Apa yang boleh dan tak boleh dilakukan semasa membeli kasut?

By Cikla Shahril - June 01, 2017

Ada orang cakap nak beli kasut ni senang je. Ye ke senang?   Bagi cikla, nak beli tu memanglah senang tapi nak memilih tu? Kadang-kadang sampai berjam-jam duduk dalam kedai sebab tak dapat lagi kasut apa yang berkenan dihati. Sebenarnya, kalau korang nak tau, nak beli dan pilih kasut tu ada caranya. Pendek kata, bukan main beli je.

Bagi cikla, pemilihan kasut yang sesuai dengan kaki kita memanglah tersangat penting sebab ia melibatkan penampilan kita, dan yang paling penting adalah selesa. Jangan nak fikir kasut tu cantik je, kita main sumbat je kaki kita asalkan boleh muat. Nanti tak pasal-pasal kaki tu pulak yang 'bermasalah'. Ada beberapa perkara yang korang kena amik tau semasa nak beli kasut. Jom kita baca dulu apakah tips yang perlu korang amik kira supaya kasut yang korang beli nanti selesa di kaki korang tu.

Apa yang boleh dan tak boleh dilakukan semasa membeli kasut?
Apa yang boleh dan tak boleh dilakukan semasa membeli kasut? Sumber Google. 

Sebenarnya, adalah amat penting untuk kita tahu yang kaki kita ni boleh berada pada saiz yang betul mengikut waktunya. Kalau korang nak tau, kaki kita akan betul-betul mengembang pada saiz yang sebenarnya adalah waktu petang. Waktu yang paling baik untuk korang membeli kasut adalah pada waktu petang sebab kita akan dapat memilih saiz kasut yang tepat dengan kaki kita.

Selain itu, masa korang mencuba kasut yang korang nak beli tu, korang kena try pakai dua-dua belah sekali. Jangan try sebelah-sebelah. Ini kerana, ada orang yang mempunyai saiz kedua-dua belah kaki yang tak sama besar. Masa try tu jugak, korang berjalan-jalanlah kejap di sekitar kedai. Jangan bawak lari keluar kedai pulak tau. Hehe. Ini penting, sebab kita boleh rasa kasut tu sesuai dengan kita tak pada kaki kita masa kira bergerak. 

Pada yang suka membeli kasut jenis tertutup yang mana ia memerlukan kita memakai stoking macam sport shoes tu, masa korang nak beli pastikan korang try kasut tu dengan stoking sekali. Ia penting sebab kita akan membeli kasut yang betul-betul match. Nanti kalau kita beli kasut tu tak pakai stoking sekali, nanti bila nak pakai kita berstoking, confirm kasut akan jadi ketat.

Apa yang boleh dan tak boleh dilakukan semasa membeli kasut?
Apa yang boleh dan tak boleh dilakukan semasa membeli kasut? Sumber Google. 

Ada beberapa perkara jugak yang korang kena elakkan masa nak beli kasut, iaitu jangan beli kasut terlalu rushing, nak cepat, takde masa dan sebagainya. Orang cakap, nak beli kasut ni kena dalam keadaan 'tenang' dan cool gitu, sebab nak beli kasut ni kena teliti. Tak boleh nak beli 'tangkap muat' je. Selain itu, elak beli kasut mengikut bentuk kaki kita, sebab setiap kasut ada potongannya yang tersendiri.

Masa nak try kasut, jangan try semasa duduk je. Korang try tu, jalan-jalanlah disekitar kedai. Di samping itu, elakkan membeli kasut pada waktu pagi sebab ada yang mengatakan pada masa ni saiz kaki kita belum berada pads saiz yang sebenarnya dan maksimum. Korang jugak kena elakkan membeli kasut yang agak ketat. Jangan pulak korang harap yang kasut ketat tu boleh 'kembang' ikut kaki korang.  Memang taklah. Nanti, kasut tak kembang kaki korang pulak yang dapat bahananya. Melecet, lagi payah nak jalan.

Selamat memilih kasut. Semoga bermanfaat.

Sumber Ruangan Ketrampilan.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. tapenah jalan2 bila beli kasut ..hehe..lepas ni nak jalan2 1 mall then baru balik kedai tu balik ..kalau sedap pakai baru beli..hehe...boleh gitu? :)


    #justkidding

    ReplyDelete