'Santai Tapi Sampai'

30 November 2015

Bila orkidku berbunga....

Korang suka bunga orkid tak? Cikla nak kata favourite tak jugak. Kebetulan masa nak raya hari tu, husband cikla tetiba pulak beli bunga orkid. Colour purple lagi bunganya. Entah apa mimpi dia tah, hehe. So, cikla layankan aje. 

Mula-mula masa beli memang orkid tu tengah berbunga. Tapi, lepas beberapa minggu bunga semua gugur. Tinggallah daun aje. 

Everyday cikla siram dia. Sambil-sambil siram tu, konon-konon sembanglah dengan orkid tu, "hailah orkid, bilalah ko nak berbunga. Berbungalah, kan cantik". Tup-tup tumbuh pulak 'kudu' bunga. Wah, menjadi juga hasil pujukanku, hehe.

Bila orkidku berbunga....
Bila orkidku berbunga....

Cuba tengok, cantik kan? Anak cikla dah geram dah nak usik bunganya. Tu sebab cikla gantung tinggi, hehe. Satu pasu dah berbunga, satu lagi masih belum keluar bunganya. Tak sabar nak tunggu.

Bila orkidku berbunga....
Bila orkidku berbunga....

Semenjak dua menjak ni, mood macam nak ber'gardening' je. Niat di hati nak buat mini landskap untuk bunga-bunga cikla tu. 

Lagipun, geram bila tengok bunga-bunga cantik bila balik umah mak, tu yang macam berkobar-kobar nak buat mini garden sendiri, hehe.

Menang giveaway : Menang hadiah giveaway anjuran blogger MiminAdam.

Sebenarnya cikla nak share hadiah yang cikla dapat sebab giveaway anjuran adik blogger kita, MIMINADAM. Baca sini untuk review entri pasal giveaway tu. So, cikla dah pun dapat hadiahnya. Starter kits Sophie.

Menang giveaway : Menang hadiah giveaway anjuran blogger MiminAdam.
Menang giveaway : Menang hadiah giveaway anjuran blogger MiminAdam.

Menang giveaway : Menang hadiah giveaway anjuran blogger MiminAdam.
Menang giveaway : Menang hadiah giveaway anjuran blogger MiminAdam.

Kat dalamnya macam-macam ada. Dan cikla dah pun didaftarkan jadi ahli Sophie. Nak jadi dropship dah boleh dah ni, hehe. Jujur cikla memang tak pernah cuba barangan or produk brand Sophie ni. InshaAllah kalau ada rezeki lebih, cikla nak belilah, nak cuba pakai. 

Oklah, thanks pada penganjur giveaway. Cikla happy and appreciate hadiah ni. Nanti buatlah giveaway lagi. Insha Allah, cikla join. Thanks for reading.

29 November 2015

Hari sukaneka PASTI 2015.

Bila dah hujung tahun sebelum cuti persekolahan yang panjang, semua sekolah tak kiralah tadika mesti mengadakan sukan sebagai salah satu aktiviti wajib mereka. PASTI, sekolah kakak Batrisyia pun sama. Hari sukaneka PASTI 2015 ni berlangsung seminggu sebelum cuti aritu.

Kakak batrisyia ada jugak masuk 4 acara. Acara lari bawak bola pingpong dalam sudu, acara lari junjung pundi kacang, acara seret bola guna gelung rotan dan lari pecut 100 meter. 

Alhamdullilah, 2 acara (lari bawak bola pingpong dalam sudu dan acara seret bol guna gelung rotan), kakak Batrisyia dapat johan. 2 acara lain dapat tempat ke-3 dan saguhati je. 

Tapi, kira oklah sebab semua peserta dapat hadiah. Alah, budak-budak kan. Saja nak bagi mereka seronok. Itu je. 

Jom kita tengok gambar yang sempat cikla snap masa hari 'kejadian', hehe.

Hari sukaneka PASTI 2015.

Hari sukaneka PASTI 2015.

Hari sukaneka PASTI 2015.

 sukaneka PASTI 2015.

Hari sukaneka PASTI 2015.

Hari sukaneka PASTI 2015.

Tengok, macam-macam ragam kan. Memang kelakar tengok mereka. Dengan mak ayah yang punyalah excited bagi sokongan kat anak masing-masing. Hehe. Acara untuk ibu bapa pun ada. Tapi cikla tak dan nak join sebab adik ammar tidur, so balik rumahlah jawabnya.

Bagi cikla, menang kalau adat bertanding. Apa yang penting 'semangat kesukanan' tu. Dan budak-budak pun happy. Happy bermain dan happy bila dapat hadiah. 

28 November 2015

Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM.

Jom join giveaway ni. Cikla excited ni. Mana taknya, siapa tak kenal blogger tersohor ni kan, pakar SEO.. Bro Hasrul Hassan. Memang terujalah... Nak join tak? Kalau nak, klik kat banner... Macam biasalah... Hihi...



http://www.hasrulhassan.com/2015/11/hasrulhassan-random-giveaway-rm100.html

Syaratnya pun senang kacang kuda je.. Hihi...

- WAJIB jadi follower blog Hasrul Hassan menerusi Google Plus.
- Buat entri dan masukkan banner di atas  anda dengan tajuk entri ''Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM''
- Tuliskan dalam beberapa perkataan mengapa dan sebab anda follow blog Hasrul Hassan.
- Tinggalkan link entri kat bahagian komen.
- Siap!

Cikla dah follow lama dah blog ni. Sebab mengapa Cikla follow blog ni, blog ni blog yang berinfomasi. Macam-macam ada. Tips blogging, tips SEO, parenting tips, dan lain-lain. Loading pun cepat, nak bukak tak payah tunggu lama-lama. 

5 follower bertuah akan dipilih menerusi Random.org untuk menerima wang tunai RM20 setiap seorang. Harap ada rezeki.... Oklah korang, join tau. Lagi ramai lagi best.... Sekian dulu, wassalam...


-TAMAT SUDAH-

27 November 2015

Giveaway by mrsfara bernilai RM329.

Nak join? Klik kat banner, macam biasalah.... Hihi...



http://mrsfara.blogspot.com/2015/11/giveaway-by-mrs-fara-bernilai-rm329.html
Klik banner.


Syaratnya pun senang sangat... Nak tau syarat klik kat sini. Oklah, Cikla dah join. Korang bila lagi. Hadiahnya pun best... Rugi tak join. Sekian dulu. Wassalam....

-TAMAT SUDAH-

Giveaway Bawal Crepe From Muja & Huda.

Hai semua, jom join giveaway adik kita ni... Nak join klik kat banner comel tu...


http://nuurhuudaa.blogspot.my/2015/11/giveaway-bawal-crepe-from-muja-huda.html


Hadiahnya semestinya bawal crepe la kan.. Hihi.. Jom tengok syaratnya pulak...

  1. Follow blog dan Google+ Muja dan Huda
  2. Like Fanpage Muja dan Fanpage Huda.
  3. Buat 1 entry bertajuk "Giveaway Bawal Crepe From Muja & Huda"
  4. Copy banner di atas dan backlink kan ke entry.
  5. Publish post dan tinggalkan link entry di bahagian komen.
  6. Peserta digalakkan blogwalking antara satu sama lain untuk mengeratkan lagi hubungan hubungan sesama blogger :D
Tarikh tutup ialah : 5.12.2015 pada 11.59pm.

Join tau. Lagipun lama lagi tarikh tutupnya. Oklah, sekian dulu. Wassalam...

-TAMAT SUDAH-

26 November 2015

Misi kembara Si Citam.

 Jom join misi ni. Senang je, klik je kat banner black cat yang comel kat bawah tu...


http://jepunmari2.blogspot.my/2015/11/misi-kembara-si-citam.html


Syarat-syaratnya pulak adalah:

1. Follow blog  Jepun mari

2. Buat satu entry mengenai segmen ini tajuk : Misi kembara Si Citam 
3. Copy banner di atas dan backlinks ke entry ini.
4. Dah siap sila tinggalkan link entry anda ini di ruangan komen, yang bertuah akan diumumkan pada 08/12/2015.

Segmen ini berlangsung  selama 14 hari bermula 24/11/2015 hingga 08/12/2015.

14 HARI MISI KEMBARA SI CITAM AKAN MENEMUI MEREKA INI:

 Naza Raman, Shahirah Mohamad, Qistina Zahari, sheila AdzizRadhia RazaliMasita Eyta,  

Cik Cahaya Bunganurfuzie


Oklah, selamat bermisi... Join tau. Sekian dulu, wassalam....

Quality time with the family.

Apa khabar? Cikla harap korang sihatlah ye. Cikla macam biasa, alhamdullilah. Hari ni dah Khamis kan? Sekejapnya masa berlalu. Memang tak sedar betapa cepatnya masa berjalan. Syukurlah Allah masih memberi peluang kepada kita menikmati hidup ini. Alhamdullilah.

Oklah, berbalik pada tajuk entri kat atas tu, ia mengenai 'quality time' bersama keluarga tersayang. Sebenarnya, kita sebagai ibu dan ayah perlu meluangkan masa untuk ahli keluarga kita nak-nak pulak pada cuti hujung minggu. 

Ada sesetengah orang dah biasa bawak anak isteri berjalan kalau hujung minggu. Anak-anak pun tak bosan. Dan ikatan kekeluargaan pun makin erat.

Bukan apa, kalau si ayah atau si ibu asyik sibuk dengan hal memasing contohnya sibuk dengan kerja yang tak pernah habis, anak-anak mesti rasa macam terasing dan tak dipedulikan. 

Ada yang lebih teruk lagi, hal anak-anak diserahkan pada orang gaji atau baby sitter je. Alah, janganlah sampai macam tu sekali, bukan apa lama-kelamaan anak-anak akan terasa bosan dan mulalah buat perkara yang tak betul (khasnya anak-anak remaja). 

Tu sebab kalau kita tanya remaja yang bermasalah, kenapa mereka jadi macam tu, kebanyakannya akan mengatakan ibu ayah mereka sibuk dan mereka seperti kurang kasih sayang. Bukan nak salahkan ibu ayah 100%, tapi itulah hakikatnya.

Oklah, kat sini cikla nak selit gambar cikla sekeluarga pergi beriadah di taman Astana Morocco, Putrajaya. Saja bawak anak-anak jalan-jalan memandangkan ayah mereka bercuti.

Quality time with the family.
Quality time with the family.

Tengok, betapa akrabnya hubungan antara ayah dan anak. Hehehe. Time macam ni lah kita boleh tengok sama ada si ayah ni mesra atau sanggup tak nak layan kerenah anak. Yang anak pulak memang excited lah kan bila di bawa berjalan macam ni. Budak-budak.

Anak-anak cikla memang 'ligat' nampaknya je girl gitu. Tapi, aktifnya mengalahkan boboi, adoii. Ni belum adiknya lagi. Bila dilepaskan berjalan memang tak menang tangan nak 'mengejar' dia. Laju je perginya.

Quality time with the family.
Quality time with the family.

Quality time with the family.
Quality time with the family.

Hubungan adik beradik pun kita nampak akrab kan. Si kakak berusaha menjaga si adik. Masa nilah cikla nak tengok macam mana si kakak jaga adiknya. Tapi masih lagi dibawah pengawasan cikla lah. Bahaya juga kan kalau dibiarkan.

Cikla harap pada yang sudah berkeluarga dan ada anak jangan kita terlalu 'mengabaikan' mereka. 

Memang kita rasa kita dah cukup memberi dan menyediakan makan pakai dan keperluan mereka, tapi kadang-kadang kita lupa akan satu hal, iaitu masa yang kita luangkan untuk bersama mereka. 

Tak kisahlah seminggu sekali or dua kali kita bawak mereka keluar paling tak pun keluar makan, janji kita ada luangkan sedikit masa untuk mereka. Takdelah nanti hal-hal anak sendiri pun kita tak tau.

Peringatan untuk diri cikla jugak. Sebelum tu, cikla nak minta maaf andai ada yang terasa dengan entri cikla ni. Tapi tak salah kan kita saling ingat mengingati.

Starlavenderluna 2nd GiftAway.

Hai korang, Jom join giveaway ni.... klik kat banner tau...


http://starlavenderluna.blogspot.my/2015/11/my-2nd-giftaway-by-starlavenderluna.html


Kalau nak tau syarat pun klik kat banner jugak. Giveaway tamat pada 30 November 2015. Join tau. Kita support rakan kita ni... Oklah, sekian dulu. Wassalam...

-TAMAT SUDAH-

25 November 2015

Hari Konvokesyen Tadika kakak.

Cikla sebenarnya nak share moment cikla masa majlis penyampaian hadiah tadika anak cikla yang sulung, kakak batrisyia. Nak throwback sikit sebab majlis Hari Konvokesyen Tadika kakak ni dah lepas pun, 2 minggu lepas. Cuma tak sempat nak update kat sini, biasalah kekangan masa. 

Ermmm, pejam celik pejam celik dah nak abis tahun dah kan. Kakak batrisyia pun dah 5 tahun. Tahun depan dah 6 tahun. Lepas tu dah masuk sekolah. Besar dah kakak, cepatnya masa berlalu.

Hari Konvokesyen Tadika kakak.

Hari Konvokesyen Tadika kakak.

Majlis sebenarnya bermula sekitar 8.30 pagi. Biasalah kan, kena tunggu semua pelajar dan ibu bapa hadir barulah boleh mula majlis. 

Gitu gini gitu gini, around 9.00 lagi baru mula. Majlis dimulaikan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis dan persembahan kanak-kanak. Lepas tu, majlis diteruskan dengan ucapan dari penyelaras KEMAS dun Telok Datok.

Dah selesai semua tu, acara yang dinanti-nantikan terutamanya kanak-kanak termasuklah anak cikla. 

Apa lagi kalau bukan acara penyampaian hadiah. Ni ha gambar hadiahnya. Memang excited betul kanak-kanak ni tengok hadiah yang tersusun atas meja. Tak sabar-sabar katanya.

Hari Konvokesyen Tadika kakak..

Kat sini cikla share kenangan kakak batrisyia dan adik damia amik hadiah. Itu pun bukan main payah nak amik gambar. Laju je amik. Malu katanya, huhu.

Hari Konvokesyen Tadika kakak.

Hari Konvokesyen Tadika kakak.

Acara ibu bapa pun ada. Kaum bapa dikehendaki (sesiapa yang nak amik bahagianlah) membuat apa-apa sahaja dari barangan terpakai. 

Contohnya macam menara ke, replika rumah ke. Kaum ibu pulak dikehendaki membuat replika buah durian. Ia diadili dari segi kekemasan dan kekreatifan. Syukurlah, cikla dapat nombor tiga, jadilah dari takde kan. Hehe.

Hari Konvokesyen Tadika kakak.

Selesai penyampaian hadiah, biasalah ia,akan diakhiri dengan jamuan ringan. So, time to 'makan', yeaayyy. Yang ni pulak, antara gambar kenangan yang cikla sempat ambil.

Hari Konvokesyen Tadika kakak.

Hari Konvokesyen Tadika kakak.

Tahun ni, alhamdulillah kakak batrisyia banyak peningkatan. Cikgunya cakap bila dalam kelas dia memang tumpukan perhatian dan dia cepat faham apa yang diajar. 

Syukurlah, walaupun kalau kat rumah bila disuruh belajar memang payah sikit, huhu.

24 November 2015

1St GIVEAWAY By MB.

Nak join klik di banner ye...



http://magicbaked.blogspot.my/2015/11/1st-giveaway-magicbaked.html



Syarat-syarat penyertaan adalah:

1: Buat entry bertajuk 1St GIVEAWAY By MB.

2: Copy banner di atas dan linkkan ke entry ini.

3: Follow Blog MB(SINI ) dan Instagram ( SINI )-jika ada.

4: Like Fanpage ( SINI )

5: Copykan url entry dan letakkn di ruang komen di bawah.

Optional :Tag 2 orang blogger dan pastikan mereka tau.

Hadiah pun best...

5 hadiah istimewa untuk 5 yang bertuah:
Hadiah MAGICBAKED Bernilai RM30
# Hadiah MAGICBAKED Bernilai RM25
# Hadiah MAGICBAKED Bernilai RM20
# Hadiah MAGICBAKED Bernilai RM15
# Hadiah MAGICBAKED Bernilai RM10
Cikla tag : ANAJINGGA / MIMI KYUMI
GiveAway tamat pada 29 November 2015. Oklah, join tau. Sekian dulu, wassalam...

-TAMAT SUDAH-


Segmen Blogwaking dan Tambah Followers bersama Impiana Cik Yanie.

Hai.. Join segmen pulak jom. Klik kat banner tau...

http://secondblogimpianacikyaanie.blogspot.my/2015/11/segmen-blogwaking-dan-tambah-followers.html

Syaratnya pun senang yang amat...


2. Buat entri bertajuk "Segmen Blogwaking dan Tambah Followers bersama Impiana Cik Yanie".

3. Letak banner tu dan backlink ke entri ini.

4. Letak url entri dalam ruangan komen.

5. Tamat : 15 December 2015

Jeng jeng jeng.......*Seorang pemenang yang bertuah akan memenangi sebuah hadiah misteri*

Oklah, sekian dulu. Wassalam...

Mini Giveaway YanieYusuf.com.

Jom join mini giveaway Mrs.yanie kita yang comel ni. Nak join klik kat banner....

http://www.yanieyusuf.com/2015/11/mini-giveaway-yanieyusufcom.html#more


Syarat-syaratnya pulak seperti di bawah:

1. Buat satu entry ''Mini Giveaway YanieYusuf.com'' berserta gambar diatas (pastikan blacklink ke entry ini tau).
2. Follow Blog www.yanieyusuf.com
3. Follow Google+ Yanieyusuf
4. Follow Instagram: Yanieyusuf , AirAsia , TV3Malaysia , Altel dan TravellingBeruang
5. Jangan lupa tinggalkan link enrty diruangan komen.

Tarikh akhir: 30 November 2015 (Sehingga jam 1159 malam).

