26 June 2017

3 tips makan secara sihat di hari raya.

Hari ni baru raya kedua. Mesti semangat nak beraya dan pergi menziarahi sanak saudara dan sahabat handai masih lagi merah membara. Betul tak? Bila kita berkunjung ke rumah mereka, sudah tentu kita dijamu dengan macam-macam jenis makanan kan. Itu belum lagi dengan biskut raya dan kuih muih. Sampai tak termakan. 

Lagipun, setahun sekali kot. Nak-nak pulak ada kuih tu yang kita tak boleh jumpa masa hari raya je. Hari tak raya memang tak kan jumpa punyalah. Rugilah kalau tak makan kan.

3 tips makan secara sihat di hari raya.
3 tips makan secara sihat di hari raya. Sumber Google. 

Sebenarnya, boleh je kalau korang nak bedal semula. Tapi, biarlah kena dengan caranya. Maksudnya, biarlah berpada-pada. Jangan makan tak ingat dunia pulak. 

Ada beberapa tips yang korang boleh praktikkan untuk makan secara sihat pada hari raya ini. Nak tau? Jom baca apa yang cikla nak share ni.

Pertama : KURANGKAN LEMAK.

  1. Tips ni korang boleh praktikkan sebelum raya lagi. Kalau korang plan nak buat sendiri biskut raya, sebaiknya kurangkan gula, lemak dan minyak. Contohnya, kalau kat dalam  resipi kata guna 2 cawan gula, korang kurangkan jadi satu cawan je. Kalau kat resepi cakap guna menggunakan mentega, korang tukarkan dengan marjerin (cari marjerin yang sesuai untuk dibakar). Kalau korang nak tau, ada 2 jenis marjerin, iaitu untuk sapuan dan untuk masakan/bakar. Penggunaan minyak pun sama, kurangkan jugak. Lepas tu, guna tepung berserat tinggi untuk tambah serat.
  2. Kalau korang beli daging atau ayam, seeloknya buang semua lemak dan kulit sebelum dimasak. Jangan potong besar sangat.
  3. Selain itu, makanan yang dirancang untuk korang hidang jugak perlu dipastikan hanya 1 menu je yang guna santan atau nak lagi sihat korang ganti je dengan susu rendah lemak.

Kedua : MINUM AIR SUAM.

  1. Kalau korang berkunjung ke rumah saudara-mara, korang boleh makan pelbagai jenis biskut yang dihidangkan. Tapi, setiap jenis biskut tu pastikan sekeping je korang makan. 
  2. Untuk makanan berat pulak, amik semangkuk/sepinggan makanan seperti lontong tapi kuahnya jangan amik banyak sangat sebab kandungan santannya.
  3. Minum air suam. Sebaiknya, tuan rumah digalakkan letak air suam/mineral water  di atas meja.
  4. Sebenarnya, tuan rumah boleh hidangkan buah-buahan untuk tetamu. Mungkin ramai yang confius, dan ingat buah jugak manis. Kalau korang nak tau, buah tergolong dalam gula ringkas yang boleh tenaga segera.
  5. Tapi, korang jugak kena berhati-hati makan buah-buahan ini sebab ada banyak buah-buahan bermusim seperti durian dan rambutan. Kalau korang nak makan rambutan, ambik 4 biji je,  manakala durian kampung korang ambik 3 ulas je. Kalau durian jenis king, seulas pun dah ok sebab isinya tebal.
  6. Kebanyakan orang yang mengganggu kalau makan banyak makanan manis mesti kena minum air kosong yang banyak. Tapi, kalau korang nak tau, walaupun korang dah minum beberapa botol air kosong, kandungan gula yang korang dah ambik tetap ada di dalam badan korang.
  7. So, cara  nak menyahkan gula adalah dengan cara bersenam dan sebaiknya pilih senaman yang sesuai dengan keadaan korang. Contohnya, berbasikal, main badminton dan berenang.

Ketiga : SAIZ HIDANGAN YANG KECIL.

  1. Tuan rumah seeloknya menyediakan saiz hidangan yang kecil seperti ayam dan daging dipotong kecil serta mangkuk hidangan yang kecil. So, korang boleh ambik 2 potong je lemang. 
  2. Kalau korang bawak anak-anak, jangan ambik makanan sampai penuh 1 pinggan, alasannya pulak sebab nak suap hendak menyuap anak-anak kononnya. Budak-budak... biasalah, makan pun sikit je. Lepas tu, lebih maknya yang makan. Kalau tak makan membazir pulak. Membazir kan amalan syaitan. Huhu. 
  3. Korang makan banyak  sayur-sayuran seperti yang terdapat dalam hidangan lodeh dan pecal.
  4. Ada jugak orang bila nak menghadiri jemputan rumah terbuka, tak nak makan di rumah sebab 'berniat' nak makan banyak kat sana. Sebenarnya, lagi elok kalau korang makan sesuatu di rumah sebelum pergi. Sekurang-kurangnya, masa kat sana korang boleh hadkan apa yang korang nak makan sebab perut  masih lagi kenyang.

Apa yang penting, makanlah secara sederhana dan sebaiknya amalkan panduan kesihatan yang selalu disarankan, iaitu suku, separuh - suku untuk bijirin, nasi, mi, kuetiau, suku lagi protein seperti ikan, ayam dan daging manakala separuh ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.

Sumber SINI.

5 comments:

  1. Masalahnya kebanyakan juadah raya kita tinggi lemak, tinggi kalesterol dan tinggi gulanya.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih share tips..time raya memg kena control makan

    ReplyDelete
  3. time raya, sy sumbat ja semua masuk perut 😂

    ReplyDelete