Dah lunch ke tu? Ke belum lagi. Amboi, dah lewat dah sangat ni. Hihi. Rasanya macam dah lama je cikla tak share resepi kan. 'Teman idok ler terror sangat memasak. Hihi.'
Tapi, resepi yang cikla share ni semestinya senang dan mudah. Tak payah nak pening masak dua tiga lauk, nah. Satu menu je semua ada. Complete. Hehe. Lagipun, cikla tengah nak cari mood untuk low diet iodin yang bermula esok ni. Saja buat menu ni, sebab masa berpantang iodin nanti memang peninglah sikit nak makan apa. Takut terlanggar pantang kan. Hehe.
Tapi, menu yang ni ok. Takde bahan yang 'dilarang' dalam tempoh berpantang makan esok. Boleh jadi menu wajib ni. Dah tu pulak, memang ikan dengan seafood pun tak boleh. Terpaksalah makan ayam je 2 minggu ni. Apa pun, syukurlah jugaklah. Dari tak boleh makan apa-apa kan.
Tapi, menu yang ni ok. Takde bahan yang 'dilarang' dalam tempoh berpantang makan esok. Boleh jadi menu wajib ni. Dah tu pulak, memang ikan dengan seafood pun tak boleh. Terpaksalah makan ayam je 2 minggu ni. Apa pun, syukurlah jugaklah. Dari tak boleh makan apa-apa kan.
So, berbalik kepada resepi yang senang lagi mudah ni, apa kata kita tengok dulu bahan-bahannya. Jom semak sama-sama.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dipotong sederhana besar, dibersihkan dan diperap dengan sedikit serbuk kunyit dan garam).
1 kotak santan.
Sedikit minyak, garam (nak letak perasa terpulanglah. Tapi, cikla memang tak guna perasa).
Bahan kisar:
2 biji bawang Holland.
5-6 ulas bawang putih.
1 inci halia.
2-3 biji cili hijau (ikut kepedasan. Kalau nak pedas letaklah lebih).
2 biji tomato (potong 4).
1-2 sudu kecil serbuk ketumbar.
1 sudu kecil serbuk kunyit. Kalau korang nak guna kunyit hidup pun boleh.
(bahan yang bertanda * dikisar sehingga lumat).
Bahan untuk hiasan:
1 biji cili hijau (dibelah memanjang).
2-3 biji tomato (dibelah 4).
Carrot, kentang (optional, kalau nak letak boleh, tak letak pun boleh. Tapi, cikla memang tak berapa suka letak kentang. Sebab nanti lama-lama ia memekatkan kuah. Cikla suka kuahnya so-so gitu. Tak pekat, tak cair).
Cara nak buat:
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak. Masukkan ayam dan kecutkan sekejap dengan bahan kisar tadi sampai keluar air ayam. Selepas itu, masukkan santan kelapa dan sedikit air. Sesuaikan kepekatan kuah. Terpulanglah kalau korang nak kuahnya pekat atau cair. Biarkan sampai ayam masak dan kuah mendidih, kemudian tambahkan garam dan kacau rata. Selepas itu, masukkan bahan hiasan (cili hijau dan tomato). Biarkan sekejap. Bila kuah dan menggeleggak, tutupkan api. Siap! Apa yang penting, bila korang sudah masukkan santan, gunakan api yang sederhana besar/perlahan untuk mengelakkan santan pecah minyak. Nanti kuahnya jadi tak cantik, macam santannya jadi macam berketul-ketul.
SELAMAT MENCUBA!
Lapar dah baca post cikla ni. Simple and easy, boleh try nanti.
ReplyDeleteDiet low iodin tu nanti beri kesan pada thyroid function tak?
Sbnrnya cikla dh stop ubat dulu dah 2 minggu, then lagi dua minggu sblm rai mena diet low iodine pulak. Mmg akan effect pd thyroid function. Huhu. Kena kuatkan smgt lah. Nk sihat kan..
DeleteKesiannya Cik La...banyak betul pantangnya ye..takpe la asalkan cikla sihat nampak menyelerakan tu ha..
ReplyDeleteNak buat mcm mne SA, kena kuatkan smgt. Actually ni kali kedua cikla nk rai. So, mcm dh ok sikitlah. Ok lagi ni. Hehe.
Deletesedapnya... lapaq tgk nih... hihi
ReplyDeleteselamat mencuba.senang je
DeleteAlahai, boleh lapar pulak tengok gambar tu 😅😅
ReplyDeletehihi.. sorry buat awk rasa lapar pulak
DeleteResepi ni selalu CCL cuba . Memang mudah dan sedap
ReplyDeletekan. memang sedap. boleh buat menu hari raya nanti..hihi
DeleteLamanya tak masak bersantan ni... Sedap nampaknya...
ReplyDeleteMenarik resepinya..
ReplyDelete