Tip mudah nak nampak cantik tanpa makeup.

Maaf cakap, ada orang nampak cantik bila bermekap. Lebih-lebih lagi mereka yang gemar bermekap tebal. Tapi, bila tanpa mekap wajahnya lain betul. Apa yang menyedihkan kulit wajah nampak lebih kusam, tak berseri dan tak natural. 

So, mereka mengambil 'jalan singkat' sebab nak nampak cantik iaitu dengan mengenakan pelbagai produk solekan, walaupun hakikatnya kulit wajah kita mudah jadi kusam kalau bersolek terlalu kerap dan mudah ditumbuhi jerawat disebabkan penyumbatan liang pori. Nak-nak pulak, jika solekan itu tak dibersihkan dengan sempurna.

Korang jangan salah faham pulak ye. Bukan kita tak boleh bersolek langsung, tapi cukuplah sekadar solekan yang nipis dan tak keterlaluan. 

Sebenarnya, apa yang paling baik adalah jadi cantik secara semulajadi tanpa sebarang produk untuk memastikan kulit muka kita bebas cela dan berseri-seri. 

Apa yang kita tak tau, pemakaian produk penjagaan wajah hanya untuk luaran je, tapi kecantikan sebenar adalah bermula dari dalam. Kiranya nanti double cantiklah korang. Cantik luar, cantik dalam. Ini menjadikan kecantikan semulajadi korang automatik akan terpancar. 

Tip mudah nak nampak cantik tanpa makeup.
Tip mudah nak nampak cantik tanpa makeup. Kredit Google.

Nak tau tip mudah cantik secara semulajadi tanpa bersolek tebal? Berikut merupakan 5 tip mudah yang boleh kita praktikkan untuk kelihatan cantik tanpa solekan tebal, iaitu:

  1. Minumlah secawan lemon panas/suam setiap pagi. Ini kerana, ia sangat kaya dengan antioksidan dan ini dapat membantu menentang radikal bebas yang ada dalam badan kita. Keadaan ini secara tak langsung akan menjadikan kulit muka korang kekal sihat, fresh dan berseri-seri secara semulajadi. Alhamdulillah, cikla pun sedang mengamalkan ini. Lagipun, ada orang cakap, secawan lemon suam untuk sumber antioksidan, manakala secawan lemon sejuk adalah sumber Vitamin C yang baik. So, jom kita amalkan bersama. 
  2. Ada orang suka sentuh muka dia. Lebih-lebih lagi kalau jerawat tu tumbuh seketul kat pipi tu, mulalah tangan tu. Nak picitlah, koreklah, macam-macam. Tapi itulah, kadang-kadang benda ni spontan kan. Sambil-sambil tengok tv, rehat-rehat, even baring-baring tu, tangan tu 'berjalan' juga kam. Hehe. So, lepas ni sebolehnya kita kena hentikannya sebab perbuatan ini bukan saja menyebabkan bakteria tersebar, malah 'memburukkan' lagi keadaan. Tak pasal-pasal muka tu dah berparut. 
  3. Gunakan toner atau penyegar wajah yang bebas alkohol selepas korang mencuci muka korang. Ini akan memberikan kesan yang baik pada tona kulit, sekaligus membuang lapisan sisa solekan pada waktu pagi. 
  4. Untuk pengetahuan korang korang, penggunaan skrub adalah penting juga. So, skrublah muka korang 2 kali seminggu. Bukan apa, setakat cuci muka tak cukup untuk menyingkirkan sel kulit mati dengan baik. Just gosokkan skrub dengan lembut ke wajah selama lebih kurang seminit, lepas tu bilas atau cuci dengan air sejuk sebelum dilap kering. Lepas tu, barulah korang nak apply produk penjagaan kulit korang yang lain. 
  5. Jika korang melakukan aktiviti luar dan banyak terdedah kepada cahaya matahari, gunakan tinted mointuriser dengan spf berbanding dengan bedak asas. Ia akan membantu mengimbangi warna kulit dan melembapkan kulit muka korang, sekaligus melindungi muka kita dari sinar matahari yang memudaratkan. 

Dengan 5 langkah mudah ni korang dah nampak cantik dah. Senang je kan. Selamat mencantikkan diri ye.

Kredit Tip Cantik, WOW sinarharian. 

3 comments:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews