Pelik, tapi itulah hakikatnya.

Jom kita baca perkongsian yang cikla nak share ni. Semoga bermanfaat.

Pelik, tapi itulah hakikatnya.
Pelik, tapi itulah hakikatnya. Sumber Google. 

PELIK KAN? 

Kita boleh bangun seawal pukul 4.30 atau 5 pagi untuk makan sahur sepuas-puasnya, kemudian kita tidur semula. MasyaAllah, kita tak mampu untuk solat Subuh pun.

PELIK KAN? 

Gagahnya kita berpuasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari, tapi solat 5 waktu sehari semalam, kadang2 ada kita buat. Kadangkala kita tinggal.

PELIKKAN? 

Kita mampu solat terawih di masjid sehingga 20 rakaat, tapi tak mampu solat fardu di masjid walaupun satu waktu.

PELIKKAN? 

Kita mampu mengejutkan anak bangun sahur sepanjang Ramadan sebab bimbang anak lapar dan dahaga sepanjang hari. Tapi, kita tak mampu nak mengejutkan anak solat subuh walaupun solatlah yang akan menjaganya semasa hidup dan mati.

PELIKKAN? 

Kita boleh bangun seawal 4 pagi untuk masak macam-macam untuk suami dan anak-anak. Tapi, solat tahajud 2 rakaat pun kita tak sempat nak buat. Allahu.

PELIKKAN? 

Kita tak curi Minum walau setitik air pun semasa berpuasa sebab kita tahu kononnya Allah memerhati. Tapi, kita tegar mengambil rasa dan bermaksiat. Di manakah Allah ketika itu? Itulah puasa kita, hanya puasa adat bukan puasa ibadah.

Wallahua'lam.

Sumber Inspirasi dari perkongsian Ustaz Pahrol Mohd Joi.

1 comment:

  1. pelik tapi benar.. sedih sebenarnya.. sama2 kita beringat..

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews