'Santai Tapi Sampai'

Tak keterlaluan kot kalau cikla katakan yang bercukur itu adalah menjadi satu keperluan dan kemestian kepada wanita khususnya.  Ia bukan sa...

Bacaan untuk wanita : Tip bercukur yang wanita perlu tahu.

Tak keterlaluan kot kalau cikla katakan yang bercukur itu adalah menjadi satu keperluan dan kemestian kepada wanita khususnya. 

Ia bukan saja menjadikan kita lebih rapi termasuklah penampilan diri, tapi apa yang lebih penting adalah dari aspek kebersihan diri terutama di kawasan-kawasan yang kita tertutup dan lembap seperti ketiak dan kawasan sulit. So, jangan ambil mudah ye. 

Mungkin ada yang pernah dengar orang cakap, dengan bercukur akan menjadikan bulu tumbuh dengan rancaknya selepas itu. Tak betul tu ye kawan-kawan, sebab kita hanya bulu di bahagian lapisan luar kulit je. 

Walaupun begitu, ada beberapa perkara kita sebagai wanita ni kena ambil tahu sebab ia memang penting untuk diketahui. Haha, boleh ke gitu. 

Bacaan untuk wanita : Tip bercukur yang wanita perlu tahu.
Bacaan untuk wanita : Tip bercukur yang wanita perlu tahu. Kredit Google. 

Bagi cikla, apa yang paling penting adalah pemilihan pisau cukup yang terbaik dan sesuai. Pilihlah pisau cukup yang mempunyai kepala yang boleh berputar (dipusing-pusingkan) selain ia mempunyai pemegang yang lembut dan boleh dipegang dengan kuat. 

Kalau korang nak tau, pisau cukur yang terbaik adalah mempunyai banyak mata pisau supaya korang tak payah nak cukur banyak kali di tempat yang sama. Sekali zasss, dah hilang. Haha. 

Selain itu, setiap kali korang bercukur tu, tukarlah dengan mata pisau yang baru supaya luka semasa bercukur dapat dielakkan. 

Bukan apa, ada orang dah 5-10 kali guna mata pisau yang sama, baru tukar. Masih eloklah dan tajam lagi katanya. Lepas ni jangan buat lagi, lepas guna buang aje. 
Semasa bercukur jugak, sebaiknya gunakan krim cukur sekali. Jangan ingat lelaki je perlu krim cukur ni, wanita pun sama tau. 

Ini kerana, penggunaan krim cukur akan menjadikan hasil ‘cukuran korang lebih bersih dan licin. Tapi, korang kena ingat. Kalau korang takde krim cukur, jangan pulak korang ganti dengan sabun. Korang ambil sabun, buat buih banyak-banyak, nah dah jadi macam krim cukur. Hahaha, jangan kawan-kawan. 

Bacaan untuk wanita : Tip bercukur yang wanita perlu tahu.
Bacaan untuk wanita : Tip bercukur yang wanita perlu tahu. Kredit Google. 

Kalau korang nak tau, sabun akan menjadikan kulit di kawasan cukuran itu kering. Kalau dah takde krim cukur, korang boleh guna perapi rambut. 

Kira oklah dari korang guna sabun, sebab ia boleh melembapkan kawasan tersebut so proses pencukuran akan jadi lebih licin. 

Lepas tu, jangan lupa bercukur dengan lembut dan cukuran secara pendek-pendek untuk mendapatkan hasil cukuran yang lebih licin. 

Selain itu, elakkan dari menekan pisau cukur dan cukuran yang panjang-panjang. Kalau ini berlaku, ini menandakan mata pisau cukur korang tu dah tumpul dan mesti ditukar dengan yang baru. 

Bila pulak masa yang sesuai untuk bercukur? Untuk pengetahuan korang, masa yang paling sesuai untuk bercukur adalah selepas mandi sebab pada waktu ini, keadaan rambut atau bulu kita dalam keadaan lembut dan pori-pori juga terbuka kesan dari haba panas daripada air. So, senanglah sikit korang nak bercukur kan. 

Tapi, sebelum korang bercukur, jangan lupa korang menggosok dulu kulit pada bahagian yang korang nak cukur tu supaya sel kulit mati dapat disingkirkan terlebih dahulu. 

Bukan apa, nanti  masa korang nak cukur dikhuatiri sel tu semua akan menyambut pisau cukur korang, sekaligus boleh elakkan terluka semasa bercukur. Korang gunalah sikit skrub muka korang tu ataupun skrub badan pun boleh guna juga.  

Selepas bercukur pulak, jangan lupa apply pelembap sebab ia sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan chance bulu yang tumbuh selepas itu secara tak terkawal ataupun dapat juga mengelakkan ruam dan irritasi. 

Bacaan untuk wanita : Tip bercukur yang wanita perlu tahu.
Bacaan untuk wanita : Tip bercukur yang wanita perlu tahu. Sumber Google. 

Apa yang cikla cadangkan gunakanlah pisau cukur Venus Gillette untuk cukuran yang lebih licin dan bersih. Semoga bermanfaat.

Kredit: Artikel Venus Gillette di Majalah Wanita. 

4 comments:

  1. nice sharing sis. boleh dipraktikkan :D hehe. selama ni buat sebelum mandi. oo jadi yang sesuai selepas mandi ye. nice nice. hehe

    ReplyDelete
  2. Nice tips cikla. Hehe insyaAllah boleh dipraktikkan

    ReplyDelete