15 January 2018

Resepi ayam masak asam.

Hari ni menu cikla simple je. Resepi ayam masak asam. Seperti resepi ni kiranya resepi viral jugaklah. Sahabat cikla share di facebook. Tapi, asal resepi ni guna ikan, tapi disebabkan cikla masih lagi berpantang ikan, cikla tukar ayam. Lepas tu, cikla tambah pulak cili api sebab nak bagi pedas sikit. Hehe. Derhaka resepi jap. Jangan marah tuan punya resepi. 

Resepi ayam masak asam.
Resepi ayam masak asam.

Tapi, memang sedap tau. Makan lauk ni dengan nasi je, tak payah tambah lauk lain pun dah sedap. Sepinggan tak sedar habis nasi. Hihi. Nak tau resepi? Meh cikla share resepi yang sangat sangat sangat senang ni. Resepi ni sesuai jugak untuk mereka yang di dalam pantang selepas bersalin. Tapi, cili api tu tukar dengan lada hitam. Mereka yang berpantang makan untuk rawatan RAI pun boleh juga cuba menu sedap ni.

Jom tengok bahannya dulu:
1/2 ekor ayam (nak guna ikan pun boleh). (dipotong sederhana besar dan dibersihkan, kemudian perap dengan sedikit serbuk kunyit dan garam). 
1 biji bawang Holland (dihiris halus). 
3-4 ulas bawang putih (dihiris halus). 
1/2 inci halia (dihiris halus). 
1 mangkuk air asam jawa. (kalau nak lebih masam boleh tambah). 
3-4 biji cili api hijau. (belah 2).
Sedikit minyak untuk menumis, garam.

Senang je bahan-bahannya kan. So, macam mana nak buat? Memang senang sangat. Jom.

  1. Panaskan minyak, dan goreng ayam/ikan. Bila kekuningan, angkat dan toskan minyak. Ketepikan. 
  2. Kurang sedikit minyak gorengan ayam/ikan tadi, tumiskan bahan yang dihiris sampai kekuningan dan naik bau. 
  3. Kemudian masukkan air asam jawa dan cili api. Biarkan menggelegak. Kuah terpulang pada korang, nak sikit ke nak banyak. Nak cair ke nak pekat. It's up to you, ok. Then, perasakan dengan sedikit garam. 
  4. Last, baru masukkan ayam/ikan yang digoreng. Gaul rata. Siap.

Resepi ayam masak asam.
Resepi ayam masak asam.

Senang je kan. Emmm, korang kena cuba sendiri tau kalau nak tau sedap ke tak. Tapi, kalau ikut tekak cikla ni. Sedaplah.  Selamat mencuba.

Kredit Resepi Puan Zaliza Julie Ismail.

6 comments:

  1. masak asam ni memang simple n senang nk masak...sedap plak tuu....

    ReplyDelete
  2. sedapnya nmpk.. cikyan tak pernah try... nk jugak sesekali ubah menu kan..

    ReplyDelete
  3. Dalam pening da fikir menu apa, da dapat da idea tu, thankz share resepi, boleh buat ni.. dapnya.. 😃

    ReplyDelete
  4. Menu yang simple dan tak ambil masa yang lama

    ReplyDelete
  5. Wah.. terima kasih kongsi resipi..

    ReplyDelete
  6. Anonymous08 June, 2018

    Baru sekali try dah jadi hahahha

    ReplyDelete