20 January 2018

Resepi mudah ayam masak ros.

Resepi mudah ayam masak ros. | Assalamualaikum wbt. Cikla nak share dengan korang satu lagi resepi yang sangat senang dan semestinya sedap. Sebenarnya, resepi ni cikla dapat dari mak cikla. Kiranya resepi turun temurunlah ni. Hehe.

Korang mesti cuba resepi ni sebab memang sedap. Boleh jugak kalau korang nak buat lauk cicah ketupat. Jemu jugaklah kan kalau tiap-tiap tahun asyik rendang aje. Sesekali tukar menu. Hehe.

Jom kira tengok bahan-bahannya dan cara nak buat.

Resepi mudah ayam masak ros. 

Resepi mudah ayam masak ros.
Resepi mudah ayam masak ros. 

Bahan-bahan: 
1/2 ekor ayam dipotong sederhana besar.
5 biji tomato potong 4.
5 biji cili api dibelah dua. (optional, nak pedas letak lebih. Tak nak letak pun tak pe). 
1 mangkuk air asam jawa. 
Minyak untuk menumis, garam.

Bahan untuk dikisar:
1 labu bawang besar. 
4-5 ulas bawang putih. 
1/2 inci halia. 
1/2 sudu besar serbuk kunyit. 
2 sudu besar jintan manis. 
2 sudu besar jintan putih. 
2 sudu besar ketumbar.

Cara-cara:

  1. Bersihkan ayam. 
  2. Perap ayam dengan bahan yang dikisar dan air asam jawa selama lebih kurang 15 minit. 
  3. Panaskan minyak, kemudian masukkan ayam yang diperap. Kalau nampak air macam kurang boleh tambahkan lagi air asam jawa. 
  4. Biarkan sampai ayam masak dan kecut. Sentiasa kacau untuk elakkan ia hangus dan berkerak. 
  5. Bila dah nampak pecah minyak, masukkan garam, tomato dan cili api. Gaul rata. Kalau kuah nampak kering sangat, tambahkan sedikit air. 
  6. Biarkan sekejap, siap. Bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba.

8 comments:

  1. Hiya! I know this is kinda off topic but I'd figured I'd ask.
    Would you be interested in trading links or maybe guest authoring a blog post or vice-versa?
    My blog covers a lot of the same topics as yours and I
    think we could greatly benefit from each other. If you happen to be
    interested feel free to shoot me an e-mail. I look forward
    to hearing from you! Awesome blog by the way!

    ReplyDelete
  2. Wah.. kene cuba ni..

    ReplyDelete
  3. Boleh cuba nanti, hehe. Thank you cik La

    ReplyDelete
  4. Alamak.. lapar Pula bila tgk gambar ni

    ReplyDelete
  5. hai, fazz jalan jalan sini. OMG SEDAPNYA !!!

    ReplyDelete
  6. sedapnya nmpk.. arini cikyan puasa.. terasa lapar pulak tgk ni.. hahahhaa

    ReplyDelete






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.