Boleh ke pesakit tiroid skip ubat? Ada risiko tak?

By Cikla Shahril - June 16, 2017

Bila dah jadi salah seorang 'pesakit' ni, nak tak nak mesti kena makan ubat jugak. Macam cikla, since my tiroid ni dah terpisah dari diri ni, memang cikla amik pil levothyroxine sebagai pengganti sumber hormon yang telah dihasilkan oleh si kelenjar tiroid itu. Tapi, itulah.

Bagi cikla, ok je kot. Pilnya bukannya besar mana. Panadol lagi besar kot. Kecik cinonet je. Sekali telan memang tak terasa pun lalu kat tekak ni. So, takde masalah pun nak amik pil ni. Lagipun, makannya pun sekali sehari je. 

Tapi, cikla percaya ada jugak yang sengaja skip ubat tak kiralah beliau itu hipertiroid atau hipotiroid. Orang cakap, kalau skip ubat ni boleh mengundang risiko yang memudaratkan. Tapi, itulah kan. Mungkin mereka yang skip ubat ni tak pernah merasa akibatnya, memang tak takutlah.
  Boleh ke pesakit tiroid skip ubat? Ada risiko tak?

Boleh ke pesakit tiroid skip ubat? Ada risiko tak?
Boleh ke pesakit tiroid skip ubat? Ada risiko tak? Sumber Google. 

Sebenarnya, pesakit tiroid yang mengidap samada hipotiroid atau hipertiroid boleh mendapat risiko yang bahaya kalau mereka skip ubat tanpa nasihat doktor. Nak tau apa simptom-simptomnya? Jom baca selanjutnya.

Kalau korang mengalami hipotiroid (macam cikla lah ni), sama ada disebabkan oleh Hashimoto, pembedahan tiroid atau hipotiroidisme kongenital, kalau korang gagal untuk mengambil  ubat tiroid  iaitu, levotiroksina, thyroxine atau lain-lain ubat penggantian hormon tiroid, keadaan ini boleh menimbulkan risiko kepada kesihatan korang.

Risiko-risiko yang mungkin wujud adalah seperti berikut : 

  1. Keadaan tekanan darah menjadi tak menentu. 
  2. Mempunyai suhu badan yang rendah dan sentiasa berasa sejuk. 
  3. Mengalami keletihan, kemurungan dan masalah memori (mudah lupa). 
  4. Mempunyai kolesterol tinggi (rawatan tahap kolesterol tinggi).
  5. Berat badan bertambah. 
  6. Mengalami ketaksuburan dan keguguran. 
  7. Kematian pada kelahiran dan kelahiran pramatang.  
  8. Keadaan haid yang tak menentu. 
  9. Kehilangan atau penurunan nafsu seks.
  10. Kelemahan otot, sakit sendi atau otot. 
  11. Sembelit.  
  12. Rambut gugur. 
  13. Tongan, kaki dan muka mengalami pembengkakan. 
  14. 3Pertumbuhan nodul tairod sekaligus meningkatkan saiz goiter. 
  15. Peningkatan risiko penyakit jantung dan risiko jangkitan. 
  16. Koma dan kematian. 

Kalau korang mengidap hipertiroid tak kiralah samada disebabkan oleh penyakit Graves, nodul toksik dan sebab-sebab lain, kalau korang gagal mengambil ubat antitiroid seperti methimazole atau propylthiouracil / PTU, juga boleh menimbulkan beberapa risiko kepada kesihatan korang, iaitu :

  1. Menurunkan berat badan atau menaikkan berat badan. 
  2. Selera makan meningkat. 
  3. Mengalami letakutan, kerisauan dan serangan panik (panic attacks). 
  4. Sikap tidak bertoleransi panas, berpeluh dan keletihan. 
  5. Cirit-birit. 
  6. Haid tidak menentu. 
  7. Mengalami goiter atau pembesaran kelenjar tiroid. 
  8. Kelemahan otot.  
  9. Mengalami insomnia.
  10. Keadaan nadi yang laju, tekanan darah tinggi dan jantung berdebar-debar. 
  11. Loya dan muntah-muntah. 
  12. Kegatalan. 
  13. Gegaran atau menggigil. 
  14. Rambut gugur dan mata terjojol. 
  15. Strok, serangan jantung, thyroid storm dan kematian. 

Uishh, bahaya kan kesannya. Kepada pesakit tiroid, jangan pandang ringan pada hal sebegini. Ada orang suka-suka je berhenti makan ubat, lebih-lebih lagi kalau tengok bacaan darah dah ok dan diri rasa sihat dah. Nasihat cikla, BERHENTI UBAT ATAS ARAHAN DOKTOR SAJA.

Sumber GROUP FACEBOOK TAIROD DAN ANDA. 

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. Wkmsalam.
    Apa2 pun kena ikut arahan dan nasihat doktor.

    ReplyDelete
  2. apa-apa pun kena ikut arahan doktor.. dan boleh add on supplement shaklee untuk masalah tiroid :)

    http://www.syahirahvaliant.com/2017/06/pencarian-sponsor-giveaway-nurul-friends.html

    ReplyDelete
  3. banyak juga kesannya...sebaiknya ambil ubat ikut jadual ya

    ReplyDelete