Kisah yang perlu dijadikan amalan.

Cikla nak ajak korang baca satu kisah ni. Memang sangat bermanfaat dan sepatutnya dijadikan amalan kita. Semoga kita beroleh keberkatan daripadanya. Insha Allah, Amin. 

Kisah yang perlu dijadikan amalan.
Kisah yang perlu dijadikan amalan. Sumber Google.

 Kisahnya begini:

Suatu hari Rasullullah SAW pernah bersabda kepada Ali R.A, 

"Wahai Ali, lakukanlah 5 perkara ini sebelum kamu tidur. Berikan sedekah 4000 Dinar, kemudian tidurlah. Khatamkan Al Quran, lalu tidurlah. Belilah Syurga, lalu tidurlah. Perbaikkilah hubungan dua orang  yang tengah berselisih, kemudian kamu tidurlah. Tunaikanlah satu kali haji, lalu tidurlah."

Ali R.A. pun menjawab, 

"Ya Rasulullah, mana mungkin aku boleh melakukan semuanya itu? Lalu Nabi SAW  pun menjawab: 4 kali membaca Al Fatihah adalah sama nilai dengan sedekah 4,000 Dinar. 3 kali membaca surah Al Ikhlas adalah sama nilainya dengan menamatkan bacaan satu Al-Quran. 3 kali membaca selawat adalah sama nilai dengan harga syurga. 10 kali bacaan Istighfar adalah sama nilainya dengan menyambung silaturrahim dua orang yang berselisih. 4 kali membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Laa ilaaha ilallah, Allahu Akbar adalah sama dengan menunaikan satu kali haji."

Lalu Ali R.A pun berkata, "Ya Rasulullah SAW.  Kini aku akan menjalankan semua nasihatmu itu sebelum aku masuk tidur." 

So, kawan-kawan, kita hanya memerlukan masa kurang dari 5 minit untuk melaksanakannya. Namun, lihatlah semua kebaikan amalan yang kita akan perolehi.

  • Surah Al- Fatihah untuk melindungi kita dari kemurkaan Allah. 
  • Surah Yaasin untuk melindungi kita dari kehausan pada hari pengadilan. 
  • Surah Waaqi'ah untuk melindungi kita dari kefakiran dan kelaparan.
  • Surah Al-Mulk untuk melindungi kita dari azab kubur. 
  • Surat Al-Kautsar untuk melindungi kita dari kejahatan musuh.
  • Surat Al-Kaafiruun untuk melindungi kita  dari kekafiran pada saat ajal menjemput kita. 
  • Surat Al-Ikhlaas untuk melindungi kita dari kemunafikan. 
  • Surat Al-Falaq untuk melindungi kita dari merbahaya.
  • Surat An-Naas untuk melindungi kita dari fikiran jahat.

Sumber WhatsApp group. 

2 comments:

  1. In syaa Allah.
    Sama2lah kita mengamalkannya.

    ReplyDelete
  2. good sharing cikla.. kdg2 cikyan pon lupa nk baca surah dan doa tido.. hasilnya, mimpi hantu trus.. hahaaha...

    bagus ni, boleh amalkan..inshaallah..

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews