Sebulan tanpamu THYROXINE!

Selepas cikla menjalani pembedahan total thyroidectomy, cikla kena ambil pil thyroxine seumur hidup. Pil ni takdelah besar mana. Kecik je. Panadol lagi besar kot. Macam pil vitamin yang warna kuning kalau tak silap, yang kita makan masa mengandung tu. 

Lagipun, bukannya ada rasa pun. Masa telan tu tak terasa lalu kat tekak. Masa memula lepas operate tu cikla kena makan sebijik. Sebulan lepas tu, up pulak dua biji. 

Sebenarnya, bilangan pil thyroxine ni bergantung kepada result darah kita. Apa pulak dia pil thyroxine ni dan apa fungsi dia pada badan kita. Macam mana dia menjalankan tugasnya.

Sebulan tanpamu THYROXINE!
Sebulan tanpamu THYROXINE! 

Apa dia thyroxine ni sebenarnya?

Thyroxine atau L-Thyroxine adalah dua pil yang sama. Nama je lain. Memula tu, cikla macam confius jugak. Ingatkan lain, rupanya sama je dua pil ni. 

Untuk pengetahuan korang, pengambilan pil thyroxine adalah sebagai pengganti kepada kekurangan sumber hormon tiroid, iaitu hipotiroidisme. 

Thyroxine juga digunakan dalam rawatan di mana penghasilan hormon tiroid dalam badan adalah tak mencukupi.

Macam mana thyroxine ni berfungsi?

Dalam rawatan Thyrosit, ia mengandungi bahan aktif L-thyroxine sodium yang merupakan sejenis hormon tiroid. 

Seperti yang kita tau, thyroxine adalah hormon terpenting yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid. Hormon ini terlibat dalam kawalan macam-macam fungsi badan, termasuklah fungsi melibatkan perkembangan dan tenaga (metabolisme). 

So, bila kelenjar tiroid dah takde, inilah kerja si thyroxine ni, iaitu menggantikan tugas kelenjar tiroid menghasilkan hormon untuk badan kita.

Kenapa cikla kena stop ambil pil thyroxine selama sebulan?

Hari ni dah hari ketiga cikla tanpa thyroxine. Sebenarnya, cikla stop ambil pil ni ada sebab. Sebabnya, cikla kena jalan rawatan RAI sebulan lagi. Huaaa, mujurlah lepas raya. Sempat lagilah nak makan kuih raya kan. 

So, salah satu syarat untuk jalan rawatan ni adalah kena stop ubat dan semua supplement terutama yang berasaskan gamat sebulan sebelum rawatan.

Alhamdullillah, tiga hari ni cikla ok. Dapat bertahan sampai berbuka. Orang hypo macam cikla ni sebenarnya tak boleh skip pil thyroxine ni. Tapi, dah terpaksa skip kan. 

Kalau tak, tak berkesan pulak rawatan tu nanti. Nanti cikla share pasal rawatan tu pulak ye.. Apa kena buat sebelum, semasa dan selepas rawatan.

*nervous pulak menjalani rawatan RAI tu nanti.

Sumber npra.moh.gov.my

6 comments:

  1. moga cikla kekal sihat ekk.

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan perawatan cikLa tu nanti.

    ReplyDelete
  3. Semoga segala urusan CikLa dipermudahkan dan semoga CikLa cepat sembuh seperti sediakala.. =)

    ReplyDelete
  4. semoga Cikla kuat dan semoga dipermudahkan segala urusan cikla...


    insyaallah semuanya akan ok...doa banyak banyak cikla ya

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan cikla..

    ReplyDelete
  6. Cerita pasal ubat ni, auni terlalu banyak skip ubat... rasa bosan je asyik kena makan ubat tau T__T

    Apapun, semoga segalanya dipermudahkan ya CikLa :)

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (59) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews