'Santai Tapi Sampai'

28 January 2018

Jom kenali masalah berkaitan paru-paru secara ringkas.

Sebelum tu, cikla nak tegaskan cikla bukanlah doktor. Perkongsian ini adalah perkongsian secara ringkas, orang cakap just sharing info ringkas mengenai hal ini untuk pengetahuan kita bersama. Untuk info lanjut yang lebih detail, rujuk pada pakar dan doktor korang, ok. 

Semua orang ada paru-paru. Iye lah, kalau takde paru-paru camne pulak nak bernafas kan. Betul tak? Sememangnya, paru-paru memang organ yang sangat penting yang perlu kita jaga sebaiknya. 

So, macam mana pulak kita nak tau tahu yang kita mungkin mengalami masalah berkaitan paru-paru? Mungkin perkongsian ini dapat membantu kita. Jom baca sampai habis kalau nak tahu, ok! 

Jom kenali masalah berkaitan paru-paru secara ringkas.
Jom kenali masalah berkaitan paru-paru secara ringkas. Sumber Google. 

Secara umumnya, ada beberapa tanda yang menunjukkan ‘mungkin‘ kita mengalami masalah berkaitan dengan paru-paru. Walaupun begitu, tanda-tanda ini bukanlah tanda yang spesifik sebab kadang-kadang ia juga menjadi tanda kepada penyakit lain atau sememangnya korang takde sebarang penyakit pun. 

Apa yang paling baik, kalau rasa diri tu ada perubahan, cepat-cepatlah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut, ok!

Tanda-tanda biasa mungkin paru-paru kita bermasalah, adalah: 

  • Susah untuk bernafas.
  • Nafas pendek. 
  • Bila korang bernafas tu, rasa macam udara tu tak cukup. Maknanya, macam tak ‘puas’ nak bernafas.
  • Kalau bersenam tu, tak boleh lama-lama. Kalau lama sikit dah ‘semput’.
  • Batuk yang susah nak hilang dan berpanjangan.
  • Semasa batuk keluar darah atau kahak.
  • Rasa tak selesa atau sakit masa korang bernafas (ketika menghembus dan menarik nafas).

Dan banyak lagi tanda-tanda lain.

Jom kenali masalah berkaitan paru-paru secara ringkas.
Jom kenali masalah berkaitan paru-paru secara ringkas. Sumber Google. 

Korang jangan risau. Ada cara yang boleh kita praktikkan supaya kita dapat mengurangkan risiko terkena penyakit ini atau kita boleh avoid terus. 

  1. Apa yang paling penting dan basic, korang kena amalkan pemakanan yang seimbang sebab ada kajian yang dibuat mengatakan golongan yang rajin mengamalkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai risiko yang rendah untuk menghadapi penyakit ini termasuklah kanser. So, jom amalkan mengambil 5-6  hidangan buahan dan sayuran setiap hari. 
  2. Jika korang seorang perokok, apa kata korang cuba untuk berhenti merokok. Kandungan yang ada dalam rokok itu sendiri boleh merangsang chance korang untuk mendapat penyakit ini. Lagipun kesian dengan orang sekeliling korang terutama ibu mengandung, warga emas dan kanak-kanak yang terpaksa menghidu adalah rokok korang tu. Tak pasal-pasal mereka jugak pun berisiko terkena penyakit walaupun mereka tak merokok pun. Kesian kan!
  3. Macam cikla cakap kata atas tu, kita kena elakkan dari menghidu asap rokok sebab keadaan ini juga boleh menjadi penyebab kita mendapat penyakit paru-paru. So, jauhkan diri kita dari asap rokok ye...
  4. Kalau korang berkerja dalam persekitaran yang melibatkan pengendalian bahan kimia khususnya, sebaiknya korang gunakanlah penutup muka dan pakaian khas untuk mengelakkan korang dari menghidu terus habuk atau bau busuk dari bahan kimia tersebut. Iye lah kan, kalau dah hari-hari hidup tak ke beri effect juga. Betul tak?
  5. Bagi mereka yang berumur 45 tahun ke atas khususnya (yang lain pun boleh jugak) dan korang juga seorang perokok, sebaiknya korang pergilah buat ujian spirometri untuk mengetahui sejauh mana bagus atau sebaliknya korang bernafas. Bukan apa, kalau ada apa-apa yang, mencurigakan tindakan selanjutnya boleh diambil. Bak kata orang, ‘cegah sebelum parah...’

Jom kenali masalah berkaitan paru-paru secara ringkas.
Jom kenali masalah berkaitan paru-paru secara ringkas. Sumber Google. 

Bagi cikla, apa yang penting kita sendiri kena alert dengan perubahan diri kita. Kalau rasa ada yang tak kena, cepat-cepat berjumpa doktor supaya rawatan yang sepatutnya boleh diberi. Semoga kita semua sentiasa sihat ye. Alert and take care! 

Kredit info: Ruangan kesihatan, Majalah Wanita November 2017.

5 comments:

  1. Punca utama masalah paru2 ialah merokok.
    Masalahnya tabiat merokok makin menjadi2 dalam kalangan anak2 remaja kita.

    ReplyDelete
  2. nice sharing cikla! sama-sama berusaha elakkan risiko masalah paru-paru ni.

    ReplyDelete
  3. bagus info cikla untuk pengetahuan umum. tq so much cikla.

    ReplyDelete
  4. good sharing cikla...

    sayangi nyawa kita.. paru2 tu mahal.. tak boleh nak beli kat mne2.. kalau dah rosak, kan susah nk dpt ganti.. jaga la baik2..

    ReplyDelete