Hadiahnya pun menarik. Join tau.. Oklah, sekian dulu. Wassalam...

-TAMAT SUDAH-

Giveaway Poskad Vintage (Bahasa Jerman).

Hai korang... Nak menang poskad tak? Jom join giveaway ni.. Macam biasa nak join klik kat banner di bawah.... Semua syarat ada tertulis di situ.



http://jindrisska.blogspot.my/2015/11/give-poskad-vintage-bahasa-jerman.html


Apa lagi, Jom join ramai-ramai.. Oklah, sekian dulu... Wassalam...

-TAMAT SUDAH-

Bila Ammar dapat 'kaki'....

Itulah perumpamaannya. Sejak adik Ammar dah pandai berjalan ni, memang tak reti duduk diam. Nak dipegang pun tak nak. Boleh cikla cakap kalau siang memang dia tak duduk diam langsung. Berjalan berjalan berjalan je kerja dia. Itu belum lagi aktif memanjat sana sini. Hailah anak.

Kalau dulu kakaknya takde lah seaktif ni. Mungkin boy kot. Aktif yang amat. Cubalah kalau cikla lipat kain, memang dikacaulah jawabnya. 

Yang comelnya, sebelum dia nak kacau kain yang cikla lipat tu, dia pandang je ibunya. Nak tengoklah tu, ibunya marah ke tidak, haha. Kadang-kadang kalau cikla cakap, haipp tak jadi nak kacau.

Tapi, banyak mengacau dari tak. Lepas punggah kain tu, selamba je dia pergi main, aduhaiii.

Gambar yang cikla nak share ni, gambar masa kami sekeluarga pergi walking-walking kat Astana Morocco, Putrajaya. Korang tengoklah betapa 'excited'nya adik Ammar masa cikla lepaskan dia bg berjalan kat situ. Nak dipegang or dipimpin memang taklah kan.

Bila Ammar dapat 'kaki'....
Bila Ammar dapat 'kaki'....

Bila Ammar dapat 'kaki'....
Bila Ammar dapat 'kaki'....

Bila Ammar dapat 'kaki'....
Bila Ammar dapat 'kaki'....

Lepas tu, pantang nampak 'lubang' or batu-batu kecil kat tempat tu, memang habislah dikoreknya. Last-last apa lagi masuk mulutlah, adusss. Ammar Ammar.

Bila Ammar dapat 'kaki'....
Bila Ammar dapat 'kaki'....

Bila Ammar dapat 'kaki'....
Bila Ammar dapat 'kaki'....

Bila Ammar dapat 'kaki'....
Bila Ammar dapat 'kaki'....

Walau apapun, cikla bersyukur sebab dapat melihat ammar membesar depan mata ni. Anak bujang sorang kan. Cikla harap Ammar akan membesar dengan sihat, dan jadi anak yang soleh kelak. Aamiin.

Hujan pagi!

Apa khabar semuanya pagi ni? Cikla harap korang sihat-sihat hendaknya. Cikla, alhamdulillah sihat. Cuma sekarang ni macam payah sikit nak 'curi' masa nak update blog kesayangan cikla ni. Nak blogwalking kawan-kawan pun tak sempat-sempat. 

Lagipun sekarang ni line internet macam menyedihkan aje. Kejap ada kejap takde. Nak bukak blog pun kemain lama, bertahun berjanggut nak tunggu loading, huhu. Bertabahlah.

Pagi ni kat tempat cikla hujan. Tempat korang hujan tak? Maklumlah, dah sampai akhir tahun biasalah musim hujan. Peralihan angin monsun. Mana-mana tempat yang hujannya lebih sikit, banjirlah. Kampung cikla pun dengar-dengarnya banjir jugak. 

Tapi, alhamdullilah rumah mak cikla tak kena. Walau apapun, semoga semua mangsa selamat. Aamiin.

Hujan pagi!
Hujan pagi! Image from facebook.com.

Semoga kita semua sentiasa dilindungi olehNya. Aamiin.

Tips penjagaan mata untuk si rabun.

Rabun, kalau korang nak tau cikla jugak rabun. Rabun jauh. Cikla memang pakai spek tapi kat rumah je. Bila keluar mostly cikla akan pakai contact lens, kadang-kadang je guna spek sebab malas nak manage contact lens dan sebab faktor masa jugak, (nak cepat punya pasal), hehe. Cikla start pakai spek since form 3 sampailah sekarang.

Sebenarnya cikla nak share beberapa tips penjagaan mata untuk orang yang memakai spek. Jangan ingat orang yang pakai spek ni tak perlu nak jaga mata mereka sebab mereka dah pakai spek. 

Tips penjagaan mata untuk si rabun.
Tips penjagaan mata untuk si rabun. Kredit Google. 

Tips itu adalah:

- Elakkan membaca terlalu lama. Ambil masa 10-15 minit untuk merehatkan mata. Jangan terus-terusan membaca dalam tempoh 2-3 jam sebab mata akan menjadi penat.

- Kawal kolestrol dalam darah sebab ia boleh menyebabkan mata cepat rosak kalau tekanan darah terlalu tinggi. Jangan ingat kolestrol hanya dikaitkan dengan jantung, tapi ia boleh bagi kesan buruk pada mata jugak.

- Elakkan mendekatkan objek tajam pada mata sebab tanpa sedar ia boleh mendatangkan kecederaan pada mata. Mata yang telah tercedera memang susah nak sembuh dan risiko menjadi buta. Nauzubillah.

- Ada orang suka membaca dalam kenderaan yang bergerak, kalau boleh elakkan. Mesti korang pernah melakukannya. Kalau korang membaca dalam kenderaan bergerak, mesti korang akan rasa pening, mual dan loya kan? Itu adalah kesan mata yang tak sesuai dengan 'kesan berat' seperti itu. So, elakkan ye. Kan lebih baik korang tengok pokok-pokok menghijau kat luar sana sebab ia merupakan terapi terbaik untuk mata kita.

- Lastly, rajin-rajinlah membuat pemeriksaan mata secara rutin. Paling tak pun setahun sekali. Bolehlah kita check tahap kesihatan mata kita, kesan pertambahan 'power' pada spek yang kita gunakan tu.

Tips penjagaan mata untuk si rabun.
Tips penjagaan mata untuk si rabun. Kredit Google. 

Apa yang penting adalah usaha dan inisiatif kita dalam menjaga dan memelihara anugerah yang satu ni. Jangan ingat bila kita dah ber'spek' kita tak perlu lagi nak jaga mata kita ni, salah ye kawan-kawan. 

Kita kena jaga juga tau, dan yang paling penting kita kena ingat mata kita memerlukan rehat yang secukupnya demi mendapatkan penglihatan yang baik. Sayangi mata kita.

Sumber :  Harian Metro.

20 November 2015

GIVEAWAY: 100 followers celebration by Zanna Ghazali.

 Jom join giveaway ni pulak.. Klik je kat banner kalau nak join... Ok..


http://singingzanna.blogspot.my/2015/11/giveaway-100-followers-celebration.html


Syarat penyertaan:

~Follow blog: singingzanna.blogspot.my
~ Buat satu entry dengan tajuk GIVEAWAY: 100 followers celebration by Zanna Ghazali.
~Copy banner dan linkkan semula entry ni.
~ Tinggalkan link entry dan email korang di ruangan komen ye.
~ Pemenang akan dihubungi melakukan email.

Hadiahnya : TOP UP bernilai RM10 kepada TIGA orang yang bertuah yang akan dipilih melalui random.org.

Tarikh penyertaan: 19 - 29 NOVEMBER 15.

Apa lagi, Jom join.... Mana tau ada rezeki kan... Hehe... Oklah, good luck semua.. Sekian dulu, wassalam..

-TAMAT SUDAH-

8th Anniversary GiveAway!

Dah lama rasanya Cikla tak join giveaway... So, Cikla dengan suka hatinya, Cikla nak join giveaway ni dan Cikla nak ajak korang join sekali. Kasi meriah banyak ini giveaway.... Hehe... Macam biasa, nak join, klik kat banner di bawah.


ttp://lobaksusue.blogspot.my/2015/11/8th-anniversary-giveaway.html


Kalau korang nak tau syaratnya, klik jugak kat banner tu. Semua ada. Hadiahnya pun best. Tu kat bawah tu.... Hehe...




Giveaway ini akan berlangsung daripada 20.11.2015 hingga 25.11.2015 11:59 malam. Senarai peserta akan diumumkan pada 27.11.2015. Senarai pemenang akan diumumkan pada 30.11.2015. Dan yang paling penting, keutamaan akan diberikan kepada FOLLOWER blog QasehnyaRania. So, pepahaalah ye. Apa lagi, kepada sesiapa yang belum follow blog QasehnyaRania, bolehlah follow. Cikla dah... Hehe.... Oklah korang... Join tau. Sekian dulu, wassalam....

-TAMAT SUDAH-

Santan banyak manfaatnya.

Orang cakap tua-tua buah kelapa, makin tua makin banyak santannya. Ehhh, betul ke perumpamaan ni? Hehe. 

Bolehlah, dekat nak sama kira ok lah tu. Sebenarnya kalau korang nak tau, santan kelapa banyak kebaikannya. Kalau sebelum ni kita selalu dengar ianya lebih sinonim dengan rahsia mendapatkan rambut yang sihat. 

Haaaa, betullah tu. Tak payah nak berhabis ribu riban semata-mata nak dapatkan rambut yang sihat dan cantik. Nah, guna aje santan kelapa. Senang je kekdahnya.

Santan banyak manfaatnya.
Santan banyak manfaatnya.  Gambar dari carian Google.

Santan mengandungi protein dan zat besi yang baik untuk kesihatan, salah satunya ia sangat baik untuk mendapatkan rambut yang cantik dan bersinar gitu. 

Terdapat beberapa kebaikan santan pada rambut kita, iaitu, santan dapat mencegah rambut kusut. Caranya adalah, dengan meratakan santan ke seluruh kepala. 

Kemudian, balut kepala dalam tempoh satu jam. Buatlah cara ni sekurang-kurangnya sekali seminggu dan hasilnya nanti pasti tak akan mengecewakan korang.

Selain itu, kalau korang nak tau santan dapat meningkatkan pertumbuhan rambut, sebab ia mengandungi lemak pati dan vitamin E yang dapat membantu meningkatkan pertumbuhan rambut lebih menawan di samping dapat mengawal keguguran rambut

Hanya campurkan santan dengan minyak zaitun dan ratakan keseluruhan kepala dan cuci menggunakan shampoo dan tengoklah hasilnya. Wah, memukau kalbuku. Hihi.

Memang tak dinafikan masalah kelemumur boleh disebabkan oleh kulit kepala kering dan bersisik, dan seterusnya rambut akan rosak. 

So, santanlah yang boleh kita gunakan sebagai pelembap yang mempunyai lemak dan ia mampu memperbaiki keadaan kulit kepala kita.

Untuk mereka yang free hair, sudah tentu sinaran matahari dan kualiti udara akan menyebabkan rambut dan kulit kepala menjadi rosak. 

Senang aje, ambil santan dan lumurkan pada kepala. Biarkan seketika sebelum dibilas. Ia dapat menjadikan rambut lebih kuat dan tak mudah putus. 

Di samping itu, dengan menambahkan sedikit madu pada santan kemudian lumurkan pada rambut dapat menghasilkan rambut yang cantik berkilauan. Buatlah sekurang-kurangnya dua kali seminggu dan korang tengoklah hasilnya nanti.

Mesti korang suka punyalah.

Tengok, korang dah boleh jimat duit kan. Tak payah nak keluar duit banyak-banyak. Just guna santan je. Bahan semulajadi lagi tu, semua orang mampu. Betul tak?

Sumber :  Ruangan hati (Harian Metro).

18 November 2015

Selamat pagi dunia... rezeki.....

Bila cerita pasal rezeki, kita wajib percaya yang semua rezeki yang kita nikmati adalah dari Allah dan telah ditetapkan olehNya. Kalau seseorang itu berkahwin awal, itu rezeki dia untuk merasaikan hidup sebagai suami isteri. 

Jangan pulak cakap, "Eee dia, kahwin muda-muda, dah gatal sangatlah tu." Ada yang lebih teruk lagi, "Eee anak si polan tu kahwin muda sebab dah terlanjur. Bla bla bla." Nauzubillah. 

Janganlah kita berburuk sangka. Tak baik tau. Bagi cikla, tak salah kalau nak kahwin awal, nak-nak pulak zaman sekarang yang penuh dengan dugaan, fitnah dan maksiat. 

Rasanya berkahwin awal adalah jalan terbaik untuk mengelakkan diri dari terjerumus ke jalan yang tak elok. Tapi kena ingat jugak yang kita betul-betul dah bersedia, sebab tanggungjawab selepas kahwin lebih berat dan mencabar.

Selamat pagi dunia... rezeki.....
Selamat pagi dunia... rezeki..... Sumber gambar :  www.resepisheilarusly.com

Kalau seseorang tu, bertemu jodohnya lambat pulak, janganlah cakap dia tak laku. Takde maknanya. Kena ingat, setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Dia berkahwin lambat sebab Allah bagi dia peluang menghabiskan masa dan memberi tanggungjawab sepenuhnya pada keluarganya dulu. Itu rezeki dia untuk hidup lebih dengan ibu bapanya. Rezekinya lebih bersama keluarga.

Semua orang cakap, kalau kita merancang, Allah jugak merancang. So, setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Jangan nak fikir negatif aje, apa yang penting sentiasa bersangka baik setiap apa yang berlaku. 

Mesti korang cakap, ala cakap memanglah senang, bukan kau yang alaminya. Memang, tapi pada cikla abaikan aje mulut-mulut longkang yang mengata kita itu ini, biarkan aje. Sebab, apa yang terjadi biarlah kita dan Allah yang tau. 

Be positive dan yang penting jangan down dengan apa yang orang sekeliling cakap. Fikir aje mereka, iri hati dengan kita, itu aje. Jangan mudah putus asa, dan manfaatkan setiap masa yang kita ada dengan orang yang kita sayang sebab masa-masa yang sudah lepas tak mungkin kita dapat menikmatinya lagi. Lepas tu, nak menyesal pun tak guna dah.

17 November 2015

Tahniah pada yang berjaya!

Hari ni result UPSR keluar dah. Walaupun cikla takde anak or anak saudara yang mengambil peperiksaan ni, tapi rasa teruja gak nak tau berapa ramai yang berjaya dapat straight A's. Tadi pun cikla tengok dalam berita, happy sangat dengan kejayaan adik-adik yang dapat 5'A.

Cikla nak ucapkan tahniah kepada semua yang berjaya. Segala pengorbanan dan usaha adik-adik semua berbaloi dengan mendapat keputusan yang cemerlang.

Pada yang tak berjaya, jangan putus asa tau. Gagal UPSR bukan bererti gagal dalam hidup. Jadikan ini sebagai pembakar semangat adik-adik untuk mendapat keputusan yang cemerlang di masa akan datang. Jangan sedih-sedih tau, mungkin takde rezeki adik-adik masa ni. Mungkin rezeki adik akan datang nanti. Siapa tau kan? Yang penting jangan patah semangat dan mudah mengalah.

Tahniah pada yang berjaya!
Tahniah pada yang berjaya! Sumber gambar : Mr.Google.

Teringat dulu cikla masa UPSR, keputusan yang cikla dapat takde lah best sangat. Cuma 1A2B1C je pun. Tapi, cikla tak mudah putus asa. Alhamdulillah, masa PMR cikla 7A1B dan SPM cikla dapat pangkat 1. Dan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Cikla bukan nak cerita cikla ni bijak pandai sangat ke apa, tapi the point is apa yang cikla nak share adalah JANGAN CEPAT PUTUS ASA. Usaha, Doa dan tawakkal.

UPSR dah berlalu, dah jangan nak fikir-fikir lagi. Apa yang penting sekarang adalah fikirkan masa depan. Kalau nak berjaya, kena usaha dan jangan lupa DOA. Semoga kita semua dijauhkan dari sikap putus asa dan mudah mengalah. Aamiin.

Oklah, panjang pulak cikla berceloteh.

16 November 2015

Resepi pepahat goreng bercili.

Hari ni cerita pasal si pepahat ni je kan. Korang jangan bosan pulak. Haha. Sebelum ni cikla ada post entri pasal pepahat ni. (Klik SINI untuk baca entri tersebut). Sekarang, cikla nak share pulak resepi ringkas yang cikla masak tengah hari tadi. Jom kita tengok bahan-bahannya dulu.

Resepi pepahat goreng bercili.
Resepi pepahat goreng bercili.

Bahan-bahan:

1/2 kilo pepahat (dibersihkan dan toskan).
1 biji bawang besar (dihiris).
1-2 ulas bawang putih (dihiris).
1/2 inci halia (dihiris).
1 batang serai (diketuk) - optional.
2-3 sudu besar cili giling (ikut kepedasan masing-masing).
Sedikit minyak untuk menumis.
Garam, gula dan perasa.

Caranya pulak:

Panaskan minyak dan tumis bahan dihiris. Bila kekuningan, masukkan cili giling dan serai. Tumis sampai garing. Kemudian, masukkan pepahat dan sedikit air. Jangan masuk banyak air sebab pepahat nanti akan keluar air. Tutup kuali dan biarkan sampai pepahat terbuka. Selepas itu, masukkan garam, gula dan perasa. Kacau rata dan bolehlah diangkat. Inilah hasilnya.

Macam mana, senang kan? Cikla pun baru pertama kali masak dan makan pepahat ni. Rasanya oklah, macam lala. Tapi ada orang cakap macam siput sungai. Cikla tak taulah macam mana rasa siput sungai tu, tu sebab cikla pun tak pernah makan siput sungai. Itu sebab cikla cakap rasanya lebih kurang macam lala. Tapi, isi lala lebih manis. Bapak mertua cikla cakap sedap. Hehe. 

Tapi, anak-anak cikla tak suka pulak. Biasalah budak-budak. Yang pelik-pelik sikit mulalah buat muka pelik. Hehe. Selamat mencuba.