Advertisement

Pelihara 7 perkara ini kalau ingin bahagia.

PELIHARA 7 PERKARA INI KALAU INGIN BAHAGIA. Sebenarnya, untuk mengecapi bahagia tak susah pun. Apa yang penting, kita berusaha untuk bahagia. Bagi cikla, nak dapatkan apa yang baik itu kadang-kadang memang memerlukan pengorbanan dan usaha. 

Cikla percaya semua orang bukan saja nak kecapi nikmat bahagia kat dunia je, malah kebahagiaan di akhirat pun sama juga. Orang cakap, balance. Betul tak? So, untuk dapatkan semua ni jom kita pelihara dan jaga 7 perkara ni. Nak tau? Jom baca seterusnya.

Pelihara 7 perkara ini kalau ingin bahagia.

Pelihara 7 perkara ini kalau ingin bahagia.
Pelihara 7 perkara ini kalau ingin bahagia. Sumber Google.

Jangan membenci orang walaupun dia ada buat salah pada kita. Memang betul, kita macam susah nak terima dan maafkan lebih-lebih lagi kalau kita dibohongi. Tapi, bagi cikla itu lumrah. Menipu, ditipu, dan tertipu itu rasanya hal biasa kot. Mesti korang cakap kan...

"Ala, tak kena batang hidung ko memanglah cakap macam tu..."

Iye, betul tu. Tapi, apa kata kita ubah sikit diri kita. Belajar memaafkan, sebab dengan memaafkan dan meminta maaf tu menjadikan hati kita lebih tenang. Sedangkan Nabi ampunkan umatnya, inikan kita manusia pendosa. Tak perlu nak sombong sangat.

Jangan berkeluh kesah dan bergundah gulana sebaliknya banyakkan berdoa kepada Allah. Ujian dan dugaan adalah tanda Allah sayang. Kita sepatutnya bersyukur sebab kita terpilih untuk diuji.

Walaupun kadang-kadang kita rasa macam tak tertanggung, tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Bersangka baik, bersangka baik, bersangka baik. Berdoalah semoga Allah memudahkan semuanya. Amin.

Hiduplah secara sederhana walaupun kita seorang yang berharta dan mempunyai pangkat. Macam susah je kan nak jumpa orang yang 'kaya' tapi hidupnya serba sederhana. Bukan takde, tapi jarang kot.

Apa yang biasa kita nampak, asal kaya je rumah melaut macam istana. Asal kaya je, kereta besar menjalar berderet-deret kat depan rumah. Em... semoga lepas ni kita ni kita lebih istiqamah. Amin.

Sentiasa positif lebih-lebih lagi bila ditimpa musibah. Macam yang cikla cerita sebelum ni, kita sentiasa bersangka baik. 

Walaupun mungkin kadang-kadang kita rasa tak mampu nak hadapinya, tapi percayalah semuanya pasti ada hikmah yang terselit. Banyakkan berdoa supaya Allah mempermudahkan semuanya.

Banyakkan memberi dan bersedekah walaupun kita rasa terhalang daripada menerima pemberian orang. Makna di sini, bersedekahlah pada orang walaupun orang tak bersedekah pada kita.

Cikla selalu dengar orang cakap, "Rezeki kita pada orang, rezeki orang pada kita..." Betullah tu. Pendek kata, jangan berkira dalam memberi lebih-lebih lagi kepada orang yang memerlukan. Sesungguhnya, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. 

Sentiasa tersenyum walaupun hati kita sendiri sedang dalam kesedihan. Betullah orang cakap dengan senyuman boleh menyembunyikan rasa gundah di hati. Lagipun, senyuman itu pemanis wajah. Senyum... tak perlu kata apa-apa. 

Jangan jemu berdoa untuk kebaikan orang lain lebih-lebih lagi tanpa pengetahuan mereka. Kalau kita selalu berdoa untuk orang lain, tak mustahil orang lain akan turut mendoakan kita. 
Jom semua, apa kata kita amalkan perlahan-lahan. Tak payah nak buat drastik sangat. Kita ubah sikit-sikit. Insha Allah, kita akan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. 

Jom berubah menjadi yang lebih baik. 


Post a Comment

4 Comments

  1. Setuju dengan 7 perkara tu... sekurang-kurang kita telah cuba untuk berbuat baik dengan orang lain kan...

    ReplyDelete
  2. Panduan yg sgt baik cikla. Bkn sng tak nk benci dan selalu memaafkn tp kalau sekali kita buat InsyaAllah tenang hati. Hidup jd bahagia. Kena sentiasa bersyukur juga. Kunci utama tu.

    ReplyDelete
  3. Betul tu.. Jangan berhenti berdoa..

    ReplyDelete