Esok, tempoh berpantang low diet iodine untuk cikla pun bermula dan ia berlangsung selama 2 minggu. Dulu, masa first RAI memang blur jugak sebab tak tau nak makan apa. Iyelah kan, pertama kali. Lepas tu, kurang pendedahan dan ilmu pulak tu. 

Bukan apa, takut terlanggar pantang, dah tak boleh nak proceed RAI. Kena tukar date lain pulak. Lagi satu, takut RAI tak berkesan jugak nanti. Tak kiralah dos tinggi atau rendah, syarat sebelum RAI tetap sama. 

Sebelum tu, cikla nak share dengan korang apa yang perlu dielakkan semasa menjalani tempoh low diet iodine, antaranya:

  • Makanan laut termasuklah ikan, pelbagai seafood, kerang, dan rumpai laut.
  • Garam beriodin dan makanan bergaram tinggi yang mengandungi iodin. Gunalah garam tanpa iodin.
  • Makanan dalam tin/makanan diproses.
  • Makanan diawet, seperti ikan masin, ikan pekasam, belacan, budu, cencaluk dan sebagainya.
  • Kicap dan makanan yang mengandungi pewarna merah seperti sos cili dan tomato. 
  • Roti komersial seperti pizza dan roti bergaram tinggi. 
  • Semua hasil tenusu termasuklah susu, krim masam, keju, yogurt, mentega dan aiskrim.
  • Coklat dan gula-gula. 
  • Sayur bayam. 
  • Kuninv telur. 
  • Produk soya, mee kuning, sayur hijau, madu, kacang, kopi (minum air putih ajelah... Selamat). 
  • Kentang goreng dan makanan yang mengandungi kulit ubi kentang.
  • Vitamin. 
  • Ubat batuk yang mengandungi iodin.

So, lepas ni kita kena buka sikit minda kita sebab apa yang kita tak tau, sebenarnya menu yang kita boleh makan sepanjang tempoh berpantang ni ada pelbagai. 

Cuma dengan syarat, dalam menu tersebut kenalah elakkan bahan yang dilarang pengambilannya seperti yang cikla share kat atas tu. 

Korang nak tau tak apa senarai menu yang korang boleh cuba sepanjang tempoh berpantang makan ni. Jom semak.

Senarai menu khas untuk mereka yang perlu berpantang low diet iodine untuk rawatan RAI (kanser tiroid).
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Berikut adalah senarainya. Cara masak sama je macam korang masak sebelum ni, tapi macam cikla cakap kena elakkan dari 'bahan larangan' lah.

  • Ayam masak lemak kuning dengan rempah ketumbar. 
  • Kari ayam. 
  • Ayam masak merah (tapi jangan letak sos. Guna bahan asas je, cili kering, bawang merah, putih, halia). 
  • Ayam kukus cicah cili api cuka. Kalau korang nak tukar cuka dengan air asam jawa pun sedap jugak. 
  • Ayam panggang/goreng. (Caranya : Buat gula hangus pastu didihkan dengan  air yang ditambah dengan serai, bawang putih dan daun pandan. Lepas tu, masukkan ayam (seekor). Then, rebus ayam sampai warna ayam tu jadi gelap sekata. Kemudian, barulah ayam itu dipanggang atau digoreng. Memang sedap dan lembut berjus je). 
  • Pais ayam. Yang ni macam kita buat pais ikan tu. Cuma ikan ditukar dengan ayam je. 
  • Ayam masak ungkep. 
  • Ayam masak halia. 
  • Asam pedas ayam. 
  • Ayam goreng kunyit. 
  • Ayam masak serai. 
  • Ayam masak dengan asam jawa. 
  • Rendang ayam. 
  • Sup ayam. 
  • Ayam goreng berempah.

Ini adalah sebahagian saja, pun dah banyak dah kan. Kiranya, cukuplah nak tukar-tukar menu sampai nak RAI nanti. 

Pokoknya, malas dengan rajin je. Kalau malas, buat ayam goreng kunyit sudah. Hehe. 

Walaupun kebanyakan menunya berasaskan ayam, tapi sesekali boleh je kalau korang nak tukar dengan daging (pendek kata asalkan bukan ikan dan seafood). Telur pun boleh, tapi putih telur je tau kuning tak boleh.

Apa yang penting, lepas ni korang bolehlah menjalani tempoh berpantang ini dengan hati yang gembira tanpa stress nak fikir apalah nak makan kan. Takdelah asyik biskut roti biskut roti je. Hehe.