Apakah kunci mendapat hati senang dan jiwa yang tenang?

Siapa yang tak nak melalui hidup dan hari-hari yang tenang kan? Betul tak? Walaupun kita mempunyai segunung harta yang berkoyan-koyan sekali, tapi kalau hidup penuh keresahan dan hati yang sentiasa gelisah pun tak maknanya juga.

Harta itu adalah 'bonus' dan jugak ujian buat hambaNya. DIA mahu melihat sejauh mana ketabahan dan kekuatan hambanya ini menghadapi semua ujian. Adakah mereka kuat dan cekal, serta tak mudah menyerah. 

Apakah kunci mendapat hati senang dan jiwa yang tenang?

So, apakah kunci untuk mendapatkan hati senang dan jiwa yang tenang? Antara kunci-kunci itu adalah seperti berikut: 

  • Tak membenci - Jangan membenci seseorang walaupun dia telah melakukan kesalahan kepada kita.
  • Tak merungut - Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa.
  • Bersederhana -  Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta.
  • Bersangka baik - Sentiasa berfikiran positif walaupun sentiasa diuji.
  • Selalu tersenyum - Senyumlah walaupun hati terluka.
  • Selalu memberi - Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya.
  • Berdoalah tanpa pengetahuan orang yang kita doakan - Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya.
  • Tak berdengki dan iri hati - Jangan berdengki dengan kejayaan kawan,  sebaliknya berdoalah semoga kita juga akan berjaya sepertinya. Kalau kita merasa  dengki dengan mengaibkan dia sebab ingatlah, segala amal baik kita pasti hangus sebab Allah tak menerima amal Kebajikan orang yang berhasad dengki.
  • Mudah memaafkan - Jangan merasa liat dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain kerana terdapat kemuliaan dan ketenangan didalam memaafkan.
  • Menghindari permusuhan - Jangan menganggap orang yang tidak sependapat sebagai lawan namun dia adalah kawan anda.

Semoga bermanfaat.

Sumber WhatsApp group.

3 comments:

  1. Perkongsian yang bermanfaat..

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing this, cik la

    ReplyDelete
  3. tiba2 tepat plak ngan kita posting cikla kali ni
    great sharing and thanks

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews