17 January 2018

Nak tau tip awet muda wanita Jepun? Jom baca ni...

Korang perasan tak, kalau kita tengok wanita Jepun tak kiralah dalam filem atau majalah, kulit mereka cantik sangat kan. Memang susah nak cari cela di wajah mereka tu. Yang dah berumur pula, takdelah nampak tua sangat. 

Bak kata orang, awet muda. Kalau korang nak tau, mereka dikatakan antara wanita yang tercantik di seluruh dunia. Agaknya apalah rahsia mereka ni kan? 

Dalam satu perkongsian yang cikla baca, artikel coretan Bahrain Samah, MH, MD (AM),  seorang pendidik, penulis genre perubatan preventif dan alternatif, beliau membincangkan apakah faktor-faktor yang berkait dengan persoalan ini termasuklah cara makan wanita Jepun dan pola makanan mereka yang mana ia dipercayai membantu mereka kelihatan awet muda. 

Kalau sebelum ni kita tau, salah satu makanan wajib orang Jepun adalah sushi, kita sebenarnya tak boleh nak menganggap mereka hanya makan makanan tersebut sepanjang hidup mereka. 

Apa yang kita tak tau, mereka jugak turut mengamalkan diet yang pelbagai dan seimbang kerana selain dari rumpai laut, mereka jugak turut mengambil ikan, nasi, buah-buahan dan teh hijau dalam diet harian mereka. 

Nasi yang mereka ambil adalah nasi yang berkanji dalam kuantiti yang tak banyak. Apa yang penting, mereka jugak turut mementingkan makanan yang kaya nutrien, bukan makanan yang tinggi kalori dan junk foods. 

Masyarakat Jepun juga turut mengambil buah-buahan yang fresh dan masak yang mana ia dipetik pada musin yang berlainan. Begitu jugak dengan ikan, yang mana ikan yang dimakan ditangkap pada musim yang berlainan. Keadaan ni sudah pasti menghasilkan pelbagai jenis nutrien. 

Semasa musim sejuk pula, mereka akan mengambil daging, ikan, sup dan minuman panas. Manakala, pada musim panas, mereka akan makan sul sejuk, makanan laut, ramen sejuk dan salad. 

Untuk pengetahuan korang, kebiasaannya masyarakat Jepun memasak menggunakan kuali khas dengan minyak yang sedikit. Mereka akan masak dengan cara merebus, memanggang, mengukus dan menggoreng. 

Sayur-sayuran pula akan dihiris supaya tempoh memasak akan jadi lebih singkat dan ia akan dapat mengekalkan sebahagian besar zat yang terkandung dalam makanan tersebut.

Penggunaan air rebusan sayur-sayuran juga turut menjadi asas kepada masakan mereka. Ini kerana, ia kaya dengan nutrien. Selain itu, penggunaan rempah ratus juga adalah sangat terhad sebab mereka lebih suka mengambil makanan yang tak memberi 'beban' kepada fungsi perut, hati dan buah pinggang. 

Mereka juga mengekalkan rupa dan warna semulajadi makanan tersebut tanpa 'menghias' makanan itu sebelum dimakan.

Nak tau tip awet muda wanita Jepun? Jom baca ni...
Nak tau tip awet muda wanita Jepun? Jom baca ni... Sumber google.

Kita tau, orang Jepun ni segala perbuatan mereka termasuklah tatacara dan budaya semasa di meja makan juga mempunyai adab dan tertibnya tersendiri. Mereka akan makan perlahan-lahan, senang cakap sesuap kecil untuk satu suapan. 

Bekas makan mereka pun kecil je dan mereka tak akan mengisi penuh makanan sampai ke pinggir pinggan. Ini kerana, mereka percaya, dengan makan perlahan-lahan akan menjadikan mereka lebih cepat kenyang. 

Di samping itu, adalah sangat jarang mereka makan beberapa jenis makanan dalam satu bekas sebab kepercayaan mereka adalah setiap makanan itu perlulah menempati bekas tersendiri. 

Ini menunjukkan adat resam dan kepercayaan mereka yang berkaitan dengan makanan iaitu mereka dikenali sebagai bangsa yang penuh tata tertib yang mana ia melibatkan cara makan mereka, termasuklah menjaga adab semasa makan. 

Mereka juga sangat mementingkan sarapan kerana bagi mereka ini adalah masa makan utama bagi mereka. Sebab itulah, semasa sarapan biasanya mereka akan mengambil ikan, nasi, telur dadar, rumpai laut dan teh hijau. 

Selain itu, mereka tidak akan menambahkan gula ke dalam teh hijau yang mereka minim sebab bagi mereka penambahan gula di dalamnya akan mengurangkan nilai antioksidan teh hijau tersebut walaupun kurang manis. 

Tambahan lagi, mereka juga dikatakan jarang mengambil pencuci mulut, tapi bagi sesetengah yang mengambilnya lebih suka pencuci mulut yang rendah kandungan lemak dan gula. 

Kalau korang nak tau juga, ais krim tradisional mereka diperbuat daripada nasi berkanji dikenali sebagai mochi. Akan tetapi, apa yang dikongsikan oleh penulis ini adalah lebih kepada golongan yang lebih 'berada' kerana harga makanan mereka adalah terlalu mahal. 

Pendapat cikla, apa yang penting adalah kita kena pastikan apa yang masuk di dalam perut kita ni makanan yang berkhasiat supaya kesannya nanti terpancar di wajah kita. Barulah nampak awet muda gitu.

Semoga bermanfaat. 

6 comments:

  1. Faktor pemakanan & penjagaan kesihatan memang diorang amalkan

    ReplyDelete
  2. Betul tu..banyakkan makan buah-buahan..berkesan sangat untuk dapatkan kulit yang sihat

    ReplyDelete
  3. awek jepun mmg cantik.. tp byk jugak yg operate kan..tapi mmg xdpt dinafikan, faktor pemakanan tu mmg sgt penting.. diorg jenis mkn mknn yg sihat2.. sayur, rumpai laut laa.. benda yg mmg org kita susah nk mkn..

    ReplyDelete
  4. Makanan jepun memang sihat-sihat dan kurang minyak. Tapi pernah tengok satu awek jepun ni, kuat makan macam-macam, tapi kurus macam tu jugak.. haaaa pelik kannn? hehe

    ReplyDelete
  5. Bangsa Jepun ni zaman dulu ketot2 aje, tetapi sekarang dah tinggi lampai.
    Mungkin faktor amalan makanan mereka.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum & selamat pagi Mama ucapkan. Selamat hari raya aidilfitri kepada cik la. Waktu raya ramai orang nak cantik kan. Orang korea dan jepun memang terkenal dengan kulit yang cantik. Rutin skincare korea lagi dahsyat, samapai 10 langkah penjagaan. Mama ni pakai <a href="http://nikmatterbaik.blogspot.com/2018/05/pencuci-muka-terbaik-kulit-sensitif.html>pencuci muka saja untuk jaga nikmatterbaik</a> berupa kesihatan kulit yang di kurniakan ilahi.

    Terima kasih atas tips ni, boleh lah mama amalkan selepas ini.

    ReplyDelete