Korang tengok tak drama 'Andainya Takdir' lakonan mantap Syukri Yahya dengan Nina Iskandar?
Kisah suami yang cemburu buta dan panas baran. Dah trending dah kot drama ni. Cikla memang follow drama ni dari awal lagi.
Apa yang cikla nak share dengan korang berdasarkan drama ni adalah macam mana seorang isteri nak hadapi seorang suami yang panas baran, kaki pukul dan cemburu buta.
Mungkin si isteri dah berusaha untuk 'membantu' suaminya sembuh tapi usaha untuk berubah perlu datang dari diri si suami tu jugak.
Orang cakap dua-dua pihak kena usaha untuk perbaiki mana yang tak bagus. Untuk pengetahuan korang, menurut Dr. Taufiq Razif melalui laman muka bukunya, ada beberapa teknik yang si isteri perlu praktikkan untuk menegur suami yang panas baran.
Apa kata kita baca yang seterusnya.
Apa kata kita baca yang seterusnya.
- Bila cik suami balik dari bekerja, jangan pulak korang terus bebel dan luah masalah kat dia. Biarkan dia baca suratkhabar dan duduk dengan tenang dulu. Ceritalah masalah kita bila kita nampak suami dah mula tenang dan pernafasan dia dah mula teratur. Mulakan dengan senyuman dan pilih perkataan yang baik-baik je supaya sedap didengar suami.
- Biasanya suami akan cepat melatah bila perut dia lapar. Sebelum nak mintak apa-apa atau nak tegur dia, jamu dulu perut suami dengan menu kesukaannya. Pastikan perut dia kenyang dulu, InshaAllah cepat je dia terima.
- Kalau kita nak mintak suami buat apa-apa contohnya kita nak suruh dia tolong kita buat kerja rumah, jangan suruh secara 'direct'. Biasalah, seorang lelaki yang bernama suami ni mempunyai ego yang tinggi sangat dan pantang disuruh. Apa kata, korang cuba guna teknik mintak simpati camni. Contohnya, "Abang, saya rasa tak sedap badan la. Kain banyak lagi tak bersidai ni. Saya dah cuba sidai bang tapi macam tak larat je kalau saya buat sorang-sorang". Nampak kan? Tak percaya, cubalah buat...
- Memang ada suami yang tahap panas barannya maha dashyat. Isterinya tak langsung nak bersuara. Ada cara nak tegur suami macam ni, iaitu tegur dia masa dia dalam keadaan mamai. Kalau korang nak tau, waktu yang terbaik adalah masa suami dah pejam mata dan tengah berada dalam keadaan separuh jaga. Walaupun dia nampak macam dah tidur tapi minda separa sedar (subconscious mind) dia masih tetap aktif. So, waktu inilah la kita boleh nasihat dan mintak belas ihsan dia.
- Tapi, rasanya teknik yang paling ampuh adalah dengan berdoa. Sebenarnya, yang boleh membolak balikkan hati manusia adalah Pemilik hati tu sendiri. Kuasa doa dipandang remeh terutama doa seorang isteri yang teraniaya. Semasa solat, berdoalah sungguh-sungguh pada Allah. Insha Allah, akan dimakbulkan.
Menurut Dr. Taufiq Razif jugak, sebenarnya hidup berumahtangga ni adalah ujian keimanan untuk kita. Ujian setiap orang mungkin tak sama, sebab ada yang diuji dengan anak-anak, ada yang diuji dengan harta benda.
Malah, ada juga yang diuji dengan suami sendiri. Pesan Aa Gym, seorang pendakwah terkenal Indonesia, "Allah bagi kita masalah sebenarnya bukan untuk kita selesaikan, tapi Dia bagi kita masalah untuk kita dekatkan diri pada Dia".
Kalau ada yang sedang mengalami masalah keganasan rumahtangga, korang jangan teragak-agak minta bantuan dan perlindungan di Talian Kasih 15999 ataupun terus pergi ke hospital kalau dicederakan.
Buat report di balai polis dan pejabat kebaikan terdekat. Jangan biarkan diri kita terus menjadi mangsa 'kekejaman' dan sikap buas seorang suami yang panas baran.
Sayang apa namanya kalau hari-hari naik kaki tangan. Sayang cari 'berpenyakit' namanya tu. Kita sebagai isteri kena berani bertindak.
Sumber Facebook page Dr. Taufiq Razif.
Betul cikla. Bila dia balik kerja tu make sure makanan dah ready. Perut kenyang senang hati kan ;)
ReplyDeleteKemerahan seharusnya Di Tanganyika dgn kelembutan. Jgn sama2 high pitch
ReplyDeletetakutnya kalo suami panas baran..
ReplyDelete