[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam.

By Cikla Shahril - December 29, 2017

Sebenarnya ni kisah Isnin lepas, masa cuti Hari Krismas. Kebetulan encik suami pun cuti, dan budak-budak pun asyik bising je cakap cuti sekolah dah nak habis tapi tak ke mana pun. 

So, ke sini ajelah nak ye. Taman Botani Negara pun best jugak apa. Nak bawak jauh-jauh kekangan masa pulak. Maklumlah macam-macam tanggungjawab nak kena fikir.

[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam. Sumber http://tbnsa.gov.my

Actually, adik cikla pernah promote tempat ni. Katanya best kalau bawak budak-budak beriadah. Cakap dengan encik suami lama dah, nak ajak dia datang sini. 

Maka, tetiba pada hari kejadian dia free, so sampailah kami di sana. Cikla pun rasanya baru pertama kali sampai ke sini. Tu yang macam agak excited jugaklah sikit-sikit. *padahal excited giler, cover je tu. Hehe. 

Secara umumnya, Taman Botani Negara ini terletak tengah bandaraya Shah Alam. Ia adalah sebuah pusat rekreasi dan taman negara yang dibuka pada jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang

Tapi, kalau tak silap cikla, dulu taman ni dikenali sebagai Taman Bukit Cahaya. Kalau tak salahlah kan.

Nak masuk kat dalam ni kena bayar. Tapi, takdelah mahal sangat. Bayaran masuk ke taman ini adalah seperti berikut :

  • Dewasa (12 – 54 tahun) : RM 3.00. 
  • Kanak-kanak (6 – 11 tahun) : RM 1.00. 
  • Warga Emas (55 tahun ke atas) : RM 1.00. 
  • Pelawat berumur 6 tahun ke bawah, Anak-Anak Yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU) : Percuma.

Kalau korang nak masuk tempat lain, contohnya rumah iklim sederhana empat musim kena bayar lain. 

Dari apa yang cikla lihat, masa cikla berkunjung ke sini, kebanyakan kawasan di dalamnya nampak macam under construction. Mungkin sedang dalam pengubahsuaian atau penambahbaikan. 

Masa nak naik atas tu, kami sekeluarga naik bas yang disediakan. Jauh ooo nak menapak. Tapi, masa keluar, kami jalan kaki je. Tak terasa pulak jauhnya. Hehe. 

Mungkin sebab ramai yang berjalan kaki secara berjemaah. Tu yang tak rasa jauh pun. Kejap je la pulak sampai kat pintu masuk tu. Lagipun,  perkhidmatan bas ni disediakan sampai pukul 4 petang je. 

Selain dari bas, korang boleh jugak sewa basikal dan motor yang roda empat besar tu. Apa tah nama dia. Masa cikla sampai tu memang ramai yang naik basikal. Basikal yang kayuh dua orang sekali tu pun ada. 

Tapi, kadar sewanya cikla tak pastilah pulak. Nanti korang boleh usha web diaorang ye kalau nak tau lebih lanjut. 

So, malas nak cerita banyak jomlah kita cuci mata tengok gambar yang sempat cikla ambil. Itupun tak berapa banyaklah. Maklumlah, bawak askar empat orang ni. Memang sangat mencabar. Mana yang dan ajelah ye.

Gambar kat bawah tu, adik Zara tengok si rusa. Ada banyak jugalah binatang yang ada di sini selain dari rusa seperti landak, kucing rumah, flamingo, merak, burung kakak tua, kerbau, kuda padi dan kuda. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam. 

Gambar di bawah ni pula antara rumah-rumah yang ada di Kampung Idaman. Gambar yang cikla ambil ni rumah baba nyonya Melaka, rumah Perlis, rumah Negeri Sembilan dan rumah negeri Terengganu. 

Gambar di bawah ni pulak, laluan denai dari rumah empat musim tu. Di hujung denai ni ada jambatan gantung. Gayat jugalah masa nak lalu jambatan tu. Bergoyang-goyang. Huhu. Tak dapat nak masuk rumah empat musim sebab dah penuh. 

Itupun cikla tengok ramai je yang tunggu di luar sebab mereka dipanggil ikut nombor. So, berkampunglah kat luar tu. Dengarnya kat dalam tu musim salji.

[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam. 

Gambar di bawah ni kekonon kawasan sawah padi. Macam bendanglah. Tapi sebenarnya rumput je tu. Haha. Gimik je lebih. Siap boleh pijak kat dalam tu sebab air takde, kering. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam. 

Gambar di bawah yang seterusnya ni, lokasi di kandang kuda. Menurut penjaga kuda kat sini, kuda-kuda ni semua in bad mood. Ada seekor kuda ni, baru mati anak. 

So, memang sangat beremosi. Itu pun ada penjaga kuda yang jagakan sementara kami nak berposing dengan dia. Risau jugak, kot-kot datang angin kus-kus si kuda, tak pasal-pasal kena flying kick. Hahaha.

[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam. 

Inilah kenderaan yang kami naik masa nak masuk ke dalam taman ni. Kawasannya yang berbukit memang pancitlah nak jalan sampai hujung kan. Hehe. Terpaksalah beratur panjang sebab orang memang sangat ramai. Sabar ajelah. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam. 

Budak kecik mucuk yang berangin satu badan. Masa ni tengah mood ok. Datang mood dia tak ok, memang asyik nak berdukung ajelah kerjanya. Ber musle lah ibu lepas ni. 

Mak budak kat bawah tu pun nak posing jugak. Huhu.

[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam. 

Untuk more info mengenai Taman Botani Negara ni dan kalau korang nak tengok lebih banyak gambar, jemputlah berkunjung ke web rasmi mereka di link berikut. Klik je situ...

Selamat berkunjung ke sini ye. Inilah peluang kita meluangkan masa bersama keluarga sekaligus dapat menikmati keindahan dan kehijauan alam semula jadi. Memang hijau di sana sini. Have fun.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Lama dah tak ke sini...dari satu tempat ke satu tempat jauh...kalau berjalan boleh tahan juga...

    ReplyDelete
  2. Yang penting anak2 suka tempat2 macam ni.
    Kalau ada kolam mandi lagi best.

    ReplyDelete
  3. Cantiklah kawasan taman botani ni, lagi lagi yg bahagian rumah rumah tu .. suka la dgn design rumah melayu lama, klasik sgt ....

    ReplyDelete