Quran. 

Pesannya, beli Al Quran guna duit sendiri.  Pilih ikut citarasa kita.  Cakap dengan Al Quran tu, kita nak 'bersahabat' dengan dia, dengan erti kata lain, nak baca.

Antara sebab-sebab lalai adalah seperti berikut;

  1. Mengulang-ulang dosa kecil, sampai ia jadi kelaziman atau kebiasaan. 
  2. Berkawan dengan orang-orang yang lalai. 
  3. Berada dalam persekitaran 'rosak'. Contoh: pergaulan bebas dengan bukan mahram, dedah aurat dan buat maksiat termasuklah dia berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah. 
  4. Tidak berzikir. 
  5. Terjerat dalam perancangan-perancangan licik musuh Islam. Contohnya: berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem dan rancangan sukan.

Apakah pulak yang berlaku implikasi dari sikap lalai itu?
 
  1. Kurang bersemangat nak beribadah, tak suka membaca Al Quran. 
  2. 'Membunuh' kebaikan yang kita buat; maknanya kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama. 
  3. Hilang fokus dalam hidup. 
  4. Mudah lesu dan buntu,sentiasa rasa esok masih ada dan suka tangguh beribadah dan kerja soleh. 

Sebagaimana yang kita tau, semua masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Begitu jugak dengan isu lalai ni. Berikut merupakan cara yang boleh kita praktikkan, iaitu;

  1. Cari sahabat yang baik dan soleh. 
  2. Hadiri majlis ilmu. 
  3. Bagun malam untuk  solat tahajjud. 
  4. Banyakkkan zikir dan taubat. 
  5. Rajin baca Al Quran. 
  6. Bersangka baik pada orang lain. 
  7. Pemaaf. 
  8. Sentiasa ingat mati. 
  9. Kurangkan makan. 
  10. Mengamalkan sunnah Nabi SAW. 
  11. Bersabar, bersyukur dan bertawakkal.

Semoga memberi manfaat.

Sumber WhatsApp group.

1 comment:

  1. Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan orang2 yang lalai.

    ReplyDelete