Masalah kulit muka, apa puncanya?

By Cikla Shahril - July 24, 2017

Rasanya sebelum ni Cikla  ada share pasal ni dekat entri lepas. Kali ni cikla nak share lagi dan tambah beberapa sebab kenapa agaknya sesetengah orang masih lagi berhadapan dengan masalah kulit muka walaupun sudah melakukan rutin penjagaan tanpa miss

Di mana silapnya ye, sebab cikla tahu semua orang akan mencuci muka mereka setiap hari walaupun ada sesetengah melakukannya dengan cara yang paling basic. Betul tak? 

Cikla bercakap bukanlah cikla pakar dalam hal-hal penjagaan wajah ni secara mendalam, tapi mungkin ada sesetengah perkara basic yang kita rasa macam tak penting sebenarnya penting untuk kita ambil kisah. 

Bukan apa, nanti disebabkan rutin kita yang selalu kita buat ni rupanya itulah penyebab kepada 'masalah' yang kita hadapi selama ni. Jom baca selanjutnya.

Masalah kulit muka, apa puncanya?

Menurut info yang cikla baca dari Ruangan Sekilas Cantik, Majalah Wanita ada 10 'kesalahan' yang mungkin kita buat dalam penjagaan wajah kita sehari-hari, iaitu;

  1. Mungkin korang salah memilih produk penjagaan wajah yang betul-betul sesuai dengan muka korang. Ada orang masih belum tau lagi apakah jenis kulit muka dia. Jadi, pemilihan produk yang tepat adalah penting sebab kalau salah pilih ditakuti akan memberi kesan buruk pada wajah. 
  2. Mencuci muka 'lebih kurang' je. Sebenarnya, rutin mencuci muka ni merupakan rutin yang paling penting sebab kalau kita tak mencuci muka dengan betul, ia akan menyebabkan pori-pori muka kita akan tersumbat. Nak cantik kan? So, jangan ambil mudah ye. 
  3. Tak ramai yang tahu sebenarnya, suhu air semasa mencuci muka jugak penting. Kalau korang nak tau, suhu air yang sejuk akan menutup liang roma kulit muka korang, manakala suhu air yang terlalu panas pulak akan membuka liang roma kulit dan ini akan menjadikan kulit wajah lebih kering. Apa yang terbaik, gunakan air yang suam semasa mencuci muka, itu lebih selamat. 
  4. Kekerapan mencuci muka pun boleh mengundang masalah kepada wajah jugak. Kalau korang nak tau, korang sangat digalakkan mencuci muka 1-2 kali je sehari tau. Kalau korang selalu mencuci muka, kesannya penghasilan minyak semulajadi yang baik untuk kulit korang tu akan terganggu. Kalau aktiviti korang pada hari tu tak terlalu terdedah kepada habuk, cahaya matahari, tak pakai solekan yang tebal dan kurang berpeluh tak payahlah nak cuci berlebihan sangat terutama pada waktu malam. Cuci dengan air bersih pun dah ok dah. 
  5. Korang menggunakan macam-macam jenis produk. Orang cakap nak try test gitu. Lepas ni elakkan tau. Kalau boleh elakkan dari menggunakan jenama yang rare atau kurang berkualiti, tapi sebaliknya gunakan produk yang mengandungi bahan semulajadi dan memberi kebaikan pada kulit dalam jangka masa panjang. Takpe kalau kita guna sesuatu produk tu lama kesan baru nampak, daripada produk yang memberikan kesan yang cepat tapi memudaratkan. Betul tak? 
  6. Kalau boleh, elak dari menggunakan produk yang mempunyai bahan kimia sebab kehadiran bahan kimia akan menyebabkan kesan iritasi pada kulit  muka, nak-nak pulak kalau kulit muka korang jenis sensitif. So, langkah selamat sebelum nak beli sesuatu produk tu jangan lupa bahan ingredients nya dulu. 
  7. Selama ini, ramai yang menyangka produk berasaskan minyak ni tak bagus. Bagus sebenarnya tau sebab produk sebegini sangat berkesan menanggalkan kotoran di muka kita. Ratakan aje pada muka korang dan lap sebersih-bersihnya dengan kain yang direndam dalam air suam sebelum dicuci dengan air. 
  8. Ada sesetengahnya suka menggunakan skrub muka setiap hari. Sebenarnya, salah tu. Sebaiknya, korang skrub muka seminggu sekali pun dah ok dah. Skrub muka ni fungsi dia just tanggalkan sel kulit mati je. So, tak perlu apply setiap hari. 
  9. Ada orang tak tau akan kepentingan menggunakan pelembap pada muka mereka. Kalau korang nak tau, kaedah menyapu krim pelembap pada muka yang paling bagus adalah sebaik sahaja korang membersihkan muka. Macam tu jugak teknik penggunaan serum atau produk merawat wajah. 
  10. Selalu mengelap muka secara berlebihan. Apa yang terbaik, lap muka dengan lembut sebab kalau kita mengelap dengan kasar, ia akan menyebabkan kulit kita hilang tahap keelastikannya dan seterusnya menjadi kendur. So, lepas ni jangan gosok muka dengan tuala deh, guna tuala yang khas untuk muka dan pastikan ia lembut.

Sejujurnya, memang ada beberapa 'kesalahan' di atas tu yang cikla buat. Cikla mengaku. Hehe. So, lepas ni Insha Allah, akan ubah rutin tu. Siapa tak nak cantik dengan cara yang senang kan. Betul tak?

Let's cantik. Semoga bermanfaat.

  • Share:

You Might Also Like

13 Comments

  1. ayooo janganla scrub muka tetiap hari ehehe pedihnyaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Nnti kulit muka jadi nipis.. Huhu

      Delete
  2. Assalamualaikum Wrmbth

    Apa khabar cik la. Salam hari isnin

    Memang semua orang nak kulit cantik dan penampilan menarik

    Terutama orang perempuan kan

    Maznee ada buat carian di google

    Selain tips yang cik la berikan

    Amalan di bawah ini juga bagus untuk kulit cantik

    Berhenti memakai alat solek. Atau memakai mekap sekali setiap beberapa minggu. ...
    Ada rutin penjagaan kulit yang baik yang berkesan untuk kulit. Semua orang berbeza. kulit pun tak sama. ...
    Makan dengan seimbang. Makan dengan betul akan membantu anda mendapatkan cahaya semulajadi. ...
    Minum air. ...
    Senaman. ...
    Dapatkan tidur yang mencukupi. ...
    Jangan gunakan banyak haba pada rambut anda. ...
    Amalkan sikap positif.

    Itulah dia

    Orang kata ambil air sembahyang pun naikkan seri muka

    Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Alhamdullillah cikla sihat je. Cikla setuju jugak dgn tips yg mazni share tu. Thanks sharing...

      Delete
  3. Memang wajib apply tips ni..

    ReplyDelete
  4. Byk info yg bagus ni. Tq

    ReplyDelete
  5. wah..bagus info ni. ada yang tak tahu pun..bolehlah amalkan lepas ni

    ReplyDelete
  6. Nice info, saya jenis tak cuci muka.. hehe.... pakai air je... nak kena start cuci balik ni, muka gelap dan tak licin macam remaja dulu....

    ReplyDelete
  7. Saya cuci muka waktu mandi je. Kalau tak mandi saya tak cuci. Itu sebab perempuan tak suka tengok muka saya.

    ReplyDelete