23 January 2018

My short vacation is begin. Just relax and chill bebeh!

Korang jangan salah sangka pulak bila tengok tajuk kat atas tu. Manalah tau kan nanti korang fikir cikla pergi bercuti ke mana-mana pulak. Takde maknanya, haha. Ni haa, ada terconggok dalam bilik kuarantin. Kihkihkih. 

Pada yang mengikuti kisah cikla si pesakit tiroid ni dari awal, sebelum ni cikla ada share dengan korang kan yang cikla kena minum iodin untuk rawatan RAI kali kedua. 

Tapi, kali ni dos rendah je, 10 mci je tadi siang cikla minum. Dah selamat dah masuk dalam perut cikla, hehe.

So, kalau dos rendah, kuarantin kat rumah je. Kalau dos tinggi, almost 80 mci ke atas baru admit ward

Sebenarnya, mana-mana kuarantin pun sama je. Tempoh kuarantin tetap 8 hari juga dan cara penjagaan 'keselamatan' selepas minum pun sama je tak kiralah dos rendah ke tinggi. 

Maklumlah, bahan beradiasi kan, kenalah jaga betul-betul. Kesian dekat orang sihat yang ada di sekeliling cikla. Tak pasal-pasal terganggu pulak kelenjar tiroid mereka. 

My short vacation is begin. Just relax and chill bebeh!
My short vacation is begin. Just relax and chill bebeh! Sumber Google.

Bila dah kena 'kurung' ni apa lagi nak buat. Duduk ajelah diam-diam, buat apa yang patut. Bak kata, kak yong (senior group TDA), masa untuk kumpul pahala banyak-banyak. Rest banyak-banyak. Santai-santai gitu. 

Tapi, time inilah jugak nak up entri banyak-banyakkan sebab 'banyak' masa terluang.  Hehe. So, just relax and chill bebeh

13 comments:

  1. rest banyak2 cikla! Tak sabar nak tunggu entri-entri baru nanti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Hanna.. insha Allah. mmg byk sgt yg cikla nk share ni..

      Delete
  2. ouhh baru tahu.. tak pernah baca lagi psl pesaki tiroid yg amik ubat kne kuarantin... pdahal cikyan dlu blaja nursing kot... aduhh byk lg tak tau rupanya.. semoa cikla diberi kekuatan dan kesabaran.. semoga ceria dan sihat2 selalu tau !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikla kena amik iodin sbb cikla kanser tiroid..

      Delete
  3. selamat beristirehat. get well soon cikla!

    ReplyDelete
  4. selamat berehat.. take care ^^

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum cik la.. thanks a lot..bnyk info yg saya dpt.. anyway saya pun akan ikut jejak cik la Pg vacation kt hkl 30 April ni (RAI 80mci)saya baru lps operate thyroid .and confirm cancer..tempoh pantang Tu boleh ambikk nasi tak...ok take care..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Masa berpantang boleh je amik nasi. Tp kena elakkan seafood, garam beriodin dan ada berapa lg mknn yg x boleh amik. Kalau awk belum join grup facebook tiroid dan anda (ori) eloklah awk join. Grup yg sgt bagus utk pesakit tiroid...

      U take care too. Semoga dipermudahkan semuanya nnti.

      Delete