Ada orang memang hantu kopi. Macam cikla. Setiap hari mesti nak pekena kopi dulu barulah 'laju' je nak buat kerja lain. Tapi, sejak cikla didiagnosis penyakit tiroid ni, cikla dah kurangkan pengambilannya. Bukan stop langsung, masih ambil lagi tapi terhad. Dalam sehari tu sekali je cikla ambil. Jadilah kan, buat pelepas gian, bak kata orang. Memang jadi macam ketagih pulak. Hehe.

Nak tau kesan minum kopi pada badan kita? Baca ini...

Memang tak dapat dinafikan semua benda pun ada baik dan buruknya. Pro and cons. Macam tu jugak dengan kopi. Cikla bukanlah nak kata minum kopi ni tak bagus langsung. Sebenarnya, kopi ni ada baik dan buruknya jugak. Jom kita tengok apakah kesannya itu. 

Antara kesan tersebut adalah seperti berikut : 

  1. Kajian terbaru mengatakan, sebanyak 200 mg kafein dari 2 cawan kopi (8 oz) mampu meningkatkan ingatan  untuk jangka masa panjang. 
  2. Dengan meminum lebih 2 cawan kopi sehari dikatakan mampu menggelakkan dari penyakit hati seperti cirrhosis
  3. Ada kajian mengatakan, wanita yang meminum 8 oz kopi empat kali sehari mampu mengurangkan stress sebanyak 20%. Ini kerana, kafein yang ada di dalam kopi dikatakan memberi kesan kepada otak seperti seratonin dan dopamine.  
  4. 200-300 mg kopi sehari dikatakan boleh menjadikan jantung berkerja dengan lebih baik kerana ia dapat memperbaiki kadar aliran darah walaupun dalam keadaan rehat (tanpa melakukan sebarang aktiviti).

Nak tau kesan minum kopi pada badan kita? Baca ini...
Nak tau kesan minum kopi pada badan kita? Baca ini... Sumber Google. 

So, yang cikla share ni adalah sebahagian dari 'kebaikan' meminum kopi. Mungkin ada banyak lagi kot. Lepas ni jangan ragu-ragu nak minum kopi ye, kecuali kalau korang memang tak boleh minum kopi, itu dah cerita lain kan. Hehe. 

Just sharing.