Nak tau rahsia wanita Jepun tegangkan kulit? Jom baca perkongsian menarik ni...

By Cikla Shahril - January 25, 2018

Kalau kita tengok pelakon-pelakon Jepun terutama wanita, kita tengok kulit diaorang tu halus dan cerah je kan. Agak-agak korang, apalah rahsia mereka mempunyai kulit sebegini. Sebenarnya, kalau korang nak tau ada rahsianya. Manalah tau ada yang nak cuba kan. Nak tau tak? 

Nak tau rahsia wanita Jepun tegangkan kulit? Jom baca perkongsian menarik ni...
Nak tau rahsia wanita Jepun tegangkan kulit? Jom baca perkongsian menarik ni... Sumber Google.

Ada satu petua yang wanita Jepun selalu amalkan terutama dalam merawat kulit wajah mereka. Mereka hanya menggunakan bahan alami sahaja, bukannya bahan yang mahal. Tak percaya, baca ni.

Korang sediakan:

3 sudu besar beras Jepun (beras yang diaorang guna buat sushi tu). Kalau takde, korang boleh gantikan dengan beras pulut.
1 sudu besar madu.
1 sudu besar susu segar.

Cara nak buat pulak: 

  1. Beras direbus selama lebih yang kurang 2 minit. Kemudian, beras ditoskan untuk mengambil air rebusannya. Simpan air rebusan dalam bekas lain.
  2. Dalam bekas yang berasingan, campurkan susu panas dengan madu. Gaul sebati, dan oleskan pada keseluruhan muka dan leher. Buat macam masker tu.
  3. Biarkan ia kering kira-kira 20-30 minit sebelum korang membilas muka korang dengan air rebusan beras tadi.
  4. Untuk pengetahuan korang, petua ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri iaitu ia dikatakan boleh membantu melancarkan perjalanan darah pada muka, membantu melembapkan kulit dan antipenuaan. Selain itu, ia juga kaya dengan antioksidan, sekaligus mengurangkan kesan kedutan dan garis halus pada muka korang. 

Untuk mendapatkan hasil yang tiptop, korang buatlah petua ni seminggu sekali. Korang mesti tak percaya bila melihat perubahan kulit muka korang yang sudah tentu nampak lebih cantik dan sihat. Kalau nak tau betul ke tak, kenalah cuba sendiri kan. 

Selamat mencuba! 

Sumber Ruangan Rawat Diri, MW. 

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Wah menarik. boleh try bila kelapangan nanti :D hee

    ReplyDelete
  2. wah. rasa macam nak try jgk ni. bahan dah cukup. hehehe

    ReplyDelete