Sejujurnya, sebelum ni cikla ingat penyakit tiroid ni kena dekat orang dewasa je. Rupanya, baby pun boleh kena jugak. Mungkin ada yang dah tau, baru tau dan tak tau langsung pasal benda ni kan.
Apa kata korang baca apa yang cikla nak share ni. Sekurang-kurangnya, info ni boleh menambahkan ilmu di dada, kot-kot kita 'terpaksa' menghadapinya pada masa akan datang.
Penyakit Hipotiroidisme Kongenita (Congenital Hypothyroidism) adalah penyakit yang melibatkan kelenjar tiroid bagi baby newborn. Penyakit ini akan menyebabkan hormon thyroxine kurang dihasilkan.
Sebenarnya, hormon thyroxine merupakan hormon yang sangat penting untuk tumbesaran serta perkembangan otak baby.
Rasanya semua orang tau yang kelenjar tiroid adalah kelenjar berbentuk rerama yang terletak di bahagian hadapan leher.
Rasanya semua orang tau yang kelenjar tiroid adalah kelenjar berbentuk rerama yang terletak di bahagian hadapan leher.
Kalau kelenjar ini kurang menghasilkan hormon thyroxine, keadaan ini akan menyebabkan penyakit hipotiroidisme berlaku. Bila penyakit ini dikesan pada baby newborn, ia dipanggil sebagai Hipotiroidisme Kongenita.
Kalau korang nak tau, dikatakan setiap tahun seramai 180 orang baby didapati menghidap penyakit ini daripada setiap 550,000 kelahiran di Malaysia.
Kalau korang nak tau, dikatakan setiap tahun seramai 180 orang baby didapati menghidap penyakit ini daripada setiap 550,000 kelahiran di Malaysia.
Pengesanan penyakit Hipotiroidisme Kongenita pada baby newborn adalah sangat penting sebab jika baby newborn dikesan menghidap penyakit ini ia boleh menjadi salah satu sebab baby tersebut akan terencat akal dan mempunyai masalah dalam pembelajaran. Nauzubillah.
Tapi, kalau ia dapat dikesan di peringkat awal, insha Allah ia boleh dirawat seawal mungkin selepas kelahiran.
Seingat cikla, masa budak berempat tu dilahirkan start dari kakak Batriysia sampailah ke baby Zara memang nurse ada ambil darah dari tali pusat untuk check hormon tiroid baby ok ke tak.
Kalau baby dirawat pada peringkat awal, mereka boleh mempunyai tumbesaran serta perkembangan otak yang baik seperti baby normal.
Mereka akan dirawat dengan kaedah rawatan hormon thyroxine. Rawatan yang diberi sebaik-baiknya adalah bermula sebelum baby berumur 2 minggu tapi perlu diambil sepanjang hayat.
Untuk pengetahuan korang, kelenjar tiroid mula terbentuk pada waktu awal ibu itu mengandung. So, penyakit ini boleh terjadi, jika;
- Kelenjar tiroid tak terbentuk.
- Baby mempunyai sebahagian kelenjar tiroid je.
- Kelenjar tiroid tak berfungsi.
- Kelenjar tiroid berada di luar daripada kedudukannya biasa.
- Selain itu, penyakit ini boleh disebabkan oleh masalah genetik.
Biasanya, pada masa kelahiran baby tak akan menunjukkan sebarang tanda penyakit ni. Walaupun pada awalnya tanda yang ditunjukkan adalah tak begitu ketara, tapi kita tak boleh pandang ringan dan ambil mudah. Antara tanda itu adalah;
- Baby mengalami penyakit kuning yang berpanjangan (prolonged jaundice) iaitu penyakit kuning lebih 2 minggu selepas kelahiran bagi baby yang matang dan lebih 3 minggu bagi baby pra-matang. So, doktor akan menjalankan ujian darah dan kencing pada baby, yang mana ia turut melibatkan ujian fungsi tiroid.
- Baby mengalami masalah sembelit.
- Baby selalu tidur, jarang menangis dan tak aktif.
- Baby mengalami masalah penyusuan.
Kalau baby tidak menerima rawatan, biasanya tanda akan muncul semasa baby berumur 3 - 6 bulan, iaitu;
- Raut muka yang kasar (coarse face).
- Tangisan yang garau (hoarse cry).
- Kulit yang kering dan kasar.
- Baby mengalami perut buncit.
- Baby mengalami tumbesaran yang terbantut.
- Baby bertindak balas lambat dan tak aktif.
Sebaik aje baby dilahirkan, sampel darah daripada tali pusat akan diambil untuk ujian sarankan 'cord TSH' atau Thyroid Stimulating Hormone.
Kalau result menunjukkan baby mungkin menghidap penyakit Hipotiroidisme Kongenita, baby akan menjalani ujian darah tambahan untuk pengesahan yang lebih terperinci.
Selain itu, doktor mungkin akan mencadangkan baby korang untuk melakukan 'scan' leher bagi mengesan kelenjar tiroid dan kedudukannya.
Sesetengah bayi yang menghidap penyakit Hipotiroidisme Kongenita boleh mengalami masalah pendengaran. So, mungkin doktor akan mencadangkan ujian pendengaran untuk baby korang.
Kalau baby menghidap penyakit Hipotiroidisme Kongenita ni, rawatan yang diberikan terdiri daripada ubat biji L-thyroxine sekali sehari dengan dos yang telah ditetapkan oleh doktor.
Sebelum nak bagi baby makan ubat tu, ia perlu dihancurkan dan dicampur sama ada dalam susu ibu, susu formula atau air.
Tapi, apa yang perlu dielakkan adalah dengan mencampurkan ubat dalam susu soya sebab ia boleh mengganggu ubat ini diserap dengan baik.
Kanak-kanak yang menghidap penyakit Hipotiroidisme Kongenita perlu menjalani rawatan susulan dan ujian darah yang agak kerap pada beberapa tahun yang pertama.
Rawatan ini penting sebab nak pastikan yang paras hormon thyroxine pada baby adalah mencukupi supaya tumbesaran baby dapat berlaku secara normal dan baik. Rawatan ini jugak biasanya adalah untuk sepanjang hayat.
Hanya sesetengah kanak-kanak yang disyaki menghidap penyakit sementara (transient) iaitu fungsi kelenjar tiroid boleh kembali normal.
Ia akan dinilai semula bila kanak-kanak tersebut berumur 3 tahun, iaitu bila perkembangan otak kanak-kanak bergantung pada hormon tiroid sudah matang.
Semasa penilaian ni dilakukan, pemberian ubat akan dihentikan selama 4 minggu. Selepas itu, ujian darah akan dilakukan dan scan kelenjar tiroid.
Semasa penilaian ni dilakukan, pemberian ubat akan dihentikan selama 4 minggu. Selepas itu, ujian darah akan dilakukan dan scan kelenjar tiroid.
Kalau kanak-kanak itu disahkan tetap menghidap penyakit ni, kanak-kanak terbabit perlu mengambil ubat L-thyroxine untuk sampai bila-bila.
Sumber SINI.
Tk.
ReplyDeleteMaklumat yang bermanfaat.