Tip pilih foundation berdasarkan jenis kulit kita.

Penggunaan foundation memang penting sebelum kita mengenakan makeup. Ia boleh dikatakan perkara yang sangat penting walaupun ada yang mengatakan penggunaan foundation membuatkan muka kita terasa berat. 

Tapi, apa yang lebih penting adalah pemilihan foundation yang sesuai dengan jenis kulit kita dan cara kita nak aplikasinya dengan betul di wajah. 

Untuk pengetahuan korang, ada beberapa sebab mengapa kita perlu mengoleskan foundation terlebih dahulu sebelum memakai makeup, iaitu ia boleh bertindak meratakan warna kulit agar nampak lebih sekata, berfungsi menutup cela atau kekurangan pada wajah dan menjadikan tekstur wajah lebih halus dan shining malah lebih cerah. 

Ini baik untuk mereka yang mempunyai kulit wajah yang kusam sebab foundation berupaya 'menyorokkan' kesan gelap sekaligus menjadikan wajah lebih fresh dan cantik sekata. 

Mungkin mereka yang biasa makeup dah tau cara-cara ni, tapi bagi mereka yang baru nak belajar bermakeup macam cikla ni, tip ni sangat berguna kepada kami. Hehe. So, berikut merupakan tip macam mana nak pilih foundation yang sesuai dengan jenis kulit iaitu: 

Tip pilih foundation berdasarkan jenis kulit kita.
Tip pilih foundation berdasarkan jenis kulit kita. Sumber Pinterest.

Tip pilih foundation berdasarkan jenis kulit kita.
Tip pilih foundation berdasarkan jenis kulit kita. Sumber Pinterest.

So, kulit korang jenis yang macam mana? Kalau dah tau jenis yang mana senanglah nak pilih foundation mana yang sesuai kan. 

Apakah langkah demi langkah sebelum kita apply makeup di wajah? 

Langkah 1 :

Olesakan sedikit foundation di tulang pipi, hidung, dahi dan dagu korang. Kemudian, ratakan foundation dengan span, berus atau paling tak pun menggunakan jari korang. Ratakan dari tengah. Apa yang penting, beri perhatian pada kawasan berikut iaitu di kawasan bawah kening, berhampiran garisan rambut (hairline) dan di sekitar hidung dan dagu. 

Langkah 2 :

Letak sedikit concealer di kawasan yang perlu. Dengan berhati-hati, blend the concealer dengan menggunakan span yang lembut, berus yang sesuai atau jari manis korang. 

Langkah 3 :

Apply powder dalam keadaan gerakan membulat di kawasan tengah dahi dan ratakan sehingga keseluruhan dahi. Kemudian, oleskan powder di bahagian bawah muka seperti kedua-dua belah muka termasuklah pipi (dari kawasan hidung ke arah telinga),  kawasan hidung, garisan dagu (chin line) and sedikit di kawasan belahan (cleavage) dengan menggunakan span atau berus yang sesuai.

Untuk gambaran yang lebih jelas supaya korang lebih faham, tengok je gambar berikut.

Tip pilih foundation berdasarkan jenis kulit kita.
Tip pilih foundation berdasarkan jenis kulit kita. Sumber Pinterest.

Tip pilih foundation berdasarkan jenis kulit kita.
Tip pilih foundation berdasarkan jenis kulit kita. 

Apa yang penting, sebelum korang nak apply foundation, pastikan wajah korang dalam keadaan yang bersih dari minyak, kotoran, ataupun sisa makeup sebelum ni supaya foundation yang korang nak apply nanti akan 'melekat' dengan sempurna. 

Walaubagaimanapun, sejujurnya cikla ni takdelah pandai sangat pasal ni, lagipun cikla bukan MUA pun kan, tapi kalau korang nak tau lebih detail pasal ni, eloklah bertanya pada yang lebih arif. So, ilmunya nanti lebih banyak.! Haaaa, gitu kekdahnya. Kalau cikla, yang simple simple bolehlah sikit-sikit.

Kredit : SINI

1 comment:

Powered by Blogger.