'Santai Tapi Sampai'

30 January 2018

Ilmu yang wajib diketahui : Penama bukan pemilik.

Jom kita sama-sama membaca kisah ini dan fahamkan serta hadamkan betul-betul. Ini adalah ilmu faraid yang ramai orang tak faham. 

Cikla kongsikan ini dengan korang semua sebab kita rasa ia sangat perlu untuk difahami supaya jika ia berlaku kepada kita, insha'Allah kita sudah punya sedikit ilmu untuk mengatasinya. 

Ilmu yang wajib diketahui : Penama bukan pemilik.
Ilmu yang wajib diketahui : Penama bukan pemilik. Sumber Google.

FAKTA KES:

Ahmadi telah meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri, seorang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. Beliau: 

  1. Dilindungi oleh insuran hayat yang bernilai RM200,000 dan isterinya sebagai penama.
  2. Mempunyai caruman KWSP serta dividennya bernilai RM400,000 dan anak lelaki sebagai penama.
  3. Mempunyai simpanan Tabung Haji iaitu melalui potongan gaji bulanan bernilai RM100,000 dan anak lelaki sebagai penama. 

So, pihak insuran telah membayar pampasan sebanyak RM200,000 terus ke akaun RHB Bank milik isteri Ahmadi. (kalau dulu memilih insurans tidak islamik, Ahmadi akan merana di kubur), KWSP dan Tabung Haji telah memasukkan RM500,000 ke dalam akaun Bank Islam milik anak lelaki Ahmadi. 

Ekoran itu, makanya si isteri dan anak lelaki Ahmadi sangatlah terujanya apabila akaun bank mereka berubah menjadi 6 digit, iyelah dapat RM ratusan ribu kan. Ini adalah sesuatu yang tak pernah berlaku dalam hidup selama ini. *mulalah nak gelap mata tu. 

Kalau korang nak tau, apa yang sebenarnya isteri dan anak lelaki Ahmadi tak menjalankan amanah sebagai Penama  kepada sumber-sumber tersebut dengan tak mengagihkannya mengikut prinsip pengurusan pusaka/faraid. Sebenarnya:

  • RM200,000 yang masuk ke RHB Isteri Ahmadi bukannya miliknya seorang, haknya hanyalah RM25,000 sahaja. Baki RM175,000 adalah hak anak-anaknya. 
  • RM500,000 yang masuk ke Bank Islam anak lelaki Ahmadi juga bukan miliknya seorang, haknya hanyalah RM218,750. Baki RM281,250 adalah milik ibu dan 2 orang adik perempuannya.
  • Isteri dan anak lelaki Ahmadi telah menafikan hak 2 orang anak perempuan Ahmadi.

Apa yang menyedihkan, isu MAKAN HARTA BATIL berlaku antara anak dan ibu, abang dan adik. Sedangkan sesama darah daging yang terdekat pun berlaku, inikan pula saudara yang lebih jauh.

Sehubungan dengan itu, rasanya masih ramai yang terkeliru dengan terma 'PENAMA’ pada simpanan KWSP, Tabung Haji, Insurans/Takaful, Unit Trust dan lain-lain. 

Penama diperlukan bagi memastikan simpanan atau pelaburan dapat dicairkan dengan segera tanpa perlu melalui prosedur pusaka yang merumitkan. 

Dalam erti kata lain, penama hanyalah sebagai pemegang amanah bagi harta si mati sama ada berbentuk pampasan takaful/insurans, simpanan KWSP dan Tabung Haji. 

Penama bertanggungjawab mengagihkan harta-harta tersebut kepada waris si mati mengikut hukum syarak. 

Setiap penama perlu diingatkan tentang peranannya bagi mengelak daripada termakan harta yang bukan haknya. Nauzubillah.

Jangan pula nanti, bila tengok angka akaun bank berubah menjadi banyak kosong di hujungnya, mulalah si syaitan memainkan peranan membisikkan supaya melakukan apa yang tak sepatutnya. 

Semoga kita bijak membuat pilihan.

Sumber WhatsApp group. 

No comments:

Post a Comment