Rumusan Fisiologi Puasa dan kelebihan berpuasa.

Alhamdullillah, hari ni dah 9 Ramadan dah. Syukurlah, tapi terasa cepatnya masa berjalan kan. Semoga kita sentiasa diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan puasa kita. 

Umumnya, puasa bermaksud menahan diri dari makan dan minum dan  perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar ke maghrib.

Sebenarnya, kalau korang nak tau puasa belum lagi bermula dari sudut kimianya, sehingga sumber karbohidrat di dalam badan kita akan digunakan menjadi tenaga. 

Puasa akan berterusan sampai semua karbohidrat serta lemak dalam badan kita digunakan sebagai tenaga. 

Bila badan kita telah kehabisan karbohidrat dan lemak, protein pulak akan digunakan menjadi tenaga.

Akan tetapi, keadaan ini sudah tak dipanggil sebagai puasa tapi kebuluran. 

So, sebab itulah seorang manusia yang sihat boleh bertahan hidup tanpa makanan selama hampir 40 hari, tapi dengan syarat dia mesti mendapat sumber air yang berterusan, serta tak terdedah kepada toksik dan penyakit berjangkit.

Rumusan Fisiologi Puasa dan kelebihan berpuasa.
Rumusan Fisiologi Puasa dan kelebihan berpuasa. Sumber Pinterest. 

Fasa 1 - Hari 1 - 2 ;
Gula dalam badan menurun. Jantung berdegup perlahan. Glikogen ditarik keluar dari otot dan menjadikan otot berasa lemah. 

Tindak balas badan ialah pening, rasa nak muntah, lapar dan mulut berbau.

Fasa 2 - Hari 3 - 7 ;
Lemak mula dipecahkan bagi tujuan penghasilan tenaga. Ini kerana berlakunya tindakan kimia dari gliceride ke glicerol ditukarkan kepada glukosa. 

Fasa ini juga berlakunya proses detoksifikasi yang menyebabkan badan dan kulit rasa berminyak. Selain itu, organ detoks seperti paru-paru berasa kurang selesa. 

Pada fasa ini jugak, aktiviti sel darah putih akan meningkat sekaligus meningkatkan sistem antibodi.

Fasa 3 - Hari 8 - 15 ;
Proses detoksifikasi berlangsung dengan sel-sel mati dan rosak akan dikeluarkan. Proses penyembuhan akan lebih mudah berlaku, malah penyakit lama juga dibaiki. 

Mungkin berlaku rasa sakit pada fasa ini. Pada fasa ini juga tenaga dipertingkatkan dan fikiran menjadi lebih jelas.

Fasa 4 - Hari 16 - 30 ; 
Badan mula selesa dengan puasa. Proses pemulihan masih berlaku, hasilnya pernafasan menjadi lebih baik dan kualiti darah turut meningkat.

Rumusan Fisiologi Puasa dan kelebihan berpuasa.

Rumusan Fisiologi Puasa dan kelebihan berpuasa. Sumber Pinterest. 

Detoksifikasi ;
Untuk pengetahuan korang,  detoksifikasi merupakan suatu proses yang biasa berlaku di dalam badan untuk membuang, menyingkirkan serta meneutralkan bahan toksik melalui usus besar, hati, buah pinggang, paru-paru, saluran limpa dan kulit. 

Apa yang bagusnya, proses detoksifikasi ni akan menjadi lebih cepat bila berpuasa sebab takde makanan yang masuk di dalam badan. 

Badan akan beralih menghasilkan tenaga daripada sumber lemak.

Proses penyembuhan ;
Ketika berpuasa,  tenaga yang digunakan dalam badan akan dialih dari saluran pemakanan dan usus untuk mencerna makanan (disebabkan kurang penggunaannya) kepada sistem yang lebih penting seperti sistem imun dan metabolisme. 

Biasanya, kalau kita sakit kita mesti takde selera makan kan.

Ini merupakan refleks fisiologi, sebab badan kita tak nak menyingkirkan banyak tenaga di usus, bahkan mahu menumpukan kepada proses penyembuhan melalui metabolisme sekaligus ia akan meningkatkan kemampuan sistem imuniti badan.

Semasa berpuasa, proses sintesis protein berlaku dengan lebih efficient, so kesilapan dalam sintesis DNA dan genetik kurang berlaku. 

Puasa menjadikan sistem pemakanan berehat dan tenaga digunakan untuk memperbaiki sistem tubuh lain seperti  sistem imun terutamanya.

Proses rejuvenasi/mempermuda ;
Apabila metabolisme rendah, protein yang terhasil lebih efektif, sistem imun yang lebih berkesan dan pertambahan penghasilan hormon dalam badan semasa berpuasa menyebabkan proses rejuvenation berlaku dengan baik. 

Selain itu, penghasilan hormon antipenuaan (hormon remaja) jugak akan bertambah semasa puasa.

Menajamkan mental ;
Kalau korang nak tau, bila badan kita bebas dari bahan toksik yang ada dalam darah, kita akan dapat meningkatkan kemampuan berfikir. 

Bila kita makan, banyak sumber tenaga dalam darah dan saraf dihantar ke usus untuk proses penghadaman. Kalau tenaga ini tak diperlukan di usus, ia akan dihantar ke otak untuk proses berfikir. 

Perkara ini tak terjadi pada hari pertama sehingga tiga puasa.

Pada masa ni, biasanya kita akan rasa pening, letih dan sakit badan, sebab 3 hari yang pertama tenaga masih digunakan untuk menyahkan toksin yang ada selain dari membersihkan sisa kotoran dalam saluran makanan.

Bila dah melalui fasa ini, darah yang mengalir ke otak lebih bersih dari toksik dan menjadikan kemampuan berfikir lebih tinggi. 

Kesannya, korang akan jadi lebih cergas dan bersikap terbuka, emosi yang lebih stabil dan tajam fikiran.

Untuk lebih detail, korang boleh klik SINI. Semoga bermanfaat dan selamat berpuasa dengan penuh istiqomah ye! 

Sumber WhatsApp group dan SINI

6 comments:

  1. terima kasih cik la... mmg hari ptma akk pening sakit kpl teramat sgt... wlupun bln syaaban tu dh puasa mungkin fisiologi ni kot.... nice sharing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kak. Semoga sentiasa sihat menjalani ibadah puasa.. Amin

      Delete
  2. terima kasih cikla. banyak ilmu kat sini :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.