14 peringatan yang elok di ulang-ulang.

Peringatan yang baik tak salah kalau diulang berkali-kali pun, biar sampai hadam dan menjadi kebiasaan. Kadang-kadang, ia mempunyai maksud yang tersirat yang memerlukan kita lebih berfikir apakah maksud di sebaliknya. Apa kata, jom kita baca ni.

14 peringatan yang elok di ulang-ulang.
14 peringatan yang elok di ulang-ulang. Sumber Google.

  1. Rumah semakin  besar, tapi keluarga semakin kecil.
  2. Pangkat semakin tinggi, tapi akal sihat semakin rendah.
  3. Pengubatan semakin canggih, tapi penyakit semakin banyak.
  4. Travel keliling dunia, tapi tak kenal dengan jiran sendiri.
  5. Pendapatan semakin meningkat, tapi ketenteraman jiwa semakin berkurang.
  6. Kualiti ilmu semakin  tinggi, tapi kualiti emosi semakin rendah.
  7. Jumlah manusia semakin ramai, tapi rasa kemanusiaan semakin menipis.
  8. Pengetahuan semakin bagus, tapi kearifan semakin berkurang.
  9. Teman didunia maya ramai, tapi tak punya SAHABAT sejati.
  10. Minuman semakin banyak jenis, tapi air bersih semakin berkurang jumlahnya.
  11. Pakai jam tangan mahal, tapi tak pernah tepati waktu.
  12. Ilmu semakin tersebar, tapi sikap beradab semakin lenyap
  13. Belajar semakin mudah, tapi guru semakin tidak dihargai.
  14. Teknologi informasi semakin  canggih, tapi fitnah dan aib semakin tersebar.

Semoga  kita tak tergolong dari golongan di atas dan jika tergolong maka belajarlah berusaha untuk memperbaiki diri kita sendiri. Setiap manusia mesti ada kesilapan dan tak akan terlepas dari melakukan kesalahan. 

Semoga bermanfaat.

Sumber WhatsApp group. 

2 comments:

  1. InsyaAllah. Terimakasih sis atas entry peringatan ni :)
    Sama sama la kita perbaiki untuk tidak termasuk dlm salah satu yang tersenarai tu.
    Yang no 11 tu memang betul sangat sangat. No lain lain pun sama. Eh semua la huu

    ReplyDelete
  2. peringatan yang bagus.. baca ayat tu, termenung sendiri cikyan... banyaknya bnda yang kita terlepas pandang kan.. hmmm... semoga kita masih sempat berubah..

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews