Telefon pintar ASUS ZenFone 4 Max (ZC520KL) turun harga!

Pin pin pon pon. Pengumuman, pengumuman. Perhatian kepada peminat telefon pintar terutama jenama ASUS ni ada berita baik untuk korang. Berita macam tak percaya ni adalah, telefon pintar ASUS ZenFone 4 Max (ZC520KL) turun harga!

Apa. Apa. Apa. Haa kau, sampai bertalu macam tu sekali sebab macam tak percaya.

Sebenarnya kan korang, cikla memang berangan nak tukar ke jenama ASUS pulak. Tengah kecek encik suamilah ni 'tolong' belikan. 

Lagipun, skrin telefon cikla yang lama ni dah retak segaris sebab jatuh hari tu. Mujurlah masih boleh di touch lagi skrinnya. Ini pun boleh menjadi salah satu alasan kuat nak beli telefon baru. Hehe. 

So, inilah namanya sudah mengantuk di sorongkan bantal. Ye tak? Hehe. Dalam cikla tercari-cari telefon yang cikla idamkan ni, terbaca pulak pasal cerita ni. 

Korang nak tau berapa harga telefon di selepas diturunkan? Ia diturunkan dari RM799 ke RM699 seunit.

Berikut merupakan kelebihan yang ada pada telefon pintar ini, antaranya:

  • Mempunyai skrin IPS HD berukuran 5.2 inci.
  • Didatangkan dengan 3 pilihan warna iaitu hitam (black), emas (gold) dan merah jambu (pink). 
  • Beroperasi pada pemprosesan Snapdragon 425.
  • Dilengkapi dengan RAM 3GB bersama internal storage 32GB. 
  • Berupaya menggunakan 3 slot kad serentak iaitu 2 kad SIM dan kad microSD. 
  • Mempunyai kapasiti bateri yang besar iaitu 4100 mAh yang turut boleh digunaka sebagai powerbank
  • Mempunyai dwikamera 13 megapiksel dan 5 megapiksel, manakala kamera depan 8 megapiksel.

So, pada mereka yang berhajat nak tukar telefon baru atau nak menambah koleksi bolehlah mendapatkan telefon pintar ASUS ZenFone 4 Max (ZC520KL) ni.

Just sharing.

Sumber IT@Metro.

5 comments:

  1. Wah.. turun ye.. Berbaloi kalau nak beli..

    ReplyDelete
  2. Wah, dah murah 100 ringgit tu

    ReplyDelete
  3. Mudah2an dapat tel pintar baru tu.
    WP pakai lt jenama Asus jugak.

    ReplyDelete
  4. menarik but i've never used asus before.

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